PART 1

182 13 1
                                    

LARA : TABEBUIA ROSEA

Pohon yang berbaris di tepi tasik dipandang dengan teruja. Bunga berwarna merah jambu amat mengasyikkan sesiapa yang akan melihatnya. Sungguh dia tidak pernah melihat pohon yang sungguh cantik seperti pohon sakura di negara matahari terbit. "Pokok Sakura ?" Dia bertanya pada dirinya dengan nada perlahan. Pintu slide yang berkaca di buka dan melangkah keluar ke beranda yang menghadap ke pohon dihadapannya. Suasana pagi yang dingin, tasik yang nampak tenang bersama pokok yang dipenuhi dengan bunga memang sungguh tenangkan hatinya.

"Pokok Tabebuia Rosea Cik Lara" seseorang dibelakangnya bersuara. Segera dipandang ke arahnya. Seorang wanita yang agak berusia tapi manis dengan senyuman. Dia lah yang menyambut Lara malam tadi setelah dia sudah sampai ke sini.
"Tabe apa ?" Lara cuba menyebut tapi agak sukar.
"Tabebuia Rosea" wanita yang bernama Bik Hanita menyebut semula.

"Oh. Ta..be..buia Ro..se..a" Lara menyebut satu persatu.
"Cantik sangat Bik Hanita. Saya rasa nak bawa balik sahaja" kata Lara. Pandangannya tidak beralih dari pohon berimbun dengan bunga berwarna merah jambu yang mekar. Seperti pokok sakura.

"Semua tetamu yang datang sini pun cakap macam itu Cik Lara. Tapi pohon ini sekarang mana mana boleh dapat" ujar Bik Hanita sambil meletakkan secawan teh bersama sepotong kek pandan di atas meja kecil.

"Jemput makan ye Cik Lara. Saya masuk dalam dahulu" ujar Bik Hanita. Bicaranya sungguh lemah lembut.
"Baik Bik Hanita. Terima Kasih sediakan." Lara membalas semula. Tubuh wanita yang berusia yang berlingkungan 40an memasuki ke dalam rumah dan hilang apabila dia memasuki dapur.
Seluruh penjuru rumah tetamu ini dipandang. Sebulan Lara akan menetap disini atas urusan syarikat perladangannya. Ladang kepunyaan atuknya dan juga bapanya akan dijaga penuh baik. Kerana inilah harta keturunan dari atuknya. Tiba tiba timbul kerinduan terhadap adik angkatnya.
"Alangkah seronoknya kalau Maria dengan Hana datang sini."ujarnya dalam hati.

Setelah selesai bersarapan , cawan dan pinggan yang telah diguna dibawa ke dapur. Perlahan lahan dia melangkah ke dalam rumah. "Eh. Handphone!" Dia tersentak dan menyedari tentang telefon bimbit yang tertinggal di atas meja kecil di beranda. Kakinya berpatah balik keluar dan mengambil semula telefonnya. Telefon bimbit yang berwarna merah dimasukkan ke dalam poket seluarnya dan mengangkat semula bekas makanannya. Apabila wajahnya menyempat memandang ke arah pokok Tabebuia Rosea , mata hitam Lara terlihat satu kelibat hitam berdesup ke belakang pokok dari pokok sebelahnya. Matanya memincing ke arah barisan pokok berimbun bunga mekar. Sesekali bunganya gugur dek angin bertiup halus. Dia meletakkan cawan dan pinggan semula. Matanya tajam memerhatikana ke arah pokok dimana dia melihat kelibat tadi. Hatinya terdetik ingin ke pokok untuk menjenguk. Kakinya perlahan menjejak ke atas tanah.

"Cik Lara , Pemandu sudah sampai" terkejut Lara. Badannya terangkat sedikit.
"Cik Lara nak ke mana? Kalau ye pun pakai la selipar." Ujar Bik Hanita yang berada di beranda bersama Lara. Diambil cawan dan pinggan yang telah kosong.
"Cik Lara , pemandu dah sampai." Bik Hanita ulang semula bicaranya.
Mata Lara yang tadi hanya memandang pokok Tabebuia menoleh ke wajah Bik Hanita yang hanya senyum.
"Oo. Ok. Terima kasih Bik Hanita. Teringin nak kesana tadi" Lara menunjuk ke arah pokok yang rendang. Sesekali angin halus menerpa pohon hingga gugurkan bunga nya ke tanah. Seperti salji turun.
"Petang nanti lah. Saya bawa ke pondok kecil dekat tasik situ. Situ banyak bunga teratai." Bik Hanita berkata.
"Ye ke? Wah!" Ucap Lara dengan terujanya. Segera dia masuk ke dalam bersama Bik Hanita. Pintu slide berkaca dibiarkan terbuka. Langsir putih terliuk dek angin yang menerpa masuk ke dalam rumahnya.
Sepasang mata dari sebalik pokok sedang mengintai Lara yang telah memasuki ke dalam rumahnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 07, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

LARA : TABEBUIA ROSEAWhere stories live. Discover now