_ DUA PUlUH _

10.3K 460 13
                                    

" Rian... " panggil Airis, lembut namun tiada sahutan. Edrian masih baring di atas pasir dan matanya dipejamkan. Dia menghirup udara segar di tepi pantai.

" Rian, awak tak boleh buat saya macam ni. Saya bukan tunggul, saya-- " Airis terhenti. Dia menarik nafas panjang lalu dia beragak-agak ingin meninggalkan Edrian sendirian namun tangannya ditarik lembut oleh Edrian.

Edrian duduk dari pembaringan. Dia membuka cermin mata hitamnya lalu ditatap mata coklat isterinya.
" Saya apa ? " soal Edrian, ingin tahu.

Airis menundukkan kepalanya sedikit. Takut mahu memandang Edrian yang berwajah bengis itu.
" T-ak, saya cuma nak balik hotel je. " jawab Airis takut-takut.

Edrian memegang dagu Airis dengan tangannya. Dia mengangkat wajah Airis agar pandangan mereka bertembung.
" Saya tahu cinta pertama itu susah untuk dilupakan tapi lama-kelamaan pasti dilupakan juga. Saya boleh nampak cara Habib pandang awak, bercakap dengan awak, senyum pada awak semua tu. Dia memang masih cintakan awak. " Nafasnya dihela panjang.

" Jujur, saya cemburu dengan Habib sebab dia pernah memiliki hati awak. Tapi dalam masa yang sama, saya bersyukur akhirnya awak jadi milik saya juga. Saya cintakan awak sangat-sangat. Jaga hati saya elok-elok ya? Tolong, tolong jangan sia-siakan cinta saya pada awak .. " Sambung Edrian.

Airis dapat melihat keikhlasan Edrian dari mata. Mulut berbicara dan mata pula tidak akan dapat menipu apa yang manusia rasakan. Dia nampak ketulusan suaminya mencintai dia. Kesungguhan suaminya ingin memikat hatinya. Dia dapat merasakan Edrian yang terbaik buatnya, kerana itu dia mengahwini Edrian. Kesungguhan dan keikhlasan yang Edrian ada membuatkan Airis terpikat.

Airis mengusap pipi suaminya.
" Awak suami saya, saya milik awak sepenuhnya. Habib cumalah masa silam saya. Bila saya memilih awak untuk menjadi suami saya, bermakna awaklah yang bertakhta di dalam hati saya, bukan orang lain. Yakinlah pada cinta saya, jangan ragui saya. Kepercayaan itu penting dalam rumah tangga. " Airis tersenyum manis pada suaminya. Edrian mencium tangan Airis lalu tubuh kecil Airis didakap erat.

Memang benar kata Airis, aku tidak sepatutnya meragui cinta Airis pada aku. Kalau Airis tidak cinta, tak mungkin Airis sanggup berkahwin dengan aku tanpa menghiraukan kebahagiaan dia. Ya selepas ini aku harus lebih percaya pada isteri aku, getus hati Edrian.

" Allah tolong lindungi masjid yang baru kami bina dari hasad dengki manusia. " Doa Edrian dalam hati.


                            ----------

Sedang mereka enak menjamu selera, tiba-tiba telefon bimbit milik Airis berbunyi. Airis melihat nama pemanggil itu lalu diberi Edrian melihat. Edrian menjeling lalu menyuruh Airis mengangkat panggilan itu dengan segera supaya tidak mengganggu makan malam mereka lagi.

" Hello Habib, ada apa call Airis ? " tanya Airis selepas mengangkat panggilan itu.

" Abang bukan nak ganggu bulan madu Airis, tapi abang terpaksa ganggu. Lisa buat hal. " Adu Habib pada Airis. Airis berkerut dahi. Lisa buat hal apa pula? Lisa jarang buat hal melainkan ada sesuatu yang terjadi padanya.

" Dia buat apa ? " soal Airis. Habib mengeluh panjang.

" Lisa dia nak keluar tapi abang tak bagi lepastu dia berkurung dalam bilik. Tadi bila bukak pintu bilik, tengok-tengok Lisa demam panas. " beritahu Habib. Airis memandang suaminya. Edrian mengangkat kening menggantikan soalannya yang berbunyi 'kenapa?'

Harus Aku Terima ©✔️Where stories live. Discover now