BAB 1

217 5 0
                                    

         Kicauan burung yang bertebangan mencari rezeki memeriahkan suasana pagi yang dingin dan nyaman.Dari jendela yang terbuka lebar kelihatan di halaman rumah dua tingkat tersebut.Itulah keistimewaan kawasan Tanah Tinggi Cameron ini. Apa sahaja yang ditanam pasti akan kelihatan subur walaupun kurang dijaga.

         Rosmina menarik nafas dalam-dalam ."Hari yang indah," bisik hatinya. Dia sudah siap berpakaian untuk ke kebun. Rambutnya yang sudah didikat rapi dikepit dengan sebuah kelip berbentuk rama-rama. Nampak kemas sekali, Beredar dari jendela tersebut sekali lagi rosmina melihat wajahnya yang sudah siap berdandan di cermin. 'hmmm.. cantik juga...' detik hatinya sambil senyum sumbing.

        'Cantik ? jangan nak perasanlah! tunggulah sekejap lagi. Bila sudah sampai di kebun, hilang semuanya. Habis comot sana sini.'

         Hari ini dia mesti menolong puteh, pembantunya, memotong bunga-bunga untuk jualan. Ratna dan mohan tentu akan sibuk di bahagian sayur-sayuran sebab hari ini giliran pengutipan sayur untuk dijual kepada pemborong. Selalunya Ratna veloo yang dipanggilnya Ratna sahaja yang akan menolong Puteh memotong bunga sebelum memulakan kerja di kebun sayur.

         "Kak Puteh ! Dah siap ?" laung rosmina sambil melihat keliling mencari kelibat Puteh setelah tiba di anak tangga paling bawah.

        "Sudah, Mina. Sekejap saya datang." terdengar suara puteh menjawab dari dapur . Tentu dia sedang menyiapkan bekalan untuk sarapan di kebun nanti. Begitulah setiap hari, mereka akan bersarapan di kebun. Rosmina lebih seronok bersarapan dikelilingi oleh bunga-bunga yang mekar mewanyi.

         Sebentar kemudian kelihatan Puteh muncuk dari dapur diikuti oleh Puan Hanim,ibu Rosmina.

          "Ya Allah , Kak Puteh..!" Rosmina ketawa mengekek. Wajah Puteh yang bertompok-tompok putih dan comot itu menggelikan hatinya ."Nama dah Puteh cukuplah, yang muka putih melepak macam tepung gomak ni apesal? Kat kebun tu Kak Puteh memang dah putih kalau nak dibandingkan dengan ratna dan mohan tu. Banyak sangat stok bedak ye ? " usik Rosmina.

         " Apa yang putih ? saya pakai bedak macam biasa saja ! Mina ni kalau tak kenakan saya memang tak sah. Bukan Minalah namanya tu ... " cebik Puteh

         "Siapa yang kenakan Kak Puteh ? Tak caya, cuba tengok cermin kat depan tu ..." Suruh Rosmina sambil menunjukkan ke arah cermin besar di ruang tamu.

          " Ya Allah! " jerit Putih diikuti dengan ketawa panjang. Rupa-rupanya mukanya memang berselopong dengan tompok-tompok putih. Dia sedang menyimpan tepung yang digunakan soleh Puan Hanim untuk membuat sarapan tadi bila teoung tersebut tertumpah ke lantai. Tentu secara tidak disedari tepung tersebut telah terkena ke mukanya.

            " la inu pun tak perasan muka Puteh macam tu tadi,"  Giliran Puan Hanim apula ketawa melihat wajah puteh. Sikit lagi boleh jadi macam aziz satar dalam filem 'Seniman Bujang Lapuk'

       Puteh cepat-cepat membersihkan wajahnya. boleh lari semua pelanggan kalau nampak wajahnya macam tikus jatuh ke dalam tepung itu. Tak pun ada yang pengsan sebab ingat nampak hantu siang! Nasib baik tak sampai ke kebun dengan wajah macam itu.

