Menjawab Salam :)

96 2 0
                                    


Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Pernah tak seseorang datang dekat dengan anda, tak kiralah anda kenal atau pun tidak, dan dia beritahu ada seseorang kirim salam... Pernah tak? Saya confirm mesti pernah... Dan adakah anda jawab salam yang disampaikan itu? Atau anda hanya biarkannya tanpa sebarang jawapan?

Bagi yang tak jawab tu, maka berdosalah baginya kerana menjawab salam itu hukumnya adalah wajib... Dan bagi mereka yang menjawab salam itu, adapun pahalalah baginya... Tetapi adakah jawapan salam anda itu betul? Mesti pelikkan dengan soalan tu?



Ok, di sini ingin saya kongsikan apa yang saya peroehi melalui laman Muka Buku... Tentang jawapan salam yang sepatutnya kita jawab apabila ada seseorang berkirim salam pada kita...

97% muslim yang saya jumpa bila diberitahu :
"Wei, Kamarul... Ina kirim salam..."

Maka akan dijawab oleh Kamarul : 
"Iya ke? Wa'alaikumsalam"

Ok, nampak macam tak ada masalah bukan? Tapi sebenarnya ada masalahnya... Jelas di dalam hadis Nabi SAW, baginda mengajar apabila salam itu disampaikan melalui orang tengah, maka jawapan yang diberi kepada kiriman salam itu bukannya 'wa'alaikumsalam' tetapi 'WA'ALAIKI WA'ALAIHASSALAM'...

Sebab apa?

Ina suruh Aida kirimkan salamnya pada Kamarul dan Kamarul menjawab "Wa'alaikumsalam", sedangkan maksud 'wa'alaikumsalam' adalah salam sejahtera ke atas KAMU... 'Kamu' di sini adalah Aida dan bukannya Ina... Jadi salam Ina itu tidak berjawab kerana Kamarul mendoakan salam itu kepada Aida... Padahal Aida adalah orang tengah...

Jawapan yang sepatutnya adalah 'Wa'alaiki wa'alaihassalam' yang bermaksud dan salam sejahtera ke atas Kamu dan juga kepada DIA... Maka salamnya telah terjawab...

Tetapi, di dalam hal ini, jawapan salam yang diberikan hendaklah bersesuaian dengan si pengirim dan penyampai salam tersebut... Contohnya, jika ianya seperti situasi di atas, maka jawapan salam yang sepatutnya dijawab oleh Kamarul adalah "Wa'alaki wa'alaihassalam..." di mana pengirim dan penyampai salam adalah perempuan...

Ka = Awak bagi lelaki (penyampai salam)
Ki = Awak bagi perempuan (penyampai salam)
Hi = Dia lelaki (pemberi salam)
Ha = Dia perempuan (pemberi salam)

Adapun, ini semua sebagai perkongsian dari saya... Moga kita dapat mengamalkannya ber-sama2...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 04, 2013 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Menjawab Salam :)Where stories live. Discover now