Tak payah banyak tanya , aku memang tengah ada dalam bilik disiplin sekarang ni . Aku tengah buat baik cuba nak kutip pahala pun kena tarik masuk bilik disiplin ni jugak .
" Berapa lama lagi masa yg kamu perlukan untuk explain segalanya , Byun Jihyun ? " soal Mrs.Lee sambil membelek-belek rotannya .
Aku menelan air liur aku . Jangan kata dia nak sebat aku sudah lah aku tak salah pun . Tak sanggup aku nak balik rumah dengan keadaan badan penuh garisan .
" Sa..sa—saya cuma na—nak to—tolong dia je daripada kena prank " aku cuba menjelaskan segalanya .
Tapi ;;
" Saya tak percaya . Mana mungkin ada pelajar perempuan yg nak buat semua ni " dia membetulkan kaca matanya . Eiy kecik besar kecik besar je aku usya orang tua ni .
Dia sendiri yg cakap tak mungkin ada pelajar perempuan yg nak buat semua ni habistu aku ni apa ? Jantan ke ?
" Kenapa cikgu tak percaya dekat saya ? " nada aku mula menjadi tegas . Kau jangan buat aku ambil rotan kau then sebat kau . Kang tak pasal-pasal aku masuk berita dengan suratkhabar haa pemes aku mengalahkan Rosmah .
" Kamu bagitau dulu siapa dalangnya . Baru saya percayakan kamu "
Eiyy dia ni mengajar aku erti kesabaran dan ketabahan betul .
" dalangnya ialah jimin. park jimin "
Jauh di sudut hati , aku benar-benar berharap supaya kali ini dendam aku akan terbalas . Biar Jimin kena denda . Kalau boleh biar kena buang sekolah ke buang negeri ke buang negara terus . Nak buang dia dari dunia ni pun boleh . Lagi seronok aku .
Ta—tapi kan ,
" Sudahlah menuduh orang , Jihyun . Tak baik . Kalau kamu dalangnya , mengaku sajalah . Lambat laun kebenaran pasti akan terbongkar jugak " katanya
" Mana mungkin ada pelajar lelaki yg nak masuk dalam tandas perempuan sesuka hati dia ? " sambungnya lagi
WTF
IS
THIS ?!
HABISTU CIKGU FIKIR LELAKI GATAL MIANG SEMUA TU TAK WUJUD KE DALAM DUNIA NI ?!
KENAPA BODOH SANGAT EIY ASAL LAH KAU BOLEH JADI CIKGU ? OTAK KAU TAK SERASI DENGAN KERJAYA NI OH PLS LAH .
Staph it Jihyun . Sudahlah mengutuk dia . Dosa japgi .
" Tapi cikgu , cikgu takde bukti pu— "
" — Kamu didenda menulis karangan tidak kurang daripada 1000 patah perkataan "
" Eh ? Kenapa pulak cikgu ? Saya tak bersalah pun "
" 1000 perkataan atau 5000 perkataan ? "
" Haih ... Ok fine " aku mengeluh besar lalu beredar dari bilik disiplin .
Aku difitnah okay difitnah . sial punya jimin . Kau sihir apa sampai cikgu pun dah tak hingin nak percayakan aku ?
Heh .
Jimin Jimin , ada ubi ada batas , ada hari aku balas .
" Yoww Jihyun , so apa cer kau ? " tegur Chen sebaik sahaja aku keluar dari bilik puaka tersebut . Sempat lagi dia mencubit pipi aku .
" Karangan ah apa lagi ?" ' aku menjelingnya .
" Alah takmo memarah . Nanti kitaorang tolong lah kau " kali ini , Chanyeol pulak datang dan mencuit hidung aku .
Eiy dua ekor ni aku sabar je . Muka aku bukan mainan ah gila .
" Aku lapar lah weh " rungut Sehun . Ni pun dah lapar baru reti bersuara gamaknya tadi awal awal diam je .
" Kau lapar ke ? Takpe , harini biar abe Suho yg belanja ye ? " Suho menawarkan dirinya untul belanja kami semua .
Kemain ah semua bersorak macam ahli kumpulan sorak sekolah . Dah macam lembu terlepas dari kandang aku tengok dorang ni . Happy go lucky betul .
" Aip . Tak payah bazirkan duit ah gais . Bekal yg aku bawak tadi tu nak bagi sape makan ? Nenek kau ? " soal aku .
3 hari 3 malam aku siapkan menu special tu senang hati hengkorang je nak bazir macam tu je ? kalau dah syaitan, selamanya suka membazir.
