Bab 37

3.8K 208 17
                                    

Bella bersiap-siap dengan pakaian yang sesuai,dirinya dilihat begitu cantik walaupun dalam keadaan yang begitu simple.Tudung sarung kelabu dikepala dibetulkan sedikit dan dia tersenyum sedikit.Bella menarik nafas sebelum mengatur langkah keluar daripada rumahnya.Sebelum masuk kedalam keretanya,dia seperti merasakan ada seseorang yang sedang memerhatikan dirinya daripada jauh.Matanya melilau mencari gerangan yang sedang melihatnya,tapi gagal.Mungkin perasaan sahaja.Monolog dia sendiri.

Sampai sahaja ditempat yang dirancang,dia mengatur langkah perlahan-lahan dan mengharapkan hatinya rela dengan pemergian arwah anaknya.Setiap kali dia melangkah masuk ke kawasan kubur ini,setiap itulah hatinya terasa seperti tidak merelakan pemergian anaknya walaupun anaknya sudah meninggalkannya buat sekian lama.Tapi dia sedar,dia hanyalah seorang hamba Allah SWT yang tidak mempunyai kuasa untuk melawan takdir yang telah ditetapkan kepadanya.Dia juga sedar,semua itu ada hikmahnya.

"Assalamualaikum sayang.Mama datang ni,mesti Adriel rindukan doa mama kan?Maafkan mama sayang,satu-satu masalah yang datang.Mama rasa macam tak kuat nak hadap semua masalah ni.Adriel mesti gembira sangatkan papa dah tahu Adriel ni sebenarnya anak papa?Maafkan mama sayang,kalau bukan pasal masa silam mama Adriel tak akan pergi tinggalkan mama dan papa.Maafkan mama sayang."

Air matanya laju mengalir di pipi mulusnya.Walaupun ditahan seperti mana air matanya,tetap juga ia mengalir.Hatinya sebak memikirkan saat Rian menghinanya apabila Rian mempercayai gambar-gambar bodoh yang diedit sendiri itu.Dari situlah, apa yang terjadi sekarang ini bermula.Di saat hatinya ingin bahagia,ada sahaja masalah yang datang kepada Bella.

Tanpa sedar ada satu susuk tubuh yang datang daripada belakang dan berdiri sambil menatap kubur kecil Adriel.Bella memandang kebelakang apabila susuk tubuh itu mula berbicara.
Air matanya disengka sehingga tiada lagi sisa-sisa air matanya yang jatuh.

"Ini anak abang kan?"

"Bukan.Ini bukan anak awak."

"Muhd Faiz Adriel Bin Muhd Adrian Dafrieq.Macam mana sayang kata yang dia bukan anak abang?"Kata Rian sambil memegang batu nisan yang telah diukir nama anaknya itu.Mata Bella dipandang penuh harapan dan berharap Bella akan kembali kepadanya.Tapi itu MUSTAHIL

"Jangan pernah mengaku yang awak ayah dia kalau dulu awak pernah hina dia.Jangan pernah mengaku semua tu depan saya.Saya tak suka!"Balas Bella menahan perit dihati selama ini.Air matanya kembali mengalir apabila melawan semula kata-kata Rian sebentar tadi.Hatinya terkesan dengan apa yang sudah jadi sebelum ini.

"Abang tahu abang salah,abang abaikan tanggungjawab abang sebelum ni.Abang mengaku abang pernah hina sayang dengan Adriel,tapi abang dah menyesal.Abang minta maaf.Abang terlalu ikutkan emosi sampaikan......."Rian tidak boleh meneruskan ayatnya apabila air mata lelakinya mengganggu percakapannya.

"Sampaikan semua ni terjadi."Sambung Rian lagi sambil menundukkan kepalanya kebawah dan melarikan matanya daripada pandangan Bella.Air matanya mengalir setitis demi setitis dipipinya dan jatuh kebumi.

"Tak ada gunanya awak nak menyesal.Semua dah terjadi.Kita tak boleh nak putar kembali waktu.Awak pun dah ada Zahira dan saya dah pun bahagia dengan Amsyar.Saya mintak sangat,janganlah ganggu hubungan saya dan Amsyar.Saya dah penat dengan semua ni.Saya cuma nak bahagia.Itu je."

"Abang tahu sayang tak bahagia dengan Amsyar macam mana sayang bahagia dengan abang dulu kan?"

"Bahagia ataupun tidak,saya dah jadi milik Amsyar.Bahagia ataupun tidak saya akan setia dengan dia sampai hembusan nafas saya yang terakhir.Itu janji saya."

"Abang mintak sangat sayang dapat terima abang balik.Abang pun nak bahagia macam orang lain dekat luar sana.Salah ke?"Kata Rian sambil tangan Bella diraih.Tetapi Bella lebih cepat melepaskan peganggan tangan itu kerana dia sedar semuanya itu salah.Dia dan juga Rian sudahpun tidak mempunyai apa-apa hubungan jadi dia tidak boleh membenarkan Rian menyentuhnya sesuka hati.

Miss Kpopers & Mr.HatersWhere stories live. Discover now