W.14

979 102 5
                                    

Sedang V menghirup udara segar dari rooftop,suara pintu terbuka membuatkan dia menoleh kebelakang melihat siapa yang datang..

"Mana Chorong??"soalnya langsung saat melihat Bomi datang dengan makanan untuk Taehyung..

"Dia tak nak naik.Nah makanan kau..dia cakap lepas kau makan balik terus gi sekolah kau.."kata Bomi sebelum pergi..

"Aku takkan balik kalau dia tak datang sini jumpa aku.."kata V lalu makan makanannya dengan lahap..

Tutup sahaja pintu kecemasan tu,Bomi menghembus nafas panjang."dia nak jumpa kau kalau ta.."

"..kalau tak dia taknak balik??"sambung Chorong dan Bomi mengangguk tanda ya..

Dengan langkah yang berat dia pun keluar dari persembunyiannya dan menghampiri V yang sedang makan..

"Ohh..annyeong.."kata V apabila Chorong sudah duduk di sebelahnya..

"Aw.."

"Jangan cakap dengan aku.Habiskan makanan kau cepat lepas tu balik sekolah kau.."potong Chorong tanpa memandang V di sebelahnya..

"Arraseoyo.."balas V dan kembali makan..

Tidak lama selepas itu makanannya pun habis di makan.Blazernya yang di letakkan di pehanya di pakainya dengan kemas..

Chorong di sebelahnya di pandang sekilas"balik nanti saya jemput.."

"Tak payah..Jimin datang amik aku.."balasnya tegas..

"Esok saya datang lagi.Saya tunggu awak dekat sini..pastikan awak dah beli makanan untuk saya.."kata V lagi..

"Ini kali pertama dan terakhir aku rehat dengan kau dekat sini.Lepas ni jangan datang lagi.."balas Chorong sedikit tegas..

"Kalau macam tu..bagi saya nombor fon awak.Lepastu saya janji takkan datang sekolah awak time rehat.."kata V sambil menghulur fonnya.

Chorong memandangnya lama lalu kembali mamandang kehadapan sambil menggeleng"shireo.."

"Okey takpe..jumpa awak esok Park Chorong..tak pun jumpa petang ni dekat white cafe.."kata V dan terus beredar meninggalkan Chorong sendirian..

"Keras kepala,degil,perangai macam budak-budak.Aduh kenapalah namja macam dia tu boleh wujud dekat dunia ni??"gerutu Chorong..

"Ehem saya dengar tu.."dengan cepat Chorong menoleh kebelakang dan melihat V masih di sini sambil menyandar di pintu..

"Kau balik lah.."usir Chorong dengan wajah kesalnya.Dan akhirnya V pun hilang dari balik pintu kecemasan itu..

***

Chorong pov

Selesai sahaja makan malam dan menolong omma basuh pinggan,aku terus menuju ke bilik Jimin dengan segera.Masuk sahaja ke biliknya aku terus duduk di katilnya.

"Noona nak apa??"soal Jimin yang sedang duduk di kerusi belajarnya..

"Kau tahu..kawan baik kau tu datang sekolah aku??"soalku langsung tapi dia tak tunjukkan sebarang reaksi seperti terkejut atau menyoal aku.Tapi dia malah meneruskan aktivitinya iaitu baca komik..

"Yah!kau dengar tak apa yang aku cakap??"soalku dengan nada sedikit tinggi..

"Dengar.."jawabnya ringkas.Jinjja??dia tak tunjukkan reaksi sedikit pun.Aku langsung bangun dari katilnya dan melangkah ke tempatnya lalu duduk di sudut atas mejanya..

"Kenapa kau tak halang dia??"soal aku tenang.

"Nak halang macam mana??dia tu keras kepala macam noona..manalah nak dengar apa yang orang cakap.cikgu cakap pun dia tak nak dengar apa lagi kitaorang??ke lautlah jawabnya.."balasnya santai..

Waitress | VRongWhere stories live. Discover now