Wicit

52 1 0
                                    


Aku berumur awal 20-an. Aku tak faham dengan bahasa budak sekarang. Okay mungkin aku ketinggalan sikit sebab kerja yang banyak ceit aku tipu je kau ingat sekarang senang nak carik keje yang ikut bidang yang kau ambik.?? Okay aku hanya kerja sementara kat kedai farmasi macam budak lepasan SPM tunggu panggilan universiti.

"Eh zal, tolong akak angkat barang sat. Stok ubat baru sampai."

Kak Fiza.Manager kedai.Lawo orangnya. Aku dengar akak ni famous.. Kat WeChat lah. Aku tak tahu lah famous mana sebab aku tak de WeChat.

"Ok kak. No prob."

Sementara aku angkat kotak tu kak Fiza ni tanya.

"Kau ni kelulusan luar negara, tapi kerja macam ni. Kau tak dapat ke keje yang elok skit?"

"Banyak kali gak saya dengar orang cakap camtu kak. Nak buat camne rezeki lepas balik belajar kat sini. Nanti saya apply lah keje yang in ngan bidang saya ni."

▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪

Waktu kerja dah habis. Aku saje nak balik lewat sikit.Jadi aku singgah mamak jap. Selang 2 meja belakang aku, aku rasa bebudak ni dalam lingkungan 18-20 tahun. Dorang tengah sembang pasal budak WeChat.
"weyh cer kau baca status budak wicit ni." kata budak A. Apahal wicit... Akupun tak tau.

"tekan by Shah." budak B.

Sementara tu aku tengah scroll facebook dan tetiba jari ku terhenti kat 1 status yang dipost oleh ROTIKOSONG.

'admin punya lah susah nak hadam apa dia yang budak wechat ni tulis'

F! Z4

Tekan by Shah..'

Okay sekarang aku tau kenapa dorang gelak macam apa..
Budak ni salah grammar... Tapi bila diperhati bebetul gambar tu.. Nama ni macam familiar.. Mana mungkin...

"pffffttt". Nasib baik tak tersembur teh o ais.

Ni belum lagi yang

H4! Awuckz s@y@ sukeww ngat kat awuckz

Dalam rasa lawak tu. Aku rasa kesian pulak kat dorang ni. Tapi bila ditegur nanti dia ingat aku HEATER dia pulak. Bukan nak SWITCH OFF tapi nak tolong je. Pastu bila kita pm dia, dia ingat aku sticker dia.Alahai.

▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪

Pagi tu macam biasa. Bukak kedai tunggu customer. Tapi harini lain skit. Ada sorang awek ni datang dengan rambut kaler purple dengan muka marah masuk ke dalam kedai.

"Fiza! Mana kau?!"

Kak Fiza terus keluar dengan muka marah.Siapa tak marah tetibe orang panggil kau ngan cara kurang ajar.

" Kau sape?!"

"Aku girlfriend Shah! Apasal pulak kau nak rampas dia dari aku?!"

Okay memang tak salah yang aku baca semalam tu status.... Pandai pandai lah korang fikir.

"Oh kau ke perampas yang bising kat wall wechat kau pasal nak fast to fast ngan aku tu?!. Grandma kau pun salah ada hati nak lawan aku."

Aku kat sini hanya berdiri menonton drama 'Budak Wechat' sambil menahan ketawa.

"Kau rampas picture husband aku kan?!"

'WTF picture husband?! Aku baling gak botoi ayaq ni kang tak pasai pasai hang masuk sepital '

"Kau tak bertunang pun dengan dia lagi ada hati panggil husband"

Perempuan tu pun meluru ke arah Kak Fiza dengan heels 3 inci nya.

"Argh!" langkahnya terhenti.

'pasaipa pulak minah ni stop.. Aku baru nak tengok skill dia '

Kak Fiza hanya berdiri membatu. Mungkin mentertawakan perempuan tu dalam diam.

"Kaki aku.."

"kenapa ngan kaki kau?!" tanya Kak Fiza.

"Kaki aku... Kaki aku... Cream.~"

'pffftt.. Time aku tengah minum time tu gak hang nak buat lawak. Sekali lagi aku rasa nak baling botoi ni kat hang... Bukan hang sorang ja... Ngan Kak Fiza skali aku nk hempuk'

" Eh perempuan, tak payah nak berlakon lah Shah tu dah ajak aku tunang, so dia tu dah jadi future Finance aku"

Hanya tuhan je yang tahu macam mana aku tahan gelak aku. Nak terkencing dibuat nya.

Masa tu suasana sunyi. Jadi aku ambil kesempatan untuk minum, time tu gak ada mamat ni mai. Mungkin Shah lah kut.

"Eh Shah!" muka Kak Fiza terkejut.

"Eh apasal you tak tolong Diyana ni.Kesian dia jatuh".ujar mamat tu.

"Eh you kenapa you datang sini?!"

"Rafa cakap you kat sini. Dia tak tahu kenapa tapi dia nampak muka you marah."

"Ha'ah you! Ni! Perempuan ni cuba nak rampas you!"

Shah memandang Fiza. Dia melepaskan keluhan berat.

"Fiza I know you don't want to hear this but..."

" But apa Shah?!"

"Diyana, I dah masuk meminang dia last week."

"Oh.patut lah you tak angkat call I.. Tak balas wechat I.Rupanya you dah ada minah ni!"

"take a deep breast Fiza!"

Ni lagi satu mangsa baru yang nak kene hempuk ngan botoi ayaq aku. Woi! Hang tau ka breast tu apa.. Kuajaq. Aku susah nak tahan gelak ni woi!

"Buat apa saya nak bertenang lagi?!"

"Awak ada perempuan tu! Bawak dia pergi jangan jumpa saya lagi!"

"Kalau macam tu awak nak baik. saya pergi dulu."

Shah memapah Diyana masuk ke kereta meninggalkan Kak Fiza dengan hati yang terluka. Bukan terbuka.

"Silent body is better. Love is not what you picture it will be. If love no hurt that not name love"

Aku meluru keluar selepas Kak Fiza meluahkan kata -kata itu, dengan alasan nak gi makan. Sebab jam menunjukkan jam 1:30.petang. Apa aku boleh cakap.

'Aku kat planet mana ni woi! Hahahahhahahahahahahahahahaha. Nonsense ni semua! '

Aku tak boleh tahan lagi dah.

P/s: aku saja try menulis baru start memerah idea... Aku hanya budak hingusan yang x tau apa apa haha yang penting aku x de wechat.



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 14, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cerita MengarutWhere stories live. Discover now