CHANYEOL ? (I♡U)

298 19 1
                                    

AYU P.O.V

"Ehh kenapa aku ada kat taman bunga ni ?" . Pelik tadi bukan aku dengan mamat yang adik beradik dengan haiwan ziraffah tu ke ? . Apasal taman bunga jadinya nih ...

Aku mula menapak mendekati sekuntum bunga yang berwarna unggu . Cantik . Tiba-tiba kedengaran satu suara sayup-sayup memanggil . "Ayu ..." . Terus berdarjah-darjah kepala aku memusing untuk melihat siapakah tua suara itu .

Ada seorang mamat putih melepak , tinggi , handsome , sado kalah atuk aku , rambut dia haihh macam hutan simpanan Malaysia . Tapi yang penting hendsome . Lelaki itu menapak mendekati ku , di tangan kanannya memegang sekuntum bunga Ros bewarna merah . Cantik .

"Dngsin-eun aju yeppeun boinda". Haihhh jangan senyum wahai putera tepung . U boleh buat I cair .

"Ayu ?". Kini muka putera tepung tuh berubah . Macam pelik pandangannya . Tiba-tiba tangan kanan lelaki itu menekup dahi aku yang tak seberaba nak jendul nih .

"Ahh Nae . Oppah". Ahh hentam saje lah labu . Aku mana reti Korea nih semua . Haihh .

" Dangsin-eun geonganghabnikka? , dangsin-ui eolgul-eun changbaeg boinda ". Aduhhh mamat tepung . Kau cakap apa dok . Mana lah aku faham .

Okay Ayu . Relax . Ingat balik lirik-lirik korea yang si Jendul tuh paksa kau nyanyi tiap malam sebelum kau datang Korea .

Sedang muka aku macam kucing tengah meneran . Dia mula menghampiri aku selangkah demi selangkah .

Tiba-tiba muka dia berubah menjadi hodoh gila nak mati beb . Tangan dia yang halus macam kulit baby tuh bertukar menjadi kulit yang tak rupa kulit lah aku cakap . Berbulu . Badan dia yang sado kalah Aaron Aziz berubah kepada badan rasaksa. Gigi bertaring . Mata merah . Telinga capang terlebih . Ya Tuhan .

Cepat-cepat aku kebelakang . Langkah seribu dah di buka tinggal pecut je nih . 1 .... 2 ... dan 3 .

"Arghhhhh lariiiiiiii ada setan !". Aku rasa aku jerit macam orang kena histeria sekarang .

Terasa hati ni terdetik nak toleh ke belakang . Saja nak tangok kalau-kalau rasaksa tuh kena tinggal jauh kat belakang . Tapi ....

Itu hanya drama semata-mata . Dia lari macam harimau sedang buru makanan . "Aku taknak mati . Tolong . Aku taknak mati !".

"Ehh Ehh . Awak ni kenapa ? Mati mati nih". Laju macam roller-coaster wey jantung aku berdengung .

"Tad- ... tadi sa-ya kena kejar dengan satu mahluk nih dia besar . Besar gila . Hodoh nak mati". Macam mimpi macam real . Entah . Aku tak dapat nak bezakan .

"Ehhh macam mana saya boleh ada kat mana ? Kenapa saya ada kat atas katil nih ? ..... wait .... Arghhhhhhhhhhhh". Jangan cakap tolong jangan cakap yang mamat nih dah 'aummm' aku .

Tak biasanya bila aku tengok drama melayu . Biasanya bila perempuan tuh sedarkan diri dalam keadaan yang macam aku nih dia mesti dah kena 'aumm' dengan mana-mana jantan .

"What did you means by 'aummm' ?". Ehhh mamat mata sepet nih boleh pulak kau tanya aku soalan bodoh tuh . Fikir lah guna otak tuh . Harap muka je handsome tapi otak ... aku rasa ayam lagi pandai dari dia .

"'Aummm' you know 'Aummm'". Aku cuba menunjuk-nunjuk isyarat batal dan selimut dan juga dia serta aku tak lupa juga katil . Okay aku harap dia faham .

"Ohhh . Maksud awak 'aummm' tuh macam saya tengah ...". Lelaki tuh mengigit bibir bawah dia . Beb aku tahu lah bibir kau tuh merah . Tapi please kau buat aku blushing .

Sedikit demi sedikit aku ngesotkan punggung aku ke belakang . Lincah aku capai bantal yang berada tidak jauh dari aku . