BAB 4

4.1K 208 62
                                    

"Pssttt..Wei Ayra bangunlah wei, Mrs Lion tengah pandang kau tu." bisik Qaira ditempat duduk sebelah Ayra ambil berusaha mengejutkan rakannya yang enak dibuai mimpi.

Mrs Lion yang dari tadi hanya menjadi pemerhati terus melangkah ke arah meja mereka dan kini Mrs Lion berdiri di sebelah meja Ayra. Semua pelajar di dalam kelas itu hanya memerhatikan mereka sahaja.

"Qaira let me do it." ujar Miss Leyla

"Ehemm Ayra Arissa, wake up this is add math class." Miss Leyla pula yang mengambil tempat Qaira untuk mengejutkan Ayra.

"Ishh kau ni Qai, diam diam dah la. Bukannya Mrs Lion tu nampak pun aku tengah tidur. Dia tengah khusyuk tu tulis jalan kira dekat papan putih." kutukku.

'Mampuih la kau Ayra! Kalau ye pun ngantuk tak payah la kau kutuk depan dia. Takkanlah kau tak nampak dia duk berdiri dekat sebelah kau dari tadi kot.' Qaira sudah menepuk dahi dan menggaru kepalanyanya.

"NUR AYRA ARISSA! I SAID WAKE UP! NOW!!" bergema satu kelas 5 Avicenna.Eh! Rasaya bukan satu kelas je yang bergema disebabkan oleh suara nyaring Miss Leyla a.k.a Mrs Lion tapi satu sekolah SMK Nicholas. Hiperbola betul la.

Akibat terlalu terkejut dengan suara nyaring Mrs Lion, aku terus berdiri tegak seperti ingin  menyanyikan lagu 'Negaraku'. Aku sempat memandang sekilas muka Mrs Lion yang merah padan dek terlalu marah dan gayanya macam nak telan aku hidup-hidup.

"Bestnyaa tidur dalam kelas waktu saya mengajar pula tu." perli Miss Leyla

"Dah habis kutuk saya?" Miss Leyla menyoal pula

"Err.. I'm sorry miss."pohonku

"Apa awak kata? Sorry?" Miss Leyla buat buat gelak

"Yes miss,I'm sorry"

"After what you have done to me, you said sorry? Just sorry? Awak ingat semudah satu, dua, tiga saya nak maafkan awak?" soalnya

"One more thing saya nak awak ingat sampai bila-bila yang saya ni cikgu awak. I'm your teacher and not your friends, so, please be nice with me! Don't be rude,Ayra!" marah Miss Leyla

'Aduh! Over betullah singa ni. Dah la over, emo pula tu. Benda kecil pun nak kecoh ke? Ishh.. Bukannya aku tak tahu yang dia tu memang tak suka aku. Dia marah aku kuat kuat ni pun sebab saja nak memalukan aku dan dia pun sebenarnya nak beritahu semua orang yang aku pelajar yang biadap dan kurang diajar. Eheh... Tahu sangat dah perangai dia tu. Nama sahaja cikgu tapi perangai tak matang langsung mengalahkan budak - budak. Opsss... Terlupa pulak yang 'singa' tu anak bongsu Tan Sri Amran yang baru berumur 22 tahun, so, no wonderlah perangai dia childish!' kutukku sampai tersengeh sendiri sebab banyak sangat aku kutuk pasal dia.

"Ayra!" jerit Miss Leyla

'Ishhh.. Boleh pecah gegendang telinga aku ni. Dari tadi asyik nak menjerit je.' gumamku

"Yes miss, anything?"

"Sambung kutuk saya dalam hati lah tu, kan?"

"Mmm...ma..ma..mana ada miss. Saya tak kutuk miss pun." aku menafikannya. Padahal dah berbakul aku kutuk dia

"Hmmm.. Whateverlah, so.... Awak memang nak minta maaf dekat saya ke main - main sahaja"

'Aikk.. Tadi bukan main lagi kata saya takkan maafkan awak la apa la.' gumamku

"Eh... Serious la miss. Takkan main - main pula."

"Betul ni?" Soal Miss Leyla inginkan kepastian

'Ishhh.. Ada juga yang kena penampar kejap lagi. Aku dah cakapkan tadi... Mengada betullah singa ni.'

"Emmm.. Yes miss I'm really serious."

"Okay saya akan maafkan awak tapi dengan satu syarat"

"Syarat? Ouh ok." 'Hmmm patutlah tetiba nak maafkan rupa - rupanya ada udang disebalik mee.'

