Masa

53 4 0
                                    

I

"Time doesn't really heal the heart. It just makes the heart forget all the pain. Kan 'sayang'?", perkataan sayang yang ditekankan buat aku semakin takut.

"Argghhhh!!," air mata aku mengalir. Murah. Semurah diri aku ini agaknya. Tarikan pada hujung tudungku terlalu kuat. Terlalu kejap.

Memori lama. Kerana sayang. Sayang. Tuhan pun aku lupa. Bertahun-tahun aku lari. Bertahun-tahun jugalah penat aku sia-sia.

"Taksangka kau dah bisu sekarang? Kau lupa siapa tuan kau?" Sinisnya lelaki di hadapan aku ini.

"Lepaskan."

Perlahan tangannya lepaskan tudung aku. Pantas air mataku lap. Cis, kenapa perlu aku menangis. Sedangkan dia hanya menarik hujung tudung. Huh, wake up.

"Hey perempuan, aku nak ingatkan kau jalan pulang je. Sebelum aku paksa kau ingat, baik kau jalan sendiri. Kan 'sayang'?", bisik ke telinga aku perlahan. Serta merta bulu roma. Aku terdiam. Dia belum berubah. Belum cukup doa yang aku pohon kepada Tuhan untuk buat lelaki di hadapan aku ini berubah. Belum cukup nak buat dia buka mata kembali ke jalan yang betul.

Aku berjalan ke bangku. Pantas aku duduk. Meletakkan barang-barang keperluan dapur yang aku beli tadi ke tepi. Mall seluas ini boleh buat aku bertembung dengan makhluk takguna ni? Haih. Takcukup lagi ke apa yang aku rasa. Astragfirullahal'azim. Perlahan aku mengucap.

"Kau ni takpernah berubah. Lemah."

"Syira ingat Man yang dah berubah. Syira ingat yang 7 tahun buat Man tahu yang Man buat kat Syira tu SALAH, Man!". Keras suaraku.

"Kau lupa? Aku yang sambung nyawa kau? Masa kau nak mati dulu? Kau lupa? Aku dah buat baik, bukan balasannya kena baik juga?", senyumnya sinis.

"Man, Tuhan ada nak balas setiap baik yang Man dah buat kat Syira. Percayalah."

"Aku penat nak tunggu Tuhan. Peluang ada depan mata kan?," sinis. Sangat sinis. Dan betapa kerling matanya aku dapat rasa seperti dapat menembusi jubah dan tudung labuh yang aku pakai. Aku dapat rasa betul.

Aku memandangnya. Jangkaan aku yang dia akan berlalu pergi selepas apa yang dia katakan meleset.

Mungkin aku salah. Dia dah berubah jugak. Sikit. Dulu, lepas habis je apa yang dia nak, yang dia kata pasti akan ditinggalnya aku begitu sahaja.

Mungkin dia dah bahagia. Terurus sahaja. Mungkin dah kahwin. Mungkin.

"Hey perempuan. Aku cuma nak cakap. Jangan lupa jalan pulang. Kau tahu apa yang aku mampu buat kan?", Man takpernah berubah. Argh.

"Ibu bapa kau nampaknya makin sihat." Huh, Tuhan, kau anugerahkan dia dengan kerjaya yang sempurna, wajah yang tiada cacat cela. Tapi huh.

"Man jadi doktor bukan untuk jadi tuhan!"

"Bukan hak kau nak membahas. Aku nak pesan ingat jalan pulang. Mereka aku pegang. Ingat siapa kau."

Sekali lagi aku mengeluh. Memandang orang lalu lalang. Man masih lagi takbergerak.

"Mamaaaaaaaaaa!!!"
Aku memandang kehadapan. Anak tunggalku berlari mendapatkan aku merempuh orang lalu-lalang.

"Nabila. Mama dah pesankan jangan lari-lari, nanti jatuh macam mana?"

"Ayah tu mama, nabila suruh cari mama. Ayah call tapi mama takangkat. Pastu ayah ajak Nabila pusing-pusing. Makan aiskrim. Hahaha. Penat tapi seronok." Dia tergelak. Aku mengusap rambutnya. Uniform sekolah kotor sedikit terkena aiskrim.

"Ayah?" Serentak aku memandang lelaki di sebelah aku. Dia bingkas bangun.

"Ayah?!" Soalnya kepadaku. Matanya tajam. Aku terkedu.

CerpenWhere stories live. Discover now