Qaisara Amelin berjalan keluar dari keretanya menghala ke arah masjid. Lama mencari parking, sebelum keluar dari kereta Honda City miliknya itu sempat juga dia menjeling ke arah cermin untuk mengoles sedikit gincu di bibir kecilnya.
Qaisara mempercepatkan langkahnya menuju ke bahagian dalam masjid. Belum sempat dia mengatur langkah, tepat mata memandang seorang lelaki segak yang memakai baju Melayu berwarna putih. Qaisara mengalih pandangannya mengatur langkah semula. Kali ini dia mengatur langkah laju.
"Sekejap!" Qaisara dengar seperti lelaki berbaju putih tadi yang bersuara. Jadi terpaksa dia menghentikan langkah dan menoleh ke belakang. Si baju putih mengatur langkah laju mendapatkannya. Qaisara cepat mengalih pandangan ke tepi.
"Kenapa Sara datang? Sara masih cintakan abang lagi ke?" Tenang wajah lelaki itu bertutur. Secalit riak sayu ditunjukkannya. Siapa tidak kenal Zafri Iskandar, anak Dato' Khalid. Sekejap saja lagi majlis akad nikahnya akan berlansung.
"Salah ke Sara datang? Nadia tu kawan Sara. Lagipun Sara dah tak ada kena mengena dengan abang lagi." Pandangan masih lagi dibuang ke tepi. Malas nak lihat wajah sayu lelaki tersebut. Takut, takut timbul perasaan yang sudah lama dipendam. Bukan sehari dua Qaisara kenal dengan Zarif. Sudah masuk lima tahun sejak mereka menjalinkan hubungan yang tidak direstui oleh ibu bapa mereka. Kini mereka sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan sekalipun.
"Look Sara! Abang sayang Sara lagi. Abang tahu Sara pun sayang abang kan? Jom kita kahwin lari." Tangan Zarif kini memegang pergelangan tangan Qaisara. Belum sempat dia menarik Zarif sudahpun memegangnya dengan kemas.
"Lepas lah abang! Sara tak nak! Abang tak malu ke?" Suaranya sudah naik sedikit kuat. Tangan masih lagi ditarik supaya dapat dilepaskan oleh Zarif. Pandangan marah ditunjukkan ke arah Zarif. Zarif masih lagi mengemas rapat pergelangan tangannya.
"Bro, apa ni bising-bising? Jom kita masuk dalam. Majlis dah nak mula ni." Mereka berdua berpaling melihat ke arah suara tersebut. Spontan tangan Zarif melepaskan pergelangan tangan Qaisara. Lelaki tersebut menghulurkan senyuman manis kepada Qaisara. Qaisara memegang pergelangan tangannya yang sedikit sakit akibat digenggam kuat oleh Zarif.
"Tahniah Nad! Semoga berkekalan ya?" Qaisara memeluk kemas kawannya itu, Nadia Iman. Dengan sekali lafaz sahaja, Nadia sudah menjadi isteri orang. Tak sangka kawannya sudahpun berkahwin pada usia begini? Tidakkah terlalu awal lagi untuk berkahwin pada usia 23 ataupun dia yang hendak menjadi andartu? Ops!
Qaisara merenung ke luar masjid. Kelihatan pokok-pokok hijau dan terdapat sedikit bunga raya putih di situ. Cantik! Pujinya seketika. Nafas ditarik kemudian dihela perlahan-lahan.
"Assalamualaikum. Cantik kan bunga tu? Tapi bunga raya berwarna putih melambangkan kesedihan. Adakah awak tengah bersedih?" Sapa satu suara garau di sebelahnya. Cepat dia menoleh. Seperti pernah dengar suara ini tetapi di mana ya?
"Waalaikumussalam. Encik ni siapa ya?" Qaisara menghiraukan soalan cepumas tersebut. Tiada secalit senyuman yang terhasil di bibirnya. Malah riak serius diberikan kepada lelaki tersebut.
"Saya Amir, Amir Yusuf. Awak pula?" Senyuman manis Amir berikan kepadanya. Tergoda tak? No! Qaisara mengalih pandangan ke depan kembali. Kepalanya terasa serabut.
"Qaisara," ringkas jawapan yang disertakan.
"Qaisara?"
"Qaisara Amelin" senyuman nipis Qaisara berikan. Sempat dia perhati wajah pemuda itu. Bersih! Dari tadi asyik memandang wajahnya.
"Cantik! Secantik empunya nama," sekali lagi senyuman manis Amir hulurkan. Senyum! Senyum! Senyum! Cik abang oi! Kita tak tergoda pun lah, getus hati Qaisara. Qaisara sedikit kurang selesa dengan sikap Amir Yusuf yang suka senyum sejak awal tadi. Nasib baiklah hati kita ni ada iman lagi tau!
"Thanks for help me." Qaisara memandang wajah Amir yang kini memandang ke depan pula. Perlahan dia tuturkan perkataan tersebut. Dia tahu, mungkin Amir fikir bahawa dia adalah bekas teman wanita Zarif.
"Awak macam resah je? Sedih ke ex boyfriend kahwin dengan kawan baik sendiri?" Keningnya terangkat sebelah meminta jawapan. Terkejut Qaisara mendengar penyataan lelaki tersebut. Terasa sebal kerana dia pernah terjatuh kepada lelaki yang bernama Zarif. Bukannya dia sedih tetapi dia menyesal kerana pernah mengenali lelaki itu.
