Mata memandang sekeliling. "aku kat mana ni?" Roy menoleh ke kanan. Kelihatan pintu bercorak bunga yang sudah terbuka sedikit. 'macam kenal je pintu nih' terdetik di hatinya untuk masuk ke dalam bilik itu.
Kaki kanan melangkah samvil tangan menolak pintu perlahan. Kelihatan dirinya sendiri sedang menangis teresak-esak memandang ayahnya sedang bergelut dengan lelaki dewasa yang bertopeng. Dia memegang parang.
"ummi ! Bangun ummi ! Jangan buat Roy macam ni. Ayah !!" Roy menggoncangkan badan ibunya yang rebah akibat ditetak di kepala.
"Roy !!! Pergi minta pertolongan ! Cepat !!!!" ayahnya menjerit lantang. Roy tidak mampu bergerak kerana terlalu takut.
"Roy ! Ayah perlukan kamu sekarang !!!" muka ayah sudah berkerut-kerut melawan kehebatan perompak tersebut. Roy yang tersedar dengan pantas berlari keluar meminta pertolongan.
Roy yang terpinga-pinga melihat dirinya keluar dari rumah lantas mrnghampiri ibunya yang terbaring kaku. "ummi ? Tak. Aku mimpi je" dia memandang ayahnya pula.
Ketika ayahnya sedang cuba untuk bangun, pencuri itu sudah bersedia untuk menikam dengan berlari kencang sambil tangan menghunus parang.
Roy yang melihat lantas berlari cuba untuk menghalang. Tapi sudah terlambat. Mata ayahnya terbeliak manakala mulutnya memuntahkan darah yang banyak.
"Tak.. Tak.. Aku mimpi je..! Ayah !!!!"
YOU ARE READING
Cinta Red Velvet
Romance'rambut macam landak,perangai tak serupa manusia . Muka selalu ketat . Tapi hensem juga' Tengku Ryan Zhafran Bin Tengku Idham . Lelaki yang pertama berjaya mencuri hati Roy Hazeera dan melupakan memori hitam saat terakhir riwayat ayahnya, Ahmad Ada...