1

1.1K 17 10
                                    

Satu.

"Nina, kau biar betul. Eh aku tak percaya. He's 19 and tak pernah bercinta? Budak 9As lagi? Nampak sungguh penipuannya di situ. Babe, lebih baik kau hati-hati. Tak nak kau, faham-fahamlah sendiri." Ujar Intan sambil melihat gambar-gambar "lelaki" tersebut di media Twitter.

"Aku pun susah nak percaya. Tapi, macam betul je lah. I think he's insecure with his looks. Dia pernah cakap, dia ni tak handsome. Tapi apalah sangat yang ada pada rupa. I'm not looking for perfection." Pintas Nina. Sengaja ingin menidakkan pernyataan Intan, yang mahu dirinya lebih berhati-hati.

"Aku tak nak kau jatuh buat kali kedua, Nina. Aku sayang kau, dan baik kau fikir sejuta kali. I think this is not a good idea." Sambung Intan sambil meletak kembali telefon bimbit miliknya ke dalam tas tangan LV hak miliknya. Nina termenung memikirkan ayat yang diatur oleh Intan sebentar tadi. '

Bodoh sangatkah aku sampai percaya pada cinta alam maya? Why I'm so sure he's the one? Allah help me'. Bisik hati kecil Nina

Petang. Angin sepoi-sepoi meniup yang perlahan-lahan menghempas ke muka. Sepetang bersama keluarga merupakan saat-saat indah. Jika sahaja Afreed bersama, lengkaplah keluarga Dato' Fairol. Walaupun Jasmine dibesarkan dalam keluarga yang serba mewah, dia tetap bersyukur atas kurniaan Ilahi kerana ditakdirkan mempunyai keluarga yang cukup sempurna. 

Afreed, abang kepada Jasmine yang sedang menuntut di University of Southern California, mengambil ijazah sarjana muda Civil Engineering menjadi pembakar semangat Jasmine untuk mengikut jejak langkah satu-satunya adik-beradik yang dia miliki.

"Ma, abang Af tak pulang ke?" tanya Nina yang memecah kesunyian pada petang itu. "Tak, raya nanti baru pulang. Raya tahun depan." Balas ibunya ringkas dan padat.

Hubungan Nina dan Afreed tidak dapat dinafikan sememangnya akrab. Sehingga ada sesetengah pihak yang menyangka mereka berdua bercinta. Adik beradik sepatutnya mempunyai keirasan pada wajah, walaupun sedikit. Berlainan pula dengan Nina dan Afreed. Berbeza sekali. Genetik ibu bapa sungguh kreatif. Namun kelainan itulah membuatkan sering timbulnya fitnah kepada keluarga Encik Fairol dan Puan Adila. Keluarga itu terus tabah, walaupun sering dicaci oleh masyarakat yang buta hati.

"Nina nak tanya, anak ayah ni dah berpunya ke?" tanya ayahnya secara tiba-tiba. Sikit lagi minuman yang baru hendak dihirup itu tumpah ke lantai. Terbeliak biji mata Nina.

"Eh, mana ada. Anak ayah ni limited edition. Tak adalah, Nina mana ada teman lelaki." Respon Nina bersahaja.

"Kalau ada, jangan segan-segan, suruh hantar rombongan meminang. Nak jugak tengok anak ibu ni naik pelamin awal-awal." Sahut ibunya yang baru sampai membawa sepinggan cucur udang untuk disajikan sebagai makanan ringan. 

"Ma, I'm just 17. Nak 18 tahun pun tunggu bulan Disember. Tak nak kahwin awal-awal. Nak belajar macam abang Af, kerja, kumpul duit, beli rumah, beli kereta, bawa mama ayah naik haji, baru Nina kahwin. Deal?" ayat Nina yang panjang lebar membuatkan kedua orang tuanya tersenyum dan tertawa. 

"Macam tu anak ayah." Respon ayahnya sambil menunjukkan sibuk 'thumbs up'  kepada Nina. Nina tergelak dengan gelagat ayahnya yang semakin dimamah usia. 53 tahun mungkin sudah hampir digelar warga emas, tetapi ayahnya tetap sihat dan cergas. Pernah menjadi atlet pada suatu masa dahulu merupakan satu kebaikan untuk kesihatan pada hari tua.

Nina menghela nafas perlahan-lahan. Sedikit sebanyak kata-kata mamanya bermain di dalam minda. Dia harus melupakan perkara itu. Perkara mengingatkan dia tentang cinta monyetnya yang hanya menambah kekusutan fikiran. Apa yang sudah berlaku dan bakal berlaku sudah tertulis, memang itulah jalan cerita dan susul galur riwayat kehidupan seorang gadis memakai pendakap gigi yang bernama Nina Izzyan binti Fairol.

Ada baiknya dia memikirkan perkara yang lebih penting, misalnya kehidupan selepas SPM. Tentang perjalanan hidupnya masih jauh. Perjalanan kehidupan yang tidak Jasmine tahu di mana pengakhirnya.

NINA IZZYAN masih tersandar di kerusi kayu yang sememangnya vintej. Kucing kesayangannya 'Nemo' yang berwarna oren berbelang warna hitam berlari mengejar anak ayam menjadi tatapan Jasmine yang sedang berkhayal. Khayalan yang tidak pasti.

"Kenapa termenung tu sayang? Ada apa-apa nak cerita dekat mama?" Ujar Puan Adila spontan. Melihat gelagat anaknya yang serba tidak tentu arah itu, sudah pasti ada sesuatu yang menganggu fikiran anak perempuannya itu.

"Nothing ma. I just miss abang Af. I wonder how he doing right now." Nina menghela nafas perlahan. Nada yang rendah itu membuatkan Puan Adila tersenyum.

"We will visit your brother soon, Nina. Don't worry." Respon Puan Adila. Air muka Nina berubah secara drastik. Ceria.


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 22, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

"If We Ever Meet Again."Where stories live. Discover now