Suatu hari aku terjumpa dirimu,
Tanpa disangka kau menarik perhatianku,
Dari situlah bermulanya perkenalan aku dan kamu,
Pada waktu perkenalan kita,
Aku melihat seorang manusia dari sisi yang berbeza,
Dan saat pertemuan pertama itu juga,
Kau telah memberiku satu rasa.Satu rasa yang membuatkanku selalu tersenyum apabila denganmu,
Setelah pertemuan itu,
Aku selalu mendekatimu tanpa jemu,
Aku selalu bertanya perihalmu,
Dan kau memberitahuku tentang keadaan dirimu tanpa rasa jemu,
Serta tidak lupa kau juga memberiku sedikit perhatian,
Iaitu bermula dari bertanya apa yang sedang aku lakukan,
Padaku sungguh itu suatu yang mengharukan.Sampai pada akhirnya aku merasa tertarik padamu,
Diam-diam aku menyimpan suatu perasaan padamu,
AKU MULAI JATUH CINTA PADAMU,
Apa yang telah kau lakukan padaku??
Tapi kini kau mulai menjauh dariku,
Dan membuatku sakit sayangku..Aku tidak meminta banyak sayangku,
Cukup kau hargai aku.
YOU ARE READING
LUAHAN HATI BICARA RINDU
PoetryAku cuma ingin berkongsi beberapa coretan luahan hati untuk si dia yang sentiasa di hati... Moga kau akan memahami apa yang terbuku di hati ini... REMEMBER! × apa yang aku tulis ni memang dari hati aku sendiri... × selama ni aku pendam se...