Fin

54 1 0
                                    

Timbunan helaian assignment tersusun kemas dihadapan matanya. Dia menarik nafas dalam-dalam. Ini belum lagi termasuk projek akhir tahun yang akan dibentang sebulan dari sekarang. Kehidupan sebagai seorang pelajar universiti benar-benar mencabar mental dan fizikalnya. Meja belajarnya kini penuh dengan nota pelekat dan senarai kerja yang belum diselesaikan. Bosan menghadap kertas A4 tersebut, dia membuka lokernya untuk mengambil secawan mi segera lalu menuju ke ruang pantri. Bosan. Itulah perkataan yang menggambarkan situasi dirinya pada saat ini. Setelah kembali ke bilik, dia menghidupkan komputer riba lalu membuka folder movie seram Thai 'The Eyes Diary' yang belum ditontonnya sebelum ini. Matanya sempat menjeling kearah meja belajar teman sebiliknya itu. Sudah masuk seminggu batang hidung pemuda itu tidak kunjung kelihatan.

Kemana pula dia dah pergi?

Mereka berdua pun tidak begitu rapat sebenarnya walaupun sudah 2 bulan duduk bersama. Ini bukan kerana dia seorang anti sosial, tetapi dia sendiri merasa kekok ketika hendak memulakan bicara setiap kali temannya ada disitu. Entah sebab apa.



Jimin POV

Suasana lengang kat kolej kediaman ni buat aku semakin rimas. Sunyi sangat-sangat. Nak pulang rumah, jauh pulak. Duit belanja pun cukup-cukup makan. Nak tak nak, terpaksa tunggu sampai hujung semester. Haih, bosan ya amat. Kalau Suga ada kat sini kan bagus. Boleh juga aku lepak ngan dia. Sekurang-kurangnya tak lah aku mereput seorang diri kat sini.

Cerita pasal kawan sebilik aku...dah seminggu dia tak balik. Aku ni bukanlah kejam sangat sampai tak nak ambil tahu hal orang, tapi sebab aku hormat privasinya. Mungkin dia ada masalah.

Ahn Jae Hyun. Itulah nama roommate aku. Orangnya amat pendiam. Jarang sekali dengar dia bersuara. Itupun hanya apabila dia minta tolong kat aku matikan lampu ataupun sebelum keluar ke kelas. Yang selebihnya aku tak tau.

End POV





Setelah bercuti selama dua minggu, pelajar-pelajar lain mula membanjiri kawasan asrama. Suasana yang sunyi kini menjadi riuh rendah dengan suara-suara mereka yang seronok menghabiskan masa cuti mereka dengan makan angin dan sebagainya. Jimin tekun mendengar cerita Suga yang begitu teruja menceritakan pengalamannya sewaktu dia menjadi DJ part-time disebuah kelab hiburan.

"Rugi siot kau tak ikut aku! Awek-awek kat sana fuyooo...seksi giler! Ada jugalah dalam 3-4 orang yang berkenan kat aku. Siap minta nombor fon lagi. Hehehe..."

"Ceh, poyonya. Habis tu, kau bagi?"

"Huh, kerana begitu setia kat engkau, tak jadi aku kasi nombor fon aku."

"Amboi...tak sangka kau berselera kat aku eh? Kau...suka kat aku???" Jimin menjongket keningnya sebelah sambil tersengih kearah Suga.

"Cettt! Aku bukan gay lah. Euuuuuuwwww!" Suga memegang tekaknya konon berasa loya dengan statement Jimin yang mengenakan dirinya itu.

Gelak ketawa mereka berdua mati seketika apabila Jimin menunjukkan riak muka kebimbangan seolah-olah fikirannya kembali kusut.

"Kau...kenal Jaehyun tak?" soalnya kepada Suga. Pemuda itu menggeleng perlahan setelah mendengar nama asing tersebut.

"Tak. Siapa tu?"

"Roommate aku."

"Kenapa dengan roommate kau?"

"Tak adalah...cuma, dah lama dia tak balik. Aku takut dia ada masalah. Tu je." Jawabnya pendek. Ternyata insan bernama Jaehyun itu benar-benar misteri.



Kawan Sebilik | Park JiminWhere stories live. Discover now