Hey Readers ^^
This story Theha karang sesaje aje. Ehem. Tak ada kena-mengena dengan sesiapa pung. Tapi ni Theha nak kasi inform sikit :3 Main character ni, Theha cilok nama daripada seseorang. Senang cerita, Theha guna nama ‘orang’ as Hero/Heroin. Haha xD Kebuntuan nama. Sebenarnya rambang mata nak pilih nama yang paling best, alih-alih ada orang volunteer. Terima kasih kerana memberi saya meminjam nama anda.
Readers, jangan lupa sediakan tisu. Tak tahulah sedih ke tak, just kasi inform aje :3 Do enjoy dan thanks kerana membaca cerpen ni. Haih. Duk terpikir malam tadi nak buat cerpen. Bila bangun pagi, dah terlupa jalan cerita xD Nasib baik duk melangok pagi tadi dapat balik idea ni :3 Haha.
‘Salahkah’. Gabungan daripada Hafiz dan Rossa membuatkan Theha rasa lagu ini sesuai dengan cerita ini. Sambil baca tu, jangan lupa pulak tekan dekat kotak multimedia okay? Haha. Lagipun lagu ini tengah panas dekat radio :3 Haha. Enjoy ^^
“MAMA! What are you doing ma? Gubah bunga lagi?” aku memeluk leher mama daripada belakang. Dan seperti biasa, mama akan ketawa dengan gelagat aku. Aku cium pipi mama kiri dan kanan. Papa hanya tersenyum dan terus membaca surat khabar.
Puan Khalisah sibuk mengubah bunga untuk majlis pertunangan aku tak lama lagi. Aku duduk di hadapan mama sambil membelek bunga ros merah. Bunga hidup tau! Ini semua untuk aku. Akukan anak manja mama dengan papa! Hee. Aku tersengih seorang diri.
“Gubahan ni tak lawa sayang. Nanti cacat majlis pertunangan anak manja mama nanti,” mama mencubit pipi aku. Aku memuncung. Haish. Tak mainlah cubit-cubit pipi ni. Hish. Aku bergerak perlahan ke ruang tamu. Tengok abang elok aje berbaring di sofa sambil menonton televisyen. Aku ketawa sebelum aku mencapai remote control dan menutup televisyen.
“Hoi! Hish budak kecil ni!” abang bangun daripada pembaringan dan mengejar aku. Aku apa lagi, larilah. Mujur sahaja vila papa ni besar. Kalau nak main lari-lari ke, sembunyi-sembunyi ke, memang senak dah main! Haha!
Aku berlari menyorok di belakang papa. Selepas itu aku menjelirkan lidah. Abang mendengus kasar. “Papa! Tengok adik! Dia kacau abang tengok bola!”. Eceh abang ni. Nak mengadu dengan papa konon! Papa melipat surat khabar dan meletakkannya di atas meja.
“Pa! Back up adiklah! Abang tu asyik conquer tv aje. Bilanya adik dapat tengok tv?” aku mencebik. Nak tumpang mengadu juga macam abang. Tuan Farid hanya menggelengkan kepala melihat gelagat kami.
“Kamu berdua ni. Nama aje dah besar. Sorang dah nak kahwin. Sorang lagi dah nak tunang. Be matured lah anak-anak oi!” papa mengurut dahinya. Aku dan abang tersengih.
“Aida, pergilah tidur. Besok nak jumpa dengan keluarga Datin. Nak bincang pasal tarikhnya.”
Aku mencebik. “Tak nak! Mama, perlu ke adik kahwin? Kalau adik tak kahwin tak boleh ke?” aku berpaut pada tangan mama. Mama tersenyum lembut sebelum mengusap lembut kepala aku.
“Sayang, sampai masanya nanti, mama kena lepaskan juga adik kepada seseorang untuk menjaga adik. Mama dengan papa bukan selamanya hidup. Sampai masa, kalau Allah tarik, mama dengan papa mesti pergi juga. Abang kamu pun tak lama lagi nak kahwin. Siapa yang nak jaga kamu?”.
Aku terkesima dengan kata-kata mama. Mama ni, menakutkan aku. “Ma, janganlah cakap macam tu. Adik tak suka tau dengar cerita sedih-sedih ni. Adik tak nak dengar lagi. Tau ma! Jangan buka lagi cerita macam ni. Nanti adik sedih,” aku menunduk.
Abang duduk bersila di hadapan kami. “Yalah ma! Janganlah cakap macam tu. Abang pun tak suka dengar. Tengok! Kan adik dah touching. Wei budak! Jangan nak cengeng sangat lah! Pikir comellah?” abang menunjal kepala aku. Aku terjerit kecil.

YOU ARE READING
Dosa Cinta
Teen FictionSecond Cerpen ^^ "Tak semua cerita akan berakhir dengan bahagia" - Theha___