Bodyguard - 1

114 9 2
                                    

T ARA JIYEON as Park Jiyeon

EXO CHANYEOL as Park Chanyeol

BTS JIMIN as Park Jimin



B O D Y G U A R D



Jiyeon melepaskan keluhan berat. Bouquet bunya yang terletak di luar lokernya diambil lalu dicampakkan ke dalam tong sampah berhampiran. Kenal sangat dia dengan penghantar bunga itu.


Park Jimin. Teman lelakinya yang psycho itu asyik mengejarnya sejak kebelakangan ini. Rimas Jiyeon apabila asyik didesak untuk kembali menjadi teman wanita lelaki kaki perempuan macam Jimin itu.

Jiyeon serik nak bercinta. Lagi-lagi kembali bercinta dengan playboy sejati macam Jimin tu. Huh memang tak lah!


"Hei sayangnya bunga mahal macamtu kena duduk dalam tong sampah." tegur Hyomin, kawan baik Jiyeon.

"Biarkan lah. Aku peduli apa bunga tu mahal ke murah. Aku rimas tengok." balas Jiyeon sambil mencapai buku-buku yang diperlukan untuk kelas seterusnya nanti.

"Aku tengok gaya si Jimin tu kan Yeon, macam ikhlas je dengan kau. Kau lembutkan lah sikit hati kau untuk terima dia balik. Mana tau dia dah berubah?" cadang Hyomin setelah mengunci semula loker miliknya.

Jiyeon mendengus geram. Rimas dia dibuatnya bercakap tentang jantan keparat itu. Matanya memandang Hyomin tajam.

"Ikhlas apanya Min, baru dua hari lepas aku terserempak dengan dia yang tengah duk kiss Min Hyo Rin budak fashion tu. Macamtu kau kata dia dah berubah? Eiii tak pasal-pasal je aku kena serang dengan budak-budak course fashion kalau getback balik dengan dia tu." balas Jiyeon lagi. Hyomin tayang muka terkejut.

"Kau biar betul? Ish tak sagka betul aku. Punyalah aku ingat dia betul-betul nakkan kau. Takpe beb, kita lupakan je hal playboy tak guna tu. Aku yakin jodoh kau beratus kali ganda lagi baik dari dia." balas Hyomin sambil menepuk bahu Jiyeon.

"Hm yelah. Jom, kang mengamuk pulak mak tiri kau tu kalau kita lambat masuk kelas." kata Jiyeon dengan nada mengusik Hyomin.


"Eiii choyyy! Jangan harap lah aku nak bapak aku kahwin dengan andartu garang macamtu! Mintak simpang woi!" balas Hyomin bersungguh-sungguh. Ya, mati hidup balik pun dia tak mahu appanya berkahwin dengan pensyarah garang macam Cik Moon itu.

"Hahahahahaha!" tawa Jiyeon terhambur dengan gelagat Hyomin itu. Suka betul dia mengenakan kawannya yang satu itu.



B O D Y G U A R D



Tuan Park terkejut besar setelah melihat isi dalam bungkusan yang baru diterimanya itu. Dadanya terus jadi berdebar-debar. Ini adalah ugutan.


Bangkai tikus yang terdapat di dalam kotak misteri itu dipandang kosong. Apa yang membuatnya risau adalah gambar anak tunggalnya yang telah dicarik-carik dengan pisau dan berlumuran darah yang terdapat dalam bungkusan itu.

"Tuan, saya rasa kita perlu buat report polis. Ini satu ugutan serius." kata Setiausaha Gong, yang memberikan bungkusan itu kepadanya tadi.

"Tak Seungyeon. Orang macamni, kalau dilaporkan pada pihak berkuasa, saya risau mereka akan apa-apakan Jiyeon." balas Tuan Park. Setiausaha Gong melepaskan keluhan kecil.

"Habistu sekarang macam mana ni Tuan? Macam mana dengan keselamatan Cik Muda?" soal Setiausaha Gong lagi.


