Seminggu telah berlalu begitu sahaja. Aku asyik berkurung di rumahku sahaja. Aku tidak ke kolej. Tidak keluar. Dan aku tidak ke rumah abah. Aku tak nak ke sana. Sakit hati aku dibuatnya.Kematian Rafiq telah diketahui umum termasuk abah. Abah masih tidak dapat terima pemergian Rafiq. Tapi aku....entah lah. Rasa serba salah. Tapi aku cuba hilangkan rasa tu.
Sebab memang patut pun dia mati. Dia dah jadi target aku. So.....sokayy kan.
Berat badanku sudah susut. Aku langsung tidak makan. Hanya air kosong sahaja yang mengisi perutku selama seminggu ni.
"Aris!! Assalamualaikum,Aris!!"laung seseorang di luar pagar rumah. Aku menapak keluar dari rumah. Irsa terus meluru masuk ke dalam.
"Huh...Aris Daniel Bin Dato' Hanafi".ujar Irsa. Dah lama aku tak lihat wajah Irsa. Terubat juga rindu ni. Padahal rumah dia sebelah je ni hah. Nampak tak kemalasan di situ.
"Ye,saya".jawabku. Irsa menarik nafas panjang.
"Kenapa awak tak pergi kolej? Dah seminggu. Kenapa awak selalu buat saya risau? Kenapa awak tak beritahu yang awak dah keluar hospital? Kenapa awak call saya or text saya? Mana phone awak? Rosak? Hilang? Tak pe saya beli yang baru untuk awak nanti. And then...."
Sebelum Irsa meneruskan syarahannya itu,lebih baik aku senyapkan dia dengan cara meletakkan jariku di bibirnya. Dia serta merta senyap lalu matanya beralih tepat pada mataku.
"Awak ni macam machine gun la. Jangan la risau. Saya okay je ni. Tengok la. Saya sihat dah".jawabku. Irsa menepis jariku pada mulutnya. Dia mendengus lalu memeluk tubuhnya.
"So kenapa tak datang kolej? Kenapa tak call saya? Text saya? Ke awak dah tak suka saya? Awak dah ada orang lain? Okay fine. Saya tau saya tak cantik,tak tinggi,suka membebel. Saya pergi. Bye".omel Irsa lalu terus melangkah pergi.
Aku menarik lengannya. Langkah Irsa terhenti. Aku mendekatinya lalu berdiri berhadapan dengannya. Matanya aku tenung.
"Ini lah perempuan zaman sekarang. Suka sangat overthinking. Kuat baca novel lagi kan,tengok drama. Lepastu terikut ikut".kataku. Irsa menjelingku.
"Pandang saya". Irsa masih berdegil. Dia memandang tepi.
"Putri Irsa Amani,look at me".arahku lagi. Dan Irsa masih degil mengalahkan kotoran degil yang susah nak hilang. Okay tak ada kena mengena pun.
"Irsa,please. Pandang saya".rayuku. Irsa mengeluh lalu memandangku.
"Okay,now listen. Dalam hidup saya mana ada orang lain selain awak. Saya mana ada kawan yang childish macam awak ni haa. Saya ada awak je Irsa. My heartbeat always call you whenever it wants to".pujukku.
Irsa tersenyum. See? Senang jaa pujuk dia ni. Dia ni macam budak budak sikit. Bagi coklat pun dia dah okay.
"Sweet la. Dah lama awak tak cakap macam tu. Ye lah kan. Selama ni kalau kita borak selalu dua tiga patah je".jawab Irsa.
Ya aku akui. Aku langsung tak banyak cakap dengan dia walaupun kami rapat. Nampak tak yang aku ni tak suka bercakap. Tak nampak? Pergi ulang balik baca story ni. Dialog aku bukannya banyak pun. Skrip pendek.
"Sorry la Irsa. Tapi nanti saya cuba".kataku.
"Okay. Saya balik dulu".ujar Irsa.
"Eh,Irsa. Nanti dulu". Aku mendapatkannya. Irsa menoleh ke arahku.
"I still love you. Remember it".pesanku. Irsa tersenyum simpul lalu membawa diri pulang ke rumahnya.
******
YOU ARE READING
Boyfriend Aku Psycho (1)
Mystery / ThrillerAku dan dia memang rapat sejak kecil dan sudah menjadi lebih daripada kawan. Satu peristiwa hitam yang tak dapat aku lupakan dan telah membuat diriku berubah menjadi psycho. Di kolej ramai pelajar takut bila nak dekat dengan aku. Dan ada juga pela...