~first kiss~

5K 38 9
                                    

Hi guys.. sorry late update.. anyway thanks for voted and follow me.. drop your comment in every single of my story.. it just like my vitamin c while i'm keep writing.. Bye..

Haidan

Aku memandu laju memotong kiri dan kanan. Lagak seperti pelesit kota kala ini. Fikiranku berkecamuk melihat Ariana dipeluk seorang lelaki pelajar kolejku juga. Aku meneguk lagi air syaitan dalam gengaman kiriku. Air syaitan dalam botol itu kuletak disisiku sahaja, mataku merah berkaca menahan amarah. Kurang lagikah aku menyayangi dia? Berkirakah aku terhadapnya selama ini?

Sungguh hati ini memang berat dan perit melepaskan dia. Aku sudah terlanjur mencintai gadis bernama Ariana ini. Dalam pada hatiku berkecamuk memikirkan masalah hati dan perasaan, bunyi mesej bersiul laju dari gajetku. Tanganku begitu teruja membuka paparan mesej notifikasi baru itu. Di benakku terlintas ini pasti Ariana. Namun, apa yang kulihat adalah whatsapp lokasi rumah si Jeremi pula! Lokasinya kuminta petang tadi tapi malam pula sampainya?

Ferrari 458 spider yang kupandu meluncur laju di atas jalan raya. Kelajuanku sudah melebihi had laju namun siapa kisah? Lara hati ini siapa yang hendak cari tahu pula?

Sambil melayan kekecewaan ini, tanpa kusedari aku menuju ke lokasi yang dihantar oleh Jeremi sebentar tadi, kebetulan rumahnya berdekatan sahaja dengan kawasan perumahan Ariana. Apapun juga, aku perlu berhenti seketika bagi meredakan pening efek dari kencing syaitan yang aku alami kini.

***************

Jeremi

pelan internet aku baru sahaja diaktifkan, aku tersenyum sumbing melihat notifikasi yang masuk bertubi-tubi di atas paparan gajetku. Belum dihitung dengan paparan dari aplikasi sosial aku yang lain. Banyak yang perlu dibalas namun aku enggan melayan semua itu. Apa yang perlu aku buat sekarang adalah menghubungi Ariana dan bertanyakan kepadanya apa pula masalah yang timbul antara dia dan Haidan.

'Dapat pun online.. handphone buruk ni memang nak mintak tukar ke huh?'

Aku mengomel sendirian sambil menyandar di birai katil. Berselera betul aku menghabiskan salad buah dan strawberry cheese cake ice cream yang disediakan ibu usai makan malam tadi. Ya ibuku memang memahami anaknya yang berselera pelik ini, kadang meminta dimasakkan itu dan ini? Namun ibu begitu memenuhi keperluan dan permintaan anaknya. Aku mematikan lampu tidur di tepi katil sambil membetulkan pembaringanku ke posisi yang lebih selesa. Pasti ibu masih dibawah menghabiskan masa dengan kertas kerjanya paling tidak pun sibuk dengan buku latihan murid-muridnya yang tersayang. Ya tipikal cikgu yang menggalas bebanan sebagai ibubapa dirumah dan ribuan anaknya disekolah. Itulah insan yang bergelar cikgu si pendidik nusa dan bangsa. Kesian juga si ibu yang sering dihujani bebelan dan rungutan dari ibu bapa pelajar yang tahunya hanya mengkritik selain menyalur kepercayaan seratus peratus pada anak mereka. Akhir sekali yang dijatuhi hukuman ialah GURU atau CIKGU!

Jariku ligat mencari nama Ariana di dalam senarai panggilan. Hati ini terpanggil untuk memastikan dia dalam keadaan baik-baik sahaja. Pergerakkan Aku termati melihat pintu bilik dikuak perlahan dari luar. Ini bukan cara ibuku! Dia pasti mengetuk dahulu sebelum melangkah masuk. Siapa pula gerangan yang tidak diundang ini? Pasti Ariana!

Aku tersenyum sumbing sambil mengunci gajet digengamanku kini. Ariana sudah tiba maka aku tidak perlu menelefonnya lagi!

