Chapter 32

449 55 1
                                        

~.~.~.~.~

Wonwoo memerhatikan telefon bimbitnya. Dia nak call Haerin tapi Omma nya ada di hadapannya pula. Nampak macam tak sopan pula nanti. Wonwoo melihat Omma nya dan Rachel berbual. Rancak. Apa jelah yang dorang ni bualkan Wonwoo tak tahu. Dia tahu Haerin merajuk jadi dia nak pujuk tapi dia tak tahu macam mana. Dia termenung memikirkan cara untuk pujuk Haerin.

"Aunty, tengok Wonwoo tu. Dia bukan dengar pun. Mengelamun pula " kata Rachel. Puan Jeon melihat anak lelakinya. Memang betul pun Wonwoo termenung. Terdetik dalam hatinya bahawa Wonwoo tak selesa dengan Rachel. Puan Jeon kenal betul sikap Wonwoo. "Rachel.. boleh tak bagi aunty cakap dengan Wonwoo.. kamu balik hospital dulu.." kata Puan Jeon. Rachel terkebil-kebil tapi dia mengangguk. Dia bangun dan minta diri untuk pergi.

Selepas Rachel pergi, Puan Jeon menegur Wonwoo. "Eh? Rachel mana?" tanya Wonwoo. "Dia dah balik. Kenapa dengan kamu ni? Termenung jauh betul.." kata Puan Jeon. "Omma, betul ke family Rachel tu nak jadikan Wonwoo menantu dia? " tanya Wonwoo.Puan Jeon mengangguk. "Betul, tapi dia tak paksa. Macam mana kamu nak tinggal bersama Rachel kalau sikit rasa suka pun kamu takde.." kata Puan Jeon lagi. Dia tahu Wonwoo memang bantah habis-habis tentang perkahwinan tu.

Wonwoo cuma memandang Omma nya. Senyuman terukir di bibirnya. Dia sayang Omma nya sebab Omma nya faham akan keadaan dirinya. "Lagi satu, omma nak tanya satu benda boleh?" tanya Puan Jeon. Wonwoo mengangguk. "Kamu ada girlfriend ke Wonwoo? Omma perasan kamu selalu balik lambat. Lepas tu, Seungjun ada bagitahu Omma yang ada seorang doktor perempuan ni rapat dengan kamu..perempuan tu Haerin ke?" kata Puan Jeon.

Wonwoo menyumpah Seungjum dalam hatinya. Berani betul dia pecahkan rahsia. Wonwoo mengangguk. "Perempuan tu Haerin. Kenapa Omma tak suka dia ke?" tanya Wonwoo. "Tak lah. Omma suka Haerin. Dia baik, cantik, peramah. Boleh sangat kalau dia jadi menantu Omma " kata Puan Jeon. Bulat mata Wonwoo. "Serius? Omma suka kalau Haerin jadi menantu Omma?" tanya Wonwoo lagi.
Puan Jeon mengangguk. "Better lagi daripada Rachel tu.." kata Puan Jeon. Wonwoo bangun dan duduk di sebelah Omma nya. Tubuh Puan Jeon dipeluknya erat. "Sayang omma~" katanya.

"Kalau macam tu, Wonwoo hantar Omma pergi supermarket. Omma nak masak. Kamu ajak Haerin datang rumah malam ni. Boleh?" kata Puan Jeon. "Boleh.. " kata Wonwoo gembira. Puan Jeon tersenyum suka melihat anaknya yang terlebih gembira ni.

~.~.~.~.~

Wonwoo mencari kelibat Haerin. Dia nampak Haerin di kaunter.
"Haerin.." tegurnya. Haerin menoleh dan mukanya terus berubah. Haerin mengambil failnya dan berjalan pergi dari situ. Wonwoo mengikut Haerin.
Tangan Haerin di tariknya. Tetapi Haerin mengangkat failnya hendak pukul Wonwoo. Kemudian dia pergi. Wonwoo mengeluh. Susah betul nak pujuk perempuan ni.

Tetapi Wonwoo tak mengalah. Dia ikut Haerin kemana saja dia pergi. Sampai Haerin naik memyampah. "Jangan ikut saya kalau tak nak saya jerit" ugut Haerin. "Okay,okay. Tapi awak kena lah ca-- Haerin!!" Haerin buat tak dengar dan dia pergi daripada situ. Seronok mengusik Wonwoo. "Haerin! Saya benci awak!" marah Wonwoo. Dia pun dah naik menyampah dengan Haerin. Baik dia sambung buat kerja daripada layan karenah Haerin yang keras kepala tu.

