Bab 5

1.5K 29 0
                                    

"Itu laa kau .. aku dah cakap periksa dulu baru bertindak .. kau tengok sekarang apa dah jadi .. bini kau dah lari .. ," marah Aiman kepada Ammar kerana bertindak melulu tanpa meminta penjelasan dari Ariana. Dilihatnya Ammar sudak tidak terurus sekarang semenjak ditinggalkan oleh Ariana. Sudah 3 bulan Ariana meniggalkan Ammar dan dalam tempoh itu juga Ammar dah macam orang tak betul mencari Ariana tetapi hampa, dia tidak menemukan Ariana.

"Aku tak tahu apa yg aku fikir masa tu .. aku marah sangat bila tengok dia dengan laki tu .. aku tak dapat kawal perasaan marah aku tu .. tolong aku Aiman .. aku nak sangat jumpa bini aku .. tolong aku weiyh," rayu Ammar. Belum sempat Aiman membalas, mereka didatanggi seorang lelaki yg tidak dikenali.

"Assalammualaikum," ucap lelaki itu. Ammar dan Aiman membalas serentak.

"Waalaikummussalam,".

"Err .. Encik ni suami Farisya Ariana ke ?," soalan ditujukan kepada Ammar.

"Ya saya, encik nie siapa ? macam mana kenal saya dan isteri saya ?," soalnya pula tidak sabar.

"Oh .. saya Ariff, anak angkat kepada ayah Ariana merangkap abang angkat dia. Masa Ariana kahwin, saya takde kat sini. Saya temankan isteri saya menyambung pelajaran di London."  Ammar menganggukkan kepalanya. Dia cuba mengingati lelaki dihadapannya ini. Rasanya dia pernah melihatnya sebelum ini. Saat dia mengingatinya, dia terus bertanya.

"Encik Ariff pernah berjumpa dengan isteri saya ka sebelum ni?" Tersenyum Ariff dengan soalan yg memang diduganya itu. 

"Saya dah agak dah .. memang encik akan bertanyakan soalan itu kepada saya. Ya, saya pernah berjumpa dengan Ariana lebih kurang 2 bulan yg lepas. Masa tu dia menceritakan tentang rumah tangganya yg bahagia walaupun suaminya tidak mencintainya." menyerbu perasaan malu Ammar ketika itu. 

"Rasanya encik dah salah anggap hubungan saya dan isteri encik kan ? sebenarnya saya dah boleh agak dah apa yg berlaku apabila Ariana menceritakan bagaimana encik Ammar menuduhnya yg bukan-bukan. Sesungguhnya tiada lelaki lain yg dicintainya selain suaminya." terang Ariff.

Ammar meraup rambutnya kebelakang. Sungguh dia menyesal dengan perbuatan yg dilakukannya kepada Ariana. 

"Encik tahu dimana isteri saya ?" soal Ammar kepada Ariff.

"Jangan risau tentang itu .. isteri encik selamat .. selama 2 bulan ini dia tinggal bersama saya dan isteri saya di rumah. Sebenarnya dia juga rindukan isterinya lebih-lebih lagi dengan keadaanya sekarang."

"Keadaanya sekarang ? Err .. kenapa ngn isteri saya?" perasaan risau mula menjalar dalam diri Ammar.

"Ariana sekarang sudah berbadan dua .. kandungannya sudah mencecah 1 bulan."

"Me .. me .. mengandung ? Ariana dah mengandung ?" soal Ammar tidak percaya. Terpancar riak gembira di wajahnya. Ya Allah syukur padaMu. Aiman menepuk bahu Ammar. "Congrat Am .. you'll going to be a father soon." 

"Saya nak jumpa isteri saya .. saya nak bawa dia balik rumha kami."

"Marai saya bawa encik Ammar ke rumah saya .. Ariana pasti sedang menantikan suaminya walaupun dia tidak menyatakannya." 

Sayang Kau Ketat-KetatWhere stories live. Discover now