Dup dap...
Dup dap...
Dup dap...
Degupan jantung Jiyeon makin menggila. Jimin yang makin lama makin mendekatinya itu membuatkan jantungnya bagaikan hendak pecah.
"Apa yang kau nak buat hah?! Jangan sampai aku jerit, Jimin." kata Jiyeon.
Jimin tersenyum jahat. Rambut Jiyeon dikuakkan ke belakang telinga. Dapat Jiyeon rasakan hembusan nafas Jimin di sekitar lehernya.
"Kau jerit lah sampai terkeluar anak tekak kau tu Jiyeon. Dekat sini takde sesiapa sayang...." Jimin bersuara gatal. Tangannya memegang kedua belah pipi Jiyeon.
Jiyeon buntu. Dari gaya Jimin nampaknya lelaki itu mahu menciumnya. Tidak! Jiyeon takkan biarkan bibir kotor Jimin menyentuh bibirnya.
"Setan kau Jimin!" dengan segala kudrat yang Jiyeon ada, dia menolak Jimin sekuat hatinya. Jimin jatuh dan kepalanya terhantuk pada bucu kerusi. Darah mula mengalir dari hujung dahi Jimin. Manakala Jiyeon segera melarikan diri dari situ.
Lantak lah hujan ke apa, yang penting dia mesti selamatkan dirinya dari Jimin lelaki tak guna itu.
"Tak guna kau, Park Jiyeon..." gumam Jimin. Dia terus menuju ke keretanya.
B O D Y G U A R D
Jiyeon berlari sekuat hatinya. Dia takut kalau Jimin dapat mengejarnya. Dirinya yang sudah basah lencun itu tak diendahkan. Digagahkan juga kakinya meredah hujan lebat malam itu.
Tanpa Jiyeon sedari ada sebuah kereta sedang meluncur laju ke arahnya. Jiyeon terkaku apabila lampu kereta itu menyuluh wajahnya. Silau. Ketika itu Jiyeon hanya mampu menjerit sebelum semuanya menjadi gelap.
"Arghhh!!!!"
"Pinnnnnn!!!!!"
"Skreetttttttt."
B O D Y G U A R D
PRANG!
Tuan Park tersentak apabila gelas miliknya jatuh terhempas ke lantai. Hatinya tiba-tiba diburu rasa tak sedap.
"Makcik Lee, Jiyeon masih belum balik ke?" soal Tuan Park pada pembantu rumah yang turut sama menjamu selera di meja makan itu.
"Belum lagi tuan. Petang tadi ada jugak saya call Hyomin tapi katanya, Jiyeon dah balik dulu sebab dia ada kelas sampai malam harini." balas Makcik Lee.
Tuan Park terdiam. Entah kenapa dia tiba-tiba sahaja teringatkan ugutan yang diterimanya petang tadi.
"Hm, saya naik dulu lah. Makcik Lee makan lah." kata Tuan Park sebelum berlalu dari ruang makan itu.
B O D Y G U A R D
"Yeol, macam mana kalau budak tu mati?" soal rakannya. Lelaki yang dipanggil Chanyeol itu mendengus kasar.
"Ish mulut kau ni Baek Hyun, takde insurans ke? Aku tak rasa budak tu mati. Lagipun bukannya dia kena langgar betul dengan aku." balas si Yeol.
YOU ARE READING
11. Bodyguard
FanfictionDisebabkan sering diganggu oleh bekas teman lelakinya dan acaman bunuh yang diterima oleh ayahnya membuatkan Tuan Park mengupah seorang bodyguard khas buat anak tunggal kesayangannya, Park Jiyeon. Namun disebabkan merasa sering dikongkong dan kebeba...