Lima.

85 4 1
                                    

"Hyun dah balik!!" Jerit aku. Aik? Apahal suram semacam je ni?

"Ahjumma! Oh Ahjumma! Where are you?" Kena faham, aku memang suka ajak ahjumma tu speaking. English is important you know. Ewah tu dia ayat padu dari Pengerusi kelab bahasa inggeris yang amat disegani oleh pengikut-pengikutnya.

"Hyun?" Panggil satu suara yang amat aku kenali tu. Kim Dustbin..

"Tadi omma dengan appa call. Diorang tak balik harini." Kata Hanbin tanpa disuruh. Aku buat tak layan dan terus duduk dekat sofa.

"Hyun! Aku mint--"

"Hello?" Tiba-tiba phone aku berbunyi sekaligus memotong kata-kata si dustbin tu.

"Hyun! Ni SaRa la! Takkan baru sebulan akak tak ada hyun dah lupa akak?" Jerit orang di talian sebelah. Mula-mula aku agak terpinga-pinga. SaRa mana pulak ni?

"Woi syaiton! Tak kan baru sebulan akak pegi Program Pertukaran Pelajar tu kau dah lupa akak? Ni Lee Sa Ra la!!" Jeritan dia kalini memang terus buat aku teringat. Ya!!!! Teman baik ku telah pulang ke negara asal!!

"Ya tuhan!! Kak SaRa!! Oh god! Sebulan dekat sana bukan nak roger-roger!!" Jerit aku balik. Kena faham, kitorang ni memang suka jerit-jerit macam takde pedoman hidup ni.

"Woi apa kau ni terjerit-jerit ni." Kata Hanbin sambil duduk sebelah aku sambil makan kerepek (berapa banyak sambil wehhhh)

"Siapa tu hyun?" Tanya Kak SaRa.

"Dustbin." Jawab aku ringkas dan padat. Hanbin menjegilkan matanya.

"Tak berubah lagi korang kan." Sebulan je kot nak berubah tang mananya aduh kenapa sebegini teruk memberku ya tuhan..

"Nak berubah celah bedah mananya. Dah tertulis nama Hanbin ni jadi abang hyun. Terima jela." Kata aku separuh memerli.

"Bersyukur la ada abang handsome macam aku." Kata Hanbin sambil mengembangkan hidungnya.

"Sila meninggal." Jawab aku kepada hanbin.

"Hahaha! Okay lah hyun, akak nak kemas barang ni. Esok pagi dah nak balik sana~ Excited nya nak jumpa balik!! Macam-macam akak nak cerita!" Jerit SaRa.

"Hah ye la dah bye." Kataku dan terus mematikan panggilan. Aku bukan apa, aku ni kawan yang baik. Tau tak betapa mahalnya kalau call dari Jepun ke Korea? Mahal woi.

"Weh hyun. Sorry tau pasal tengah hari tadi.." Kata Hanbin meminta maaf sambil menayang muka suci tak seberapa dia tu.

"Iyelah." Jawab aku. Mungkin lepas dapat borak dengan SaRa tadi dah membaiki mood aku yang kian membengong ni.

"Weh, aku nak tanya sikit boleh?" Soal hanbin. Aku memandang dia dengan wajah tak peraya.

"Keluarlah dari badan abangku syaitan!! Keluar lah!! Walaupun Dia annoying omma dengan appa still sayang dia!! Kel-- aduh sakitlah setan!" Aduh aku bila tiba-tiba hanbin tunjal dahi aku.

[COMPLETE] Sassy Monster Next DoorWhere stories live. Discover now