"Syaratnya awak kene masuk setiap kelas yang ada di sekolah ini dan cakap SAYA NUR AYRA ARISSA MINTA MAAF KERANA TIDUR DI DALAM KELAS MISS LEYLA DAN SAYA JANJI TIDAK AKAN MENGULANGINYA LAGI."

"What? Are you crazy miss ?!"

"Kalau awak taknak buat it's okay, saya bukannya paksa awak pun." Miss Leyla memberitahuku

"Fuh.. lega beb!" aku berkata dengan nada perlahan

"Serious ke miss kalau saya tak buat tak apa?" aku memastikan

"Yess serious kalau you tak buat pun tak apa I tak paksa you pun cuma... I tak maafkan you la sebab syarat untuk saya maafkan awak ialah awak kena buat apa yang saya suruh tadi." Miss Leyla melemparkan senyuman sinis khas untukku.

"Erkkk.." senyuman yand sedari tadi menghiasi wajah kini sudah pudar.

'Singa ni la kan cakap kalau tidak berbelit tak sah! Tak memaksa konon.. Tu namanya memaksa tau!'

..............................................

"Fuh penat gilos la round satu sekolah ni ni semua sebab singa tu punya pasal kalau tak, takdanya aku malu sehari ni. Lepas nak kena pergi kelas tingkatan 5 dengan 6 pulak... Hmm apalah nasibku~" aku membebel sendirian di tepi tangga sambil duduk berehat untuk seketika

Tok..tok..tok..

"Assalamualaikum" aku memberi salam setibanya di hadapan kelas 5 Rivera

"Waalaikumussalam masuklah" seorang pelajar junior menjawab
kerana kebetulan pada waktu itu tiada guru di dalam kelas tersebut.

"Emmm.. SAYA NUR AYRA ARISSA MINTA MAAF KERANA TIDUR DI DALAM KELAS MISS LEYLA DAN SAYA JANJI TIDAK AKAN MENGULANGINYA LAGI. Okay tu je saya nak cakap" aku menghembus nafas lega kerana itu merupakan kelas tingkata 5 yang terakhir dan yang paling penting Herni Nadia and the geng tiada dalam kelas.. yehuuu..

Selepas mengucapkan apa yang disuruh oleh singa tu aku terus 'blah' tanpa menghiraukan reaksi pelik yang ditunjukkan oleh pelajar di dalam kelas itu.

............................................

"Okay Ayra, calm down, relax okay.." aku memberikan kata-kata semangat untuk diriku.

"Fuh seramnya la nak masuk kelas ni, dah la ada Abang Naim."

"Ehem.." aku membetulkan suaraku.

Semua pelajar yang ada di dalam kelas ni pandang ke arahku termasuk abang kesayangan aku tu.

"Assalamualaikum and good afternoon. Berdirinya saya di sini ingin memohon maaf kerana tidur di dalam kelas Miss Leyla dan saya berjanji tidak akan mengulanginya lagi." aku menundukkan wajahku kerana tidak sanggup untuk memandang wajah abang Naim plus malu gila dengan budak kelas ni.

"Hahahaha.. tidur dalam kelas? Harapkan muka sahaja cantik tapi perangai pemalas dan kuat tidur." kata salah seorang pelajar kelas itu.

Seisi kelas itu mentertawakanku mungkin sebab taiko sekolah jadi baik kot.

"Eleh Amrie awak tu pun apa kurangnya selalu tidur dalam kelas saya tak payah nak mengata orang sangat lah ye." Cikgu Amy mengenakan Amrie pula.

Sekali lagi seisi kelas itu ketawa terbahak - bahak tapi kali ni siap ketuk meja kawan di sebelah mereka.

'Ceit cakap orang, dia pun sama sahaja. Paku dulang paku serpih, cakap orang dia yang lebih' monologku

"Ok cikgu saya minta diri dulu. Terima kasih kerana sudi dengar ucapan saya."

"Sama - sama" balas Cikgu Amy dan pelajar kelas itu.

'Hmmm harini merupakan hari yang malang untuk aku. Apa lah nasib aku dapat cikgu yang otak senget. Nasib baiklah Abang Naim tak kata apa - apa.'


1076 words

Alhamdulillah . Akhirnya siap juga satu bab.

Maaf buat readers sekalian tertunggu-tunggu. Hope awak semua enjoy la ye baca bab ni. Kalau ada kurang dan typo mohon maaf. hahaha

*Ok kali ni nak mintak pendapat korang pasal cerita ni . Boleh la komen dekat bawah ea. kalau nak kritik pun ok ja.


Dia Sebenarnya Pereka Fesyen?!(HOLD)Where stories live. Discover now