"I'm leaving to Cheshire, UK for 5 years."
"What?! 5 years? I thought it's only for a few months.
"Macam mana kita nak terus berhubung nanti? Irfan, I can't do this."
"I have to. Aku terpaksa."
Nina Izzyan terpaksa akur dengan keputusan Irfan Malique yang memutuskan untuk berhijrah ke UK atas alasan untuk menyambung belajar. 5 tahun. Berjuta perkara boleh terjadi dalam masa 5 tahun. Adakah dia dapat bertahan? Apakah yang terjadi kepada Irfan di luar negara? Dapatkah cinta "tidak terungkap" terurai akhirnya?
Sekadar berinteraksi di alam maya, dia tidak menyangka Irfan begitu serius terhadap dirinya. Apabila si gadis meluah rasa cinta, si teruna mula tidak tentu arah. Menyangka bahawa usia Nina yang baru dua dekad itu masih tidak mengenal erti cinta. Mengapa harus dia mengambil langkah untuk menjadikan Nina pendamping hidupnya sedangkan Nina baru mengenalinya hanya dalam 7 hari?
"Saya baru kenal awak. So harap awak faham kenapa saya tak terima." - Nina
"Nina, sorry ada urusan tadi. Urus visa apa semua. Nothing much I want to say, just glad to have someone like you. I mean, we didn't meet each other and even hear our voices but you're so effortlessly proving you might be special. We can't stop peoples' feelings towards us. Are we good? For me, we're always going to be good." - Irfan Malique
Tidak pernah berjumpa, apatah lagi bersua muka. Mungkin itu alasan si teruna ingin menolak mentah-mentah si dara. Apakah kesudahannya?
Segalanya akan terjawab dalam novel, "If We Ever Meet Again."
2015 ® SH AKIRA COPYRIGHT.
ALL RIGHTS RESERVED.