"Saya bukan perampas tau! Dia dah tak ada kena mengena dengan saya!" Qaisara sedikit terasa dengan soalan yang diajukan kepadanya.
"Saya tak cakap pun awak perampas. Awak dah pasang niat ke nak jadi perampas?" Bibirnya menguntum senyuman lagi tetapi kali ini senyuman sinis bukan manis.
Qaisara menjelingnya kemudian keadaan menjadi sepi. Mereka berdua berpeluk tubuh. Lama begitu akhirnya Amir bersuara.
"Maafkan saya," perlahan Amir tuturkan perkataan tersebut. Wajah Qaisara dilihatnya. Manis! Perempuan macam ni, Zarif tinggalkan? Huh tak sangka, getus hati Amir seakan tidak percaya.
"Awak tak buat salah, saya yang terlebih beremosi. Lagipun saya takut. Takut Zarif tak boleh jalankan tanggungjawab dia dekat Nadia. Saya kesiankan Nadia." Qaisara masih lagi menghadap ke depan.
"Oh! I get it! Kalau dengan awak, dia boleh jalankan tanggungjawab dia lah kan?" Sekali lagi Amir tersenyum sinis. Ei mamat ni aku lepuk kang, gerutu hati Qaisara. Qaisara menjeling Amir yang tergelak kecil. Apa yang lucu dia tidak tahu.
"Encik Amir!" Qaisara separa menjerit. Geram melihat wajah pemuda itu. Amir masih lagi ketawa. Qaisara sudah bersedia dengan beg kecilnya untuk mengetuk kepala lelaki tersebut. Baru saja dia mengangkat begnya, Amir terlebih dahulu mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda mengalah.
"Baru balik?" Sapa teman serumahnya, Yasmin Erina sebaik sahaja Qaisara menghenyakkan punggungnya di sofa. Qaisara memandang Yasmin sekilas lantas mencapai alat kawalan televisyen untuk mengalih siaran. Soalan Yasmin tidak di endahkannya.
"Amboi! Bukannya nak jawab soalan kita!" Yasmin mencuit bahu Qaisara perlahan. Segera Qaisara menoleh kekeliruan. Eh budak ni tak dengar ke? Getus hati Yasmin. Wajah Qaisara dipandangnya perlahan.
"Zarif," perlahan Qaisara berkata. Wajah Yasmin dilihatnya sayu kemudian laju kepala dilentokkan di bahu rakan serumahnya itu. Yasmin bertambah keliru cepat sahaja dia bertanya.
"Kenapa? Dia tak jadi kahwin ke? Aku dah cakap dekat kau jangan pergi, tapi kau degil! Isy kau ni!" Kepala Qaisara ditolak lembut Yasmin. Dah naik bernanah telinga Qaisara dari semalam Yasmin tegahnya daripada pergi ke majlis tersebut tapi dia tetap degil, nak pergi jugak.
"Dah kahwin dah pun, cuma tadi Zarif aja--" belum sempat Qaisara menghabiskan ayatnya telefonnya berbunyi terlebih dahulu. Nombor telefon unknown tertera di hadapan skrin, perlahan-lahan dia menekan butang hijau.
"Assalamualaikum,"
"Waalaikumussalam, ni saya Amir. Awak tertinggal barang dekat masjid tadi. Sebabtu saya call awak, saya nak pulangkan balik. Alamat?" Amir? Amir? Siapa ye? Ingatlah, ingatlah. Oh ya Amir, Amir Yusuf. Barang? Apa benda eh? Qaisara keliru sebentar.
"Oh Encik Amir! Barang saya? Hurm nanti saya mesejkan alamat saya dekat encik Amir ya." Tanpa menunggu jawapan, Qaisara menekan butang merah kemudian kembali menyandarkan badannya di atas sofa. Tangan kecilnya memicit kepalanya perlahan-lahan. Yasmin pula meninggalkannya bersendirian di ruang tamu.
"Kenapa awak kahwin dengan saya?" Zarif menanya Nadia, sejak tadi tiada sekuntum senyuman langsung di bibirnya. Riak serius pula yang ditunjukkan.
"Zarif! Awak kenapa ni? Bukankah kita dah sepakat nak kahwin. Jadi saya tidak bertepuk sebelah tangan. Sekarang saya milik awak and you're mine!" Tegas Nadia bertutur tetapi masih tidak meninggikan suara terhadap suaminya itu. Lengan Zarif dipautnya. Kemudian pipi Zarif di usapnya lembut. Zarif seakan-akan tidak beriak. Di fikirannya hanya teringatkan Qaisara. Wajah Nadia digantikan dengan Qaisara. Perlahan-lahan senyuman lebar dibibirnya terkuntum.
To be continued:)
Maaflah kalau tak minat :)))))
.
YOU ARE READING
Kalau Jodoh Alhamdulillah
RomancePertemuan yang tak dijangka antara Amir Yusuf dan Qaisara Amelin. Betul lah orang kata, kalau dah jodoh tak kemana juga. Kalau bodoh pula? hehe. Selamat membaca! Enjoy! :))