Wonwoo mendail nombor Ommanya. "Omma.. tak payah masak sedap-sedap. Haerin tak datang. Bye!" kata Wonwoo. Dia berjalan pergi daripada situ. Tanpa dia sedar Haerin dengar apa yang dia cakap. Haerin rasa bersalah pula sebab mungkin Wonwoo nak bercakap dengan dia sebab nak ajak dia makan malam bersama. Tapi sebab dia tak layan Wonwoo, dah batal pula dinner dia.

Tapi Haerin tersenyum bahagia. Wonwoo tak pernah merajuk lama-lama. Kalau Haerin pujuk, kejap je dah cair balik. Itulah Wonwoo. Hati kapas. Cepat berlembut hati pada orang yang dia sayang. Haerin ada idea hendak pujuk teman lelakinya semula. Kesian pula merajuk.

~.~.~.~.~

Wonwoo menguap perlahan. Jam dah menunjukkan pukul 10 malam. Dia masih belum pulang. Biarlah. Bukan ada orang kisah pun selain Omma nya. Macam budak kecil betul. Wonwoo sendiri tak sedar perangai dia dua kali lima je dengan Haerin.
Memang sesuai.

Wonwoo mengemas barangnya dan bersiap untuk pulang. Dia terus turun ke parking lot. Suasana hospital agak sunyi mungkin kerana dah malam jadi pesakit berkurang kecuali nurse yang bertugas pada waktu malam. Wonwoo teringat sesuatu semasa dia menyeluk kocek seluarnya. "Alamak! Kunci dekat atas pula.." keluhnya. Dia naik semula kerana kunci keretanya tertinggal di atas meja. Sampai saja di biliknya, dia pelik kerana ada sebuah kotak berwarna biru di atas mejanya bersebelahan dengan kunci keretanya.

Wonwoo menilik kotak tersebut. Tiada nama sesiapa pun. Wonwoo terus saja mengambil kunci keretanya dan kotak tersebut. Semasa di dalam kereta, dia membuka kotak tersebut. Ada pelbagai jenis cupcake di dalam kotak tersebut.
Ada 6 cupcake kesemuanya. Ada sampul surat berwarna putih di selit di tepi kotak. Wonwoo membukanya.

"Dear Wonwoo...

Awak marah saya ke? Ke merajuk dengan saya? Saya minta maaf. Saya tahu saya tak patut cemburu lama-lama. Ya, saya cemburu sebab awak bukan nak pujuk saya tapi awak keluar dengan Rachel. Saya tahu awak cousin dia, tapi saya still cemburu. Maafkan saya, hmm? Lagi satu, kalau awak baca ni mesti awak nampak cupcake tu kan. Saya tak buat! Saya beli! Hahahahaha!! I love you till the moon and star.. ~♡ "

Wonwoo tersenyum lebar membaca surat Haerin tu. Sepatutnya dia yang minta maaf sebab buat Haerin cemburu tapi ini terbalik pula. Wonwoo membau cupcake tu. Sedap. Wonwoo menutup kotak tu semula dan letakkan di seat sebelahnya. Dia mula memandu keluar daripada kawasan hospital.

Sampai saja di rumah, dia mematikan enjin keretanya. Dia takut ibubapanya terjaga pula. Dah lewat macam ni mesti mereka dah tidur. Wonwoo membawa kotak cupcake tersebut dan masuk ke dalam rumah. Tekaan nya tepat. Ibubapanya dah masuk tidur sebab lampu pun dah tutup.

Dia melangkah naik ke atas. Pintu biliknya dibuka dan dia duduk di atas katil. Tali lehernya dibuka. Tiba-tiba pintu biliknya ditolak. Terkejut Wonwoo dibuatnya. "Omma! Terkejut Wonwoo.. macam mana kalau Wonwoo tak pakai baju tadi? Lain kali ketuklah dulu.." kata Wonwoo.

"Kenapa tak jadi bawa balik Haerin?" tanya Omma nya. "Ahh, ada konflik sikit. Tapi semuanya dah okay" kata Wonwoo. Ommanya ternampak kotak biru yang berada di atas meja kerja Wonwoo. Diambilnya kotak itu dan dibuka. "Cantiknya cupcake.. siapa bagi ni?" tanya Omma nya.
"Your future daughter-in-law. Wonwoo nak mandi dulu eh.." kata Wonwoo lalu dia masuk ke bilik air. Ommanya ketawa kecil. Dia membuka surat yang terselit. Senyuman terukir di bibir Puan Jeon. "Omma letak cupcake ni dalam peti ais.." jerit Omma nya dan Wonwoo membalas 'okay' daripada dalam bilik air.

~.~.~.~.~

HeartBeat, The Story of Us [Wonwoo] ✓Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang