Aku suka hujan. Hujan, proses yang sungguh menyamankan. Kitaran yang aku takdapat sangkal. Jelas semuanya kuasa tuhan. Rahmat. Mungkin sebab hujan juga aku masih berada di sini. Tuhan kurniakan sedikit lagi masa untuk aku bahagiakan mereka. Mereka yang aku sayang.
Hujan lebat pagi ni. Mesti pelangi akan muncul. Aku tersenyum mengingatkan sudah lama pelangi takmuncul. Pelangi, 7 patah huruf. 7 warna. Pelangi akan muncul selepas hujan. Dongeng yang ibu selalu kata. Tapi entah aku selalu percaya. Dan setiap kali itu aku menikmati hujan. Merenung butir-butir mutiara yang turun. Penghujungnya aku selalu ternanti kapan akan munculnya pelangi. Dan selalunya aku kecewa.
Dulu aku merasakan pelangi itu simbol cinta. Cinta aku kepada setiap anggota keluarga. Ibu dan ayah. Kakak dan abang. Atuk serta nenek. Dan dia... 7 orang yang aku sayang. Untuk 7 warna kesan pembiasan cahaya itu.Untuk setiap seorang yang aku terlalu takut untuk hilang.
"Abang, betul ke hujung pelangi ada emas? Adik nak pergi sanalah nanti."
"Hanya bila adik jadi cahaya baru boleh." Abang gelakkan aku. Aku tahu dia tipu. Tapi aku tetap mahu percaya. Mungkin sekarang aku sudah mampu. Aku sudah jadi cahaya kepada mereka. Jelas kali aku kesayangan mereka.
Tapi mungkin cahaya kali ini lebih signifikan.
Hujan sampai ke petang agaknya. Takdapatlah turun pergi kebun hari ni. Melihat bunga-bunga. Aku tersengih sendiri. Sejak bila aku mula takut hujan.
Mungkin ku tak bisa menyatakan
Apa yang terlintas di benakku
Bukan kerana ku tak mencinta
Cuma kerana ku tak mampu
menatap matamuAku terlalu senang mendengar lagu ini. Mungkin kerana muzik latarnya. Hujan. Hujan betul.
Atau mungkin kena betul dengan perasaan aku. Terlalu takut hilang mereka. Sampai kini. Aku masih lagi dalam rumah usang ini. Walaupun mereka telah lama tinggalkan aku.
Aku seorang di sini.
Kerna dalam hatiku
Selalu ada kamuAir hujan menitik kena tepat atas hidungku. Menyedarkan aku. Lagu itu hilang dari fikiran. Aku terhibur sendiri sambil merenung atap bocor. Airnya menitik deras. Aku berlalu ke dapur mengambil baldi untuk menadah air hujan tu. Aku tersenyum memandang baldi tersebut.
Hujan harus berhenti. Pelangi akan muncul petang ni.
Aku keluar berlalu ke kebun bungaku di belakang rumah lalu memetik setiap satu bunga kemboja yang aku ditanam untukku dahulu di setiap penjuru rumah dan kebunku menjadikannya seperti pagar yang mendinding aku dari dunia luar.
Dunia aku sendiri.
Sepanjang aku tinggal di sini tiada jiran pun yang datang melawan. Mungkin takut. Rumah yang penuh dengan bunga kemboja yang terjaga rapi. Rumah yang takpernah sekali pun ditumbuhi lalang atau rumput liar. Aku yang menjaganya. Mungkin kerana itu mereka takut.
Dan bunga kemboja ini...
Bunga kemboja untuk orang mati! Dia selalu memarahi aku kerana kecintaan aku pada kemboja. Tapi takpernah pulak dia menghalang aku dari menanamnya. Suara dinginnya yang jujur aku rindui. Sejak haritu cuma berapa kali dia datang ke sini. Cuma datang. Cuba berborak. Tapi aku tetap takbersuara. Mungkin dia datang kerana ibu dan ayah selalu datang. Mungkin ibu yang ceritakan yang aku masih di sini.
Mungkin aku jadi begini kerana tiada "selamat tinggal".
Aku kembali ke rumah peninggalan nenek. Rumah yang aku pilih setelah tinggalkan, ayah dan ibu, abang dan kakak, dan semua di bandar. Terceruk di hilir bukit. Aku bahagia sejak tinggal di sini aku selalu sahaja lihat pelangi.
YOU ARE READING
Cerpen
Short StoryTiada rasa. "Happy ending. If youre not happy, so its not the ending." Selamat move on dan selamat hidup.