"Lisa, ini tahun 2016 bukan tahun 2000 yang kau still sibuk-sibuk nak cari buku diari. Apa mendalah kau ni."
"Itulah kau tak faham Neeta, kau tu jenis update semua apa kau buat dekat facebook. Kau ingat benda alah tu diari? Yang semua orang boleh baca apa kau buat? Hei, nak pergi beli kuaci pun nak update apa kes." Lisa sengaja menyindir Neeta.
Neeta muncungkan mulut, hendak bertekak dengan kawannya yang satu itu. Tak payahlah.
"Kau off duty sampai bila?" Lisa bertanya pula.
"Esok aku fly balik. Kau? Still nak kerja macam sekarang? Kau apply baliklah kerja stewardess tu. Bukan kau tak boleh kan?" Neeta cuba memujuk Lisa, perlahan suaranya.
Apabila mendengar ajakan Neeta, Lisa berfikir semula. Bukan dia tidak mahu menjadi pramugari, itu impiannya sejak kecil. Tapi ada fobia yang menghantui hidupnya, satu-satu kekasih hatinya terlibat dalam nahas kapal terbang dua tahun lalu. Kehilangan itu membuatkan dia sentiasa teringat-ingat. Teringat senyuman Zain lelaki yang dicintainya sepenuh hati itu, telah tiada, telah pergi...
"Tak apalah. Aku okey je dengan kerja sekarang."
"Ikut kaulah Lisa, aku faham. Dah, kau jumpa tak buku diari yang kau nak beli tu?"
"Takde plak yang menarik. Nanti ajelah dekat kedai lain."
Neeta hanya mampu tarik nafas, satu jam dia dan Lisa bergerak dari satu kedai ke satu kedai mencari buku diari yang dimahukan Lisa. Tapi sampai masuk kedai kesebelas, semuanya Lisa tak berkenan.
"Aku sebenarnya lapar ni Lisa. Dari tadi asyik jalan. Boleh masuk dalam restoran ni tak?" pinta Neeta.
"Okey, aku faham sangat kalau kau. Badan macam papan, tapi laparnya kemain."
"Itulah kuasa aku. Makan tu membahagiakan tahu."
"Yelahh. Jom masuk."
Pencarian diari baru nampaknya gagal. Lisa menarik nafas. Sebenarnya banyak perkara yang menyebabkan dia suka berbicara apa saja dalam diari. Isi hatinya, perasaannya, malah sisa-sisa cintanya pada Zain. Kalau boleh satu kertas sehari ditulisnya panjang. Bertanya khabar Zain, apa yang Zain buat dan sebagainya.
Neeta pandang Lisa.
"Kau okey?" tanyanya.
"Aku okey. Kau orderlah apa kau nak, my treat," jawab Neeta.
Neeta pandang Lisa, pandangannya dalam.
"Kau masih teringat Zain kan?" Neeta bertanya, lembut suaranya memahami perasaan kawannya yang satu itu.
Lisa tak menjawab apa-apa. Neeta pula tidak memaksa. Sebelum balik, Lisa sempat masuk ke sebuah kedai buku tempat pertama yang mereka masuk dan pergi beli sebatang pen beserta sebuah buku diari baru.
"Kau beli juga buku diari tu kan?" Neeta bersuara di dalam kereta.
"Bolehlah, daripada takde apa kan? Lagipun nampak macam comel," jawab Lisa ceria.
"Kau tulis ke kau kumpul. Kau still tulis diari tu banyak-banyak kan?" Neeta tanya, dia faham situasi yang dihadapi Lisa. Malahan, dia juga pernah satu rumah dengan Lisa. Haruslah dia memahami perubahan yang berlaku pada diri Lisa.Lisa hanya diam.
Neeta juga sama. Sebenarnya serba salah. Kemudiannya dia terus hantar Lisa balik rumah.***********************
Lisa tahu, dia sudah tidak perlu memikirkan tentang Zain lagi. Zain sudah pergi. Dia juga tahu Neeta berniat baik dengan berada disisinya hampir setiap masa. Semasa Lisa down akibat kepergian Zain secara tiba-tiba, Neetalah yang banyak memberi semangat kepadanya.
Lisa tahu dia lemah. Zain cinta pertamanya. Jadi, sudah tentu pemergian Zain daripada hidupnya secara tiba-tiba adalah satu kejutan dan tamparan yang sangat besar.Lisa ambil bungkusan hadiah daripada arwah Zain di dalam sebuah kotak. Menitis air matanya. Selepas dua tahun Zain pergi akibat nahas kapal terbang sehingga membuatkan Lisa berhenti menjadi pramugari dan baru hari ini dia ada kekuatan untuk membuka hadiah terakhir pemberian Zain. Lisa masih ingat, hadiah itu diberikan kepadanya semasa mereka sama-sama bertugas di Tokyo.
Dikoyaknya sampul hadiah berwarna warni bertulis 'Happy Anniversary' perlahan-lahan. Dan semakin dibuka, Lisa semakin teruja. Kelihatan sebuah kotak yang mempunyai mangga dan kunci kecil. Di depannya ada sekeping kad yang mempunyai tulisan Zain.
Lisa tarik nafas dan membuka kotak tersebut. Ada sebuah diari. Sangat klasik dan Lisa tak pernah melihat diary secantik itu. Bahagian luarnya berbentuk kulit dan anehnya tahunnya bertulis 2016.
Lisa ambil dan mula membukanya. Kertasnya berbau wangi, Lisa sememangnya menyukai bau buku dan kertas. Pada mukasurat pertama Lisa nampak satu tulisan dan dibacanya dalam hati.
~Tulis apa yang kau mahu Lisa, jangan lupakan aku. - ZAIN~
Lisa senyum. Kemudian dia ambil pen di atas meja dan membalas di bawahnya.
~Aku janji akan menulis apa saja untuk kau Zain, aku takkan lupa. - LISA~
Telefon Lisa tiba-tiba berdering. Terkocoh-kocoh dia berlari ke ruang tamu. Selepas 5 minit, Lisa kembali semula ke bilik. Membuka diari pemberian Zain tapi aneh, dia lihat ada satu ayat selepas dia menjawab kata-kata Zain.
~Aku tetap cintakan kau~
Lisa terus tolak diari ke depan dan menutupnya.
"Tak mungkin!"
Dan setelah berhari-hari Lisa rasa dia seperti diikuti oleh seseorang yang dia tak pasti. Tentang diari? Lisa tekad yang itu semua kebetulan. Lisa kemudian buka diari yang disimpannya dalam beg. Dia mahu menulis aktiviti hari ini.
Tapi, sebaik saja Lisa buka pada tarikh 5 september, seseorang telah terlebih dahulu menulis aktivitinya di diari itu!
~Apa khabar Lisa?~
Lisa tersentak dan terus menyimpan diari tersebut ke dalam begnya.
BERSAMBUNG....
YOU ARE READING
DIARY NYAWA (BAKAL TERBIT)
Mystery / ThrillerSelepas dua tahun, LISA membuka hadiah harijadi terakhir daripada arwah kekasihnya ZAIN berbentuk sebuah diari. Ia bukan sebuah diari biasa-biasa, ada sesuatu yang aneh tentang diari itu apabila ia tiba-tiba saja boleh menulis dengan sendirinya dan...