" Eh kau ni . Yang tak puas hati dekat nenek aku ni asal ? " ujar Yixing . Sehun ditepinya turut menyokong dia . Dah la curang dekat Luhan .
Aku memandang Yixing macam nak makan dia . Jangan memain dengan aku . Aku naik angin japgi semua melutut terus depan aku .
" Dahla Jihyun , bekal kau tu kau makan jela nanti dekat rumah . Tak sedap mana pun , siapa je yg boleh telan ? Aku ni haa dah 3 kali masuk tandas " kata Kyungsoo dengan selamba .
Ewah sedapnya mulut kau main lepas je apa yg kau nak lepas eh ?
" Amboi kau . Nak judge makanan aku pun agak agak lah . Tapis la sikit , bagi pujian sikit ke ? " balas aku
" Aku suka terus terang dengan orang lelagi orang macam kau ni . Kang tak terus terang dia nanti berangan lebih " ucapnya
Ya ampun sentap kite .
" Dah dah , tak payah lah gaduh sebab benda kecil ni . Jihyun , nanti aku ajar kau masak eh ? " kata Baekhyun . Sempat lagi dia mengenyit mata . Eish tau la dia dengan Suho pernah masuk rancangan memasak . Tak payah la acah ko dah pro . Kang terbakar dapur aku taktau .
Aku merangkul leher Baekhyun dan pergi beratur untuk membeli makanan . Yg lain pergi mencari tempat duduk . Buat apa reramai beratur ? Buat semak je . Kalau dua tiga orang takpe la jugak , ni ramai sampai 9 orang . Kau tak tengok lagi Seventeen . Lagi meriah canteen ni kalau dorang ada . Tambah dengan NCT and Super Junior lagi — woi ko fikir ni sekolah k-idol ke hah ?
Setelah selesai membeli makanan , aku dan Baekhyun terus pergi ke arah meja kami . Tapi , aku terserempak dengan seorang lelaki kacak ini .
Siapa lagi kalau bukan senior saya iaitu Jeon Jungkook . Bapak hensem kot dia . Kalau tengok dekat-dekat lagi hensem .
I'm not in heaven but why do i keep seeing angel ?
Aku senyum ke arahnya dan dia pun membalas senyuman aku . Baru saja aku ingin menegurnya , seorang perempuan datang dan memeluk lengannya .
" Oppa dah beli ke vitagen ? " tanya perempuan itu atau lebih dikenali sebagai Jung Soyeon .
Lawa lah jugak tapi dia nijenis tak boleh tengok boyfriend dia dekat dengan perempuan lain hmmmmm.
" Belum lagi . Soyeon tunggu la dekat sana kejap eh ? " balas Jungkook . Soyeon hanya mengganguk dan melihat Jungkook berjalan ke gerai yg menjual minuman .
" Eh kau , kau suka Jungkook ke hah ? " tanya dia .
" Kau tanya aku ke ? " aku menghalakan jari telunjuk ke arah diri aku sendiri .
" Ye la takkan makcik kantin kot ? " dia menggulingkan anak matanya . Gedik sangat aih .
" Buat apa aku nak suka pakwe orang heh " balas aku selamba cap badak
" Tau pun . Kemain tadi senyum senyum bagai kau ni eh "
Apa masalah minah ni entah ? Senyum pun salah halamak, senyum tu sedekah kot takkan taktau ?
" Senyum je pun "
" Kau jangan nak gilakan pakwe aku . Tau la hensem . Tau la kau takde pakwe " katanya .
Aku membuat muka menyampah dan pergi meninggalkan dia keseorangan disitu . Makin melayan makin menjadi-jadi dia ni . Apa lah teruk sangat nasib Jungkook dapat makwe cem dia ni huahuahua .
And okay ... dia duduk selang 2 meja je depan aku . Time tengah makan pun , macam tak puas hati je dia usya aku ni . Rilek ah .
Pakwe kau sorang je haa apa barang ? Aku ni sampai 9 orang kau ada ? Nasib je 3 lagi dah pindah sekolah kalau tak 12 orang tau . (( rindu ot12 ))
***
Sorry guys no Jimin's part .
YOU ARE READING
unexpected • park jimin [completed]
Fanfiction" Oh tahniah kau dibuang sekolah " " Aku akan pastikan neraka pertemukan kita semula " +Kisah dimana seorang perempuan yg dibuang daripada sekolah kerana telah dipergunakan oleh seorang pelajar lelaki yg bermasalah . Story idea by ; bunktan- a.k...