       Rosmina lantas menyalami ibunya setelah Puteh selesai membersihkan mukanya.

      " Mina pergi dulu, ibu ... dah dekat pukul lapan ni. Nanti tak sempat sarapan pulak. Hari ni, kan hari jumaat. Tentu dah ramai pelancong kat sini dari petang semalam."

      " yalah , tapi jangan lupa pulak suruh si Ratna tu datang ambil makanan. Puteh, ingat tu ! kalau nak harapkan Mina tu, dia tak makan pun tak apa. Nanti kamu yang lain pulak yang kebulur."

     " Ya, Puan... " jawab putih yang sentiasa akur akan cakap majikannya itu .Sudah hampir lima tahun dia datang dari indonesia dan bekerja dengan Puan Hanim dan keluarganya. Sudah sebati benar dia dengan perangai keluarga itu, bahkan dia juga sudah dianggap sebagai salah seorang ahli keluarga oleh mereka.

Farid Ammar memerhatikan bangunan lapan tingkat yang sudah siap dibina di hadapannya. Kini dia sudah boleh tersenyum puas. Hasrat keluarganay untuk mendirikan sebuah hotel kini sudah tercapai. dalam masa tidak sampai dua bulan lagi hotel ini akan mula beroperasi .

    Selama ini keluarganya hanya menguruskan beberapa buah rumah rehat yang sederhana sahaja di Tanah Rata dan Brinchang. Dengan terbinanya hotel tersebut kini mereka sudah mampu bersaing dengan hotel-hotel lain seperti Casa de la Rosa, Rosa Pasadena.
Haji Ridzwan, bapa ammar juga sudah menyerahkan bulat-bulat kepadanya dalam menguruskan semua hal yang bersangkutan dengan hotel tersebut. Katanya, cukuplah dia sekadar mengusahakan rumah rehat yang sudah sedia ada. Urusan rumah rehat tersebut juga mungkin akan diserahkan kepada adik perempuannya Farida Amira setelah adiknua itu menamatkan pengajiannya nanti. Cameron Highlands yang sentiasa ramai dengan pelancong asing dan tempatan sememangnya menjanjikan pulangan yang baik dalam bidang perhotelan.
Lamunan ammar terhenti bila telefon bimbitnya tiba -tiba berbunyi.
"Ammar, jangan lupa beli bunga untuk umi nanti. Abah nak ke Ipoh kejap, pagi ni." Terdengar suara Haji Ridzwan di hujung talian memberi peringatan. Hampir sahaja Ammar terlupa janji pada abahnya untuk membeli bunga sempena hari lahir ibunya hari ini jika tidak diingatkan tadi !
" Pukul berapa abah balik nanti ? Jangan lewat sangat bah, nanti merajuk pulak permaisuri abah tu , ingat kita semua lupa birthday dia " Ammar pula mengingatkan Haji Ridzwan akan acara mereka untuk mengadakan jamuan mengejut sempena hari lahir ibunya.
" Lepas sembahyang jumaat nanti abah baliklah. Keknya nanti abah belikan kat Ipoh sekali. Assalamualaikum. "
Ammar mematikan talian selepas menjawab salam abahnya. Bergegas dia ke kereta untuk ke kedai bunga. Memang senang hendak mencari kedai bunga di cameron highlands, bersepah sepah . Tetapi susah juga hendak mencari kedai yang menyediakan gubahan bunga . Selama ini pun ammar tidak pernah memperdulikan kedai-kedai bunga yang ada di situ . Lelaki..... biaslah , bukannya minat dengan semua itu .
Berhampiran dengan simpang masuk ke Hotel Sttawberry Park , ammar membaca sebuah papan tanda yang tertulis ' sweet senses garden farm'. Mungkin di sini ada menjual bunga yang siap digubah, fikirnya. Keretanya dipandu perlahan-lahan menyusur ke tepi jalan berdekatan kedai tersebut .

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 26, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cantiknya Si Comot Where stories live. Discover now