Siyes...
Siyes boring..
Bile nk habis sejarah ni..aku usya jam..there's like freaking 45 minutes!
Mata tolonglah..setan gemuk mane dok atas kelopak mata aku nih..aku istighfar banyak-banyak dalam hati.sambil beristighfar,aku berkira-kira nak bangun ke tak..tak de la ngantok sangat kalau bangun..tapi nanti malu ler..like ade ke pompuan tidoq dalam kelas?
Aku lah pompuan malang tu!memang nama aku legend sebab selalu terlelap dalam kelas..malu?memang aku malu tapi there's like nothing i can do about it..it's uncontrolable!ubat ape sume dah makan tapi sama je..ha..
"haii Luthfa,tido ke~?"
Tersentak sampai nk terbeliak biji mata dibuatnya tapi aku remain ngan muke 'stone' aku.
Kurang asam betul la orang depan aku nih.iye kawan-kawan..Ilham lah yang aku chit chat ngan hampa tu..dia ni la yang tak puas hati ape entah ngan aku.malang sekali kawan-kawan..cikgu telah menetapkan kedudukan kami dan aku telah ditakdirkan untuk ditorture lagi tahun ini apabila mamat ni kena dok depan aku.BERHADAPAN,ok.depan meja cikgu lagi tu.hati yang menggelegak aku cover elok-elok ngan muke tak berperasaan aku yang femes ni.macam kerang busuk aku tengok dia ngan bestie dia,Akim ni..tersengih-sengih..tersengih-sengih.bagi side kick satgi taubat terus..
"boring sangat ke saya mengajar ni,class?"
Udah dah..cikgu Sal dah buat dah citer sedih dia tu..
"dak aihhh"
Budak-budak dalam kelas aku jawab obviously.jujuq sangat satgi merajuk pulak cikgu ni..
Sebab aku tak jawab pape,cikgu pi tanya aku benda yang sama.aku pun sama la jawab benda obvious tu.
"haih..luthfa..luthfa..pi basuh muke kat tandas pi".cikgu Sal pun mengarah.
Tengok..cikgu pon dah malas nak layan aku ngan ngantok aku ni ha..
Baru nak keluaq kelas,suara Ilham 'bergema' lagi memerli aku.
"jangan terlelap pulak dalam jamban tu"
Aku buat-buat cam tak dengar je.dilayan satgi lagi dia suke.
Percaya tak kalau aku cakap aku tak rasa cam nak melawan pon.sakit hati memang ade tapi aku tak berapa nak kesah sangat.budak pompuan tak ambik port pon bile budak-budak laki ni bash aku,so that's leave me with the boys.aku ngan laki memang tak akan ngam la aku cakap kat hampa.sebab ape?sebab..
Aku mengidap androphobia.
Meh aku citer kat hampa sebab aku tau hampa tak paham.androphobia adalah salah satu bentuk kelainan psikis yang membuat penderitanya sangat takut dan benci dengan lelaki.keseriusan androphobia bergantung dari seberapa besar efek trauma yang tertinggal dalam memori penderita. Tidak semua penderita androphobia berada pada keadaan yang terlalu serius. Hal itu kerana penderita mampu mengendalikan ketakutan dalam dirinya.
Ha..aku la yang tak berapa nak serius tu.tak serius pon,aku still takut dan tak selesa ngan lelaki termasuk ahli keluarga aku.aku ade ayah dan seorang abang.believe me,dalam sehari berapa patah perkataan je yang aku boleh tuturkan ngan dorang.kadang-kadang tu tak bercakap pon.dok dekat pon dak.aku tau tak baik..tapi aku memang takot...that's exactly why budak-budak laki ingat aku ade problem ngan dorang dan entah..benci aku?Aku boleh je berkawan ngan dorang,but takut untuk berhubungan..baik tak payah kan?
Sejarah finally habis dan aku excited untuk kelas seterusnya..bio!
.........................kelas pon tamat.
Kami pon berjalan la dalam barisan yang 'straight' untuk balik ke kelas..kelas kami dekat dengan kantin,so macam biasa budak laki akan kong kelas sat untuk beli ayaq sejuk.budak laki lain semua dok mintak tolong budak pompuan letakkan buku dorang dalam kelas.siyes memang tak gentleman..sebab tu aku tak suke dorang,huh..aku nampak ade sorang jantan ni dok tercegat cam nak cari orang untuk dijadikan hamba jugak untuk bawa buku dia..
YOU ARE READING
Penawar
Random"stone dah mai" "pelik ah dia tu..tak paham aku" Aku lalu depan dorang ngan muka tak ambik kesah. 'buat bodo..buat bodo'.aku pesan dalam hati. Aku yang patutnya tak paham.apahal dorang tu nak menyebok sangat? Dorang iaitu... Lelaki.