O13

4.1K 575 299
                                    

Aku fikir lepas habis belajar ni tak perlulah bangun awal pagi tapi rupanya sama sahaja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku fikir lepas habis belajar ni tak perlulah bangun awal pagi tapi rupanya sama sahaja. Ada alarm yang kejut tanpa disuruh.

"Bangunlah, noona!!"

Woojin melompat-lombat di atas katil, mencuba untuk mengejutkan aku daripada tidur yang lena. Apabila merasakan sesuatu mencucuk-cucuk pipi, yang aku tebak merupakan jarinya, terus aku menolaknya dari muka. Rengusan perlahan keluar dari mulutnya sebelum dia menarik comforter yang membaluti aku.

"Bangunlah! Hari tu kata nak bawa pergi taman tema!"

Bising.

Berkerut muka kerana suara bingitnya menganggu ketenteraman. Bantal peluk aku bawa ke dalam pelukan dan memasang niat untuk menyambung tidur semula. Suasana menjadi sunyi buat beberapa saat. Bunyi tapak kaki berjalan ke arah pintu bilik mula kedengaran. Oh yeah, pergilah keluar dasar adik tak guna.

"Woojin nak bagitahu omma yang hyung sebelah rumah cium pipi noona malam tadi."

Terus aku bangun dari pembaringan. Mata mencerlung seluasnya. Nampak saja budak ni!

"Nak apa?" Ada senyuman jahat tatkala dia mendekati aku semula. Tangan kecilnya membentuk penumbuk lalu dia dari kejauhan berpura-pura menumbuk aku dari tempat dia berdiri, jelas sekali menunjuk bahawa aku tewas untuk kali ini.

Hah, budak berumur lapan tahun ini sememangnya pembuli.

"So.. bila kita boleh pergi taman tema?" soalnya selepas duduk di birai katil dengan kakinya yang diayunkan.

"Lusa boleh? Bagilah noona rehat dulu beberapa hari. Noona baru habis peperiksaan besar.. tak kesian dekat noona ke?" Dia mengeleng laju tetapi cepat bertukar menjadi anggukan.

"Lusa betul eh!" Jari telunjuknya dinaikkan ke paras muka, menunjuk ke depan muka aku dimana aku menolaknya menjauhi. Ergh, baru tadi aku lihat dia mengusik lubang hidungnya dengan jari itu. "Tapi kita kena bawa hyung sekali!"

Bersyarat pula budak ni..

"Hyung mana?"

"Jaemin hyung."

Ah, sudah.

Mata aku dijengil kepadanya dengan jengkel. Tak tahu pula dia rapat dengan Jaemin. Secara tiba-tiba pula itu. Bukan dulu dia kata dia tak suka ada hyung ke? Siap kata kalau ada hyung ni menjengkelkan sebab ramai hyung yang suka mainkan hati perempuan jadi dia cuma nak noona saja aka perempuan yang tersakiti. Apa yang dia tak tahu adalah bukan playboy saja yang wujud, playgirl pun ada tapi tidak mahulah aku menjelaskan hal itu kepadanya. Silap haribulan aku juga termasuk dalam senarai hitamnya.

Boyfriend Next Door » JaeminWhere stories live. Discover now