Prolog

21 4 1
                                    

"Sayang, dream catcher ni akan halang semua mimpi buruk untuk masuk ke dalam mimpi awak. Jadi, awak kena jaga dream catcher ni baik-baik."

"Macam mana kalau mimpi buruk tu betul-betul masuk dalam mimpi saya? Siapa yang nak halang?"

"Saya yang akan halang semua mimpi tu, sayang. Jangan risau."

"Janji?"

"Ya. Saya janji, sayang."

"SEORANG PEMANDU LORI DISAHKAN KRITIKAL MANAKALA SEORANG PELAJAR LELAKI DISAHKAN MAUT DI DALAM TRAGEDI MALAM TADI."

"SEORANG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TINGGI, CHAE HYUNGWON, DISAHKAN MAUT DALAM KIRA-KIRA JAM 2:30 PAGI TADI DI HOSPITAL HAESUNG AKIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA YANG MELIBATKAN SEBUAH LORI MUATAN PANJANG KIRA-KIRA JAM 12:30 MALAM TADI. PUNCA KEMALANGAN MASIH DI DALAM PENYIASATAN. PIHAK POLIS MASIH MENGKAJI PUNCA KEMALANGAN DAN MENGUMPULKAN RAKAMAN CCTV YANG BERDEKATAN.

Cawan yang dipegang oleh Wendy jatuh ke lantai serta-merta setelah dia mendengar berita tersebut. Dengan pantasnya dia terus mencapai telefonnya dan mendail nombor rakannya.

"Hey, sorry sebab kacau kau pagi-pagi buta ni. Aku nak tanya ni, hyung kau ada balik rumah tak malam semalam? Bukan apa, aku baru tengok berita tadi, nama budak tu sama dengan nama hyung kau. Hahaha, takkanlah tu hyung kau kan. Aku bukan apa-"

"Look, Wendy aku tahu kau betul-betul cinta and sayangkan hyung aku. Tapi Tuhan lebih sayangkan dia. Aku harap kau dapat lepaskan dia. Sorry sebab aku tak bagitahu kau pasal ni. Aku tahu kau taknak dengar berita macam ni time kau tengah happy. So, aku decide nak bagitahu kau pagi ni. But, kau dah tahu dulu. So, aku harap kau dapat datang untuk majlis pengebumian hyung aku pukul 10 pagi ni. Semua dah ada kat sini, tinggal kau je. Aku harap kau datang. Ini pun untuk kebaikan hyung aku juga. Okaylah, aku kena pergi dulu ni. Aku masih ada hal nak selesaikan ni. Jangan lupa datang. Bye."

Air jernih turun ke pipi Wendy. Dia jatuh terduduk di atas lantai yang sejuk. Dia tidak dapat menerima hakikat bahawa lelaki yang dulunya selalu membuat mimpinya sentiasa indah, sekarang lelaki tersebut jugalah telah membuat mimpi buruk yang akan menghantui hidupnya.

"Awak penipu. Awak tipu saya. Awak dah janji akan halang semua mimpi buruk daripada masuk ke dalam mimpi saya. Saya tak akan maafkan awak sampai bila-bila. Tak akan!"

Majlis pengebumian Hyungwon berjalan dengan lancar. Semua ahli keluarganya, kawan, serta jiran tidak ketinggalan untuk menghadiri majlis tersebut untuk memberi hormat.

Dari jauh, Wendy terlihat seorang lelaki melambaikan tangan ke arahnya. Tidak lain tidak bukan, adik mendiang teman lelakinya. Chae Changkyun.

"Sorry lambat. Traffic jam tadi. Aku tak sempat beli-"

"Aku tahu kau habiskan masa kau untuk menangis dalam kereta tadi. Kawan hyung aku nampak kau menangis tadi. And thanks sebab datang. Aku tahu mesti hyung aku happy sebab kau datang."

"Hahaha, mana ada aku nangis. Ni mesti Wonho bagitahu kan. Siap dia kalau aku jumpa dia lepas ni. Aku datang ni pun sebab aku nak balas dendam kat hyung kau sebab dia mungkir janji dia dengan aku. So, kau tak perlu happy sangat. Kau ni gentle juga kan, sikit pun tak nangis even hyung kau dah tinggalkan hyung kau-"

"Wait, kau nak balas dendam kat hyung? Sudah la tu. Tak tenang hyung aku nanti. Aku dah puas nangis semalam. So, tak ada lagi yang tersisa. Aku rela lepaskan dia. Aku tak nak dia susah hati. And aku akan buktikan kat dia yang aku akan berjuang untuk masa depan without dia-"

"Kau nak berjuang? Kau buat lawak ke Changkyun? Ni, biar aku ajar kau-"

"Eh, Wonho. Kau boleh tak jangan kacau adik kesayangan aku ni? Sampai hati kau cakap kat dia yang aku menangis dalam kereta. Kau ingat aku tak nampak kau menangis macam budak kecil kat-"

Wonho segera menahan mulut Wendy untuk terus berbicara. Wendy dengan pantasnya  lalu mengetuk kepala Wonho dengan beg Gucci kesayangannya.

"Dah la tu korang ni. Kalaulah hyung masih ada, sah sah korang dah kena marah. Lagipun ni tempat majlis pengebumian, bukan party hari jadi. Kalau nak gaduh, pergi kat tempat lain. Aku nak kena tolong parents aku ni. Kalau korang nak tolong, jom. Tak nak? Sila balik. Harap maklum. Hehehe"

"Yelah adik kesayangan kakak ni. Aku ikut kau. Ha, Wonho. Kau nak join ke tak?"

"Of course la aku join. BFF aku ni. Aku nak panggil yang lain jap. Kejap lagi aku sampai. Apa-apa roger okay?"

Wonho berlalu pergi untuk memanggil rakannya yang lain untuk membantu keluarga arwah Hyungwon. Jauh di sudut hati Wendy, dia masih berharap dia dapat untuk berjumpa dengan Hyungwon buat kali terakhir walaupun untuk sesaat.

Setelah dua jam berlalu, mereka telah selesai menyelesaikan segala hal yang perlu diselesaikan dan mengemas apa yang patut. Dengan ini tamatlah majlis pengebumian Hyungwon.

"Semoga awak bahagia di sana. Saya tetap akan menyimpan dendam terhadap apa yang telah awak lakukan terhadap saya. Dengan ini, saya, Kim Wendy akan berubah demi dendam saya terhadap awak, Chae Hyungwon. Doakan saya berjaya."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 25, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dream MakerWhere stories live. Discover now