Tuan Park melepaskan keluhan berat. Kepala otaknya bagaikan nak pecah memikirkan hal ini.

"Saya rasa kan Seungyeon...." Setiausaha Gong sedia mendengar kata-kata majikannya hingga habis. "Saya nak upah bodyguard untuk Jiyeon. Awak rasa macam mana?" soal Tuan Park.

Setiausaha Gong terdiam. Dia membetulkan cermin matanya yang sudah melorot jatuh ke batang hidung.


"Saya setuju Tuan! Nanti saya akan carikan bodyguard yang paling terbaik untuk Cik Muda." balas Setiausaha Gong dengan bersungguh-sungguh.


Tuan Park tersenyum nipis. Dia memandang Setiausaha Gong dengan penuh harapan.


"Baik lah, awak boleh sambung kerja awak semula." kata Tuan Park. Setiausaha Gong meminta diri sebelum berlalu keluar dari bilik kerja majikannya itu.

Tuan Park mengeluh buat sekian kalinya. Bola matanya memerhatikan kad yang diselitkan pada bungkusan tadi.


"Tarik diri dari pemilihan presiden atau nyawa anak kesayangan kau akan melayang."


Tuan Park yakin yang ini adalah kerja pesaingnya. Siapa lagi yang tak suka dia menjadi presiden Korea Selatan yang baharu selain dari pesaing-pesaingnya yang berhati busuk itu.



B O D Y G U A R D



Jiyeon menyepak-nyepak tin kosong yang berada di hadapannya. Hari ini dia terpaksa pulang sendirian disebabkan Hyomin ada kelas sampai malam.


Puas Hyomin memujuk hendak menghantarnya pulang namun ditolak mentah-mentah oleh Jiyeon. Katanya tak mahu menyusahkan Hyomin yang terpaksa berulang-alik nanti.


"Haih menyesal lah pulak tolak tawaran Hyomin tadi...." gumam Jiyeon sebaik sahaja melabuhkan duduk di bangku perhentian bas itu.

Hujan yang turun rintik-rintik mula membasahi bumi. Nasib baik Jiyeon memakai jaket dan seluar panjang jadi kuranglah sedikit rasa sejuknya.

"Tunggu bas ke?" sapa Jimin yang tiba-tiba sahaja muncul di hadapan Jiyeon. Wajah gadis itu terus berubah sebaik sahaja Jimin muncul di situ.

"Kau nak apa lagi hah Jimin? Tak puas lagi ke kena reject dengan aku?" sindir Jiyeon. Jimin smirk sebelum mendekati Jiyeon yang sedang berpeluk tubuh gara-gara kesejukan itu.

"Jual mahal kan kau... Kau ingat kau ni cantik sangat ke hah Jiyeon?" soal Jimin dengan nada yang amat menyeramkan buat Jiyeon.

"Ya memang aku cantik! Sebabtu aku tak sesuai dengan kau yang hodoh ni! Muka pecah macamni ada hati nak jadi boyfriend aku. Huh pigijalandaaaa." maki Jiyeon. Jimin tertawa sarkastik.


"Kau tahu tak Jiyeon, sekarang ni aku boleh buat apa je yang aku nak pada kau. Dekat sini takde sesiapapun sayang...." Jimin mula menghampiri Jiyeon yang sudahpun berdiri hendak melarikan diri.


GULP! Dada Jiyeon mula berdebar-debar. Dia dapat rasa yang Jimin berniat tak baik padanya.


'Papa! Tolong Jiyeon!' batin Jiyeon menjerit.




TBC


Lai lai jemput baca ff baru wa. Kalini bukan oneshot tapi short story. Tengah tunggu cover dari ichigoieka


yaya_brutal -kaedechan moonbae- kyungsoo_exol sailorjeon- chimpanziii__ moangyu Park_Yeollie27 asyayeol61

11. BodyguardWhere stories live. Discover now