"Hei.. Arie kau dari mana? Aku baru nak call tau tak.."

Aku bingkas bangun dari pembaringan dan terus menerpa tubuh dihadapanku. Aku memeluk erat si dia... yang ternyata bukan seorang Ariana?

"Please.. jangan bagi aku dengar nama dia bole tak?! Aku benci Ariana!"

Suara keras dari dia. Ya Tuhan! Biar betul ini realitinya. Haidan?

"Oouch.. Haidan? Is it you? What are you doing here anyway huh?"

Aku menolak pantas tubuhnya. Malu, panik, pelik semua bercampur menjadi satu dibenakku!

"You send me your location and i thought you want me to be here.."

Dia menjawab tanpa perasaan, namun dia dalam keadaan separuh sedar. Pasti!

"Noo.. Haidan i think you misunderstand something here.. i didn't mean that after all.. lagipun Ariana takde kat sini lah.. better you balik je laa.."

Aku menolak tubuhnya lagi, sebelum tanganku ditepis lembut olehnya. Pergelanganku direntap keduanya. Bersimbahkan cahaya bulan purnama yang menembusi tingkap bilikku, anak matanya jelas kelihatan menikam jauh kornea milikku. Dia menyelami sensual yang begitu senada dengan detak jantung ini!

"Could you shut up..!! And just lemme rest for awhile.. Malam ni.. saya perlu seseorang..please make me hate her.. "

Dia memelukku sehingga tubuh masing-masing rebah berpelukan diatas tilam. Saling bertindih kala ini, situasi yang mendebarkan menyuntik perasaan yang tidak sepatutnya. Aku menolaknya lagi, kudrat Aku tidak setandingnya.

"Tepi.. move .. saya nak tidur kat bawah.." Dia menekup mulutku. Tindakan ku terbantut pantas.

"Nah .. you are not going anywhere.. stay .. tell me something good.."

Dia berbaring disebelahku, posisi yang masih rapat namun agak selesa dibandingkan sebentar tadi. Kukerling wajahnya sekilas, matanya berkaca! Ariana pasti buat hal!

"Are you okay .. Arie buat ape kat awak? "

"She dumb me with another childish guy its kinda like a replacement stuff huh.. Mata saya sendiri yang nampak!!" Dia meraup wajahnya sambil menghabiskan butir bicaranya.

"I'm Sorry to hear that.. if you want i can talk this with Arie.. i'm fix this for you.."

Aku membelai pipinya. Cuba menenangkan stressnya. Satu tindakan yang berani!

"You seems so kind. . Are you angel .? How about you fix it for me?.."

Aku terkebil-kebil mencerna ayatnya yang nyata tidak kufahami. Deep!!

Matanya yang redup, cuba mencari makna keikhlasan yang lahir dari hati nuraniku. Perlahan wajahku dengannya semakin rapat! Nafasnya yang hangat menyapa hidung dan bibirku. Tanpa saat bibirnya sudah menyentuh bibirku. Bertaut erat.

1

2

3

4

5

Selepas lima saat aku menutup perlahan mataku cuba menikmati benda pertama berlaku dalam hidupku. Aku melayari sensual ini dengan asyiknya. Maaf Ariana! Ariana? Mengingatkan dia sebagai sahabat! Aku menolak Haidan kasar! Apa yang telah aku lakukan?

"Are you drunk Haidan .. please lemme go.. you dont want this happen right.. believe on me.."

Aku lolos dari cengkamannya. Comforter aku bentang dibawah menyediakan pembaringanku. Aku baring sambil memikirkan kejadian tadi. Aku membelakangi tubuhnya menghadap dinding. Malu hendak bertentang muka. Selimut menjadi tempatku berselindung malu.

"No .. even saya tak mabuk pun saya memang nak try kiss angel!! Like you.. angel..Thanks anyway.. night.."

Dia mematikan ayatku dengan selamba. matanya semakin kuyu, mengantuk itulah yang pastinya! Penangan mabuk lah ni!

Dan akhirnya Masing-masing lelap dengan perasaan yang syahdu.

Votes and comment!

CINTA KAMI BERTIGA @Cinta THREESOME Aku!Where stories live. Discover now