Prolog

2.9K 36 1
                                    

Bunyi kereta di luar rumah serta merta membuat bulu romanya menegak. Apa lagi yg suaminya tidak puas hati hari ni. Sejak dua bulan lepas mereka diijabkabulkan ada sahaja yg tidak kena di mata suaminya. Mereka tidak mengenali satu sama lain. Mereka berkahwin pun kerana dipaksa oleh ibu bapa masing-masing untuk menutup malu. Mereka berdua didapati berdua-duaan dia dalam sebuah bilik hotel. Terimbau kembali kejadian pada malam itu.

"Woi bangun !" jerkah satu suara yg mengejutkannya. Terpisat-pisat Ariana cuba membuka matanya. Kepalanya terasa berpusing saat dia membuka matanya.

"Aduhh..sakitnya," dipejam celikkan matanya untuk menahan kesakitan. Terkejut dia apabila mendapati ada seorang lelaki asing di sebelahnya. Terbangun terus Ariana tanpa menghiraukan kesakitan di kepalanya. "Macam mana kau boeh ada dalam bilik aku ?!" lelaki itu bertanya dengan wajahnya yg bengis itu.

Terbeliak biji mata Ariana mendengarnya.

"Ha !! Saya kat bilik encik ?! Macam mana saya boleh ada kat sini ," mata Ariana melilau memandang sekeliling bilik itu. Memang sah itu bukan biliknya. Biliknya biasa-biasa sahaja, tetapi bilik ini kelihatan sungguh mewah. Ya Allah ! Macam mana aku boleh ada kat sini.

"Ha .. kau jangan nk buat tak tahu. Ini rancangan kau dengan Danish nak perangkap aku kan ?!" tuduh lelaki itu. Membulat mata Ariana memandang lelaki itu. "Danish ? Danish mana ? saya tak kenal dengan mana-mana orang yg nama Danish. Encik jangan nak tuduh sembarangan."

Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Saat lelaki itu membuka pintu, kelihatan empat orang lelaki berkopiah di hadapan pintu. Saat itu juga bermulanya episod duka dalam hidup Ariana. Mereka ditangkap khalwat dan untuk menutup malu juga mereka dikahwinkan.

"Woi perempuan ! kau kat mana hah ?!" jerit Ammar. Mana pula perempuan ni, aku dah la penat balik kerja, dia pulak takda, desis Ammar. Jeritan itu menyedarkan Ariana kembali. Pantas dia menuang air kosong ke dalam gelas. Dua bulan hidup bersama, Ariana sudah mengetahui apa yg disukai dan yg tidak disukai oleh suaminya. 

Tidak lama kemudian, muncul Ariana dari dapur sambil menatang segelas air kosong.  "Jemput minum bang," pelawa Ariana lembut. Ariana duduk di atas permaidani lalu ditarik stokin yg tersarung di kaki Ammar sebelum beralih ke arah tali leher. Ariana leka menanggalkan tali leher yg tergantung di leher sehingga tidak sedar Ammar sedang merenungnya tajam. 

"Abang nk makan sekarang ?" tanya Ariana seraya memandang mata Ammar. Dua mata bertembung menghantar getaran di hati masing-masing. Pantas Ariana mengalihkan anak matanya dari bertembung dengan anak mata Ammar. 

"Aku nak mandi dulu," air kosong di dalam gelas diteguk sehingga habis. Ariana mengangguk kepala tanda faham. Dia menuju ke dapur untuk menyiapkan makan malam suaminya. Manakala Ammar pula melangkah naik ke bilik dengan membawa briefcase di tangan. 

Masuk sahaja di bilik, sudah tersedia tuala dan pakain tidurnya. Walaupun mereka berkahwin bukan atas dasar cinta dan dia sendiri tidak sukakan isterinya itu namun isterinya tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Danish menghempaskan badan sasa nya ke atas katil sambil tangannya diletakkan di atas dahi mengenangkaan sikap isterinya. Teringat bagaimana layanannya terhadap Ariana semasa mereka baru sahaja berkahwin. Hanya herdikan dan kata-kata kasar yg dihamburkan kepada Ariana. Pada mulanya Ariana menjawab juga tapi lama kelamaan isterinya itu hanya mendiamkan diri apabila dimarahi.

"Kenapa sekarang aku rasa macam tak kene je bila dia tak da depan mata aku ? sebelum ni tak da pula aku rasa macam tu." keluh Ammar.

"Ya Allah .. aku ni dah jatuh cinta dengan isteri aku sendiri ke ? kalau bukan cinta habistu apa yg aku rasa sekarang nie,"Ammar bermonolog sendiri. Malas memikirkan lagi tentang perasaanya. Ammar bangun dari pembaringan dan menuju ke bilik air untuk mandi. Perutnya juga sedah berkeroncong.  

Sayang Kau Ketat-KetatWhere stories live. Discover now