6

192 22 0
                                    

Hari ini cuti umum jadi Ali hanya buat kerja tukang kasut. Sedang Ali asyik membaiki kasut, seorang pemuda datang menghampirinya. Pemuda tersebut bertanya kepadanya jika dia mahu bekerja dengannya. Ali terus menolak. Dia takut orang ini hanya mempergunakannya. Manalah tahu suruh jual dadah ke apa.

"Jangan risau encik. Saya Cuma nak tolong encik. Niat saya baik.", pemuda tersebut masih memujuknya. Melihat gaya pemakaiannya dia memang seperti orang kaya. Tapi itu yang merisaukan Ali. Orang ini kaya hasil duit dari mana. Walaupun dia tak Nampak jahat tapi kita tetap kena hati-hati.

"Maaf, encik. Saya tak berminat la. Minta maaf ya encik.", Ali tetap menolak. Dia hanya menghiraukan pemuda tersebut lalu meneruskan kerjanya.

"Macam nilah. Ini kad saya, kalau perlukan apa-apa bantuan atau encik nak kerja dengan saya. Silakan hubungi saya. Ini kad saya.", Ali mengambil kad tersebut. Dia menyimpan kad tersebut tampa melihatnya. Pemuda tersebut hanya beransur pergi.


Mister CinderellaWhere stories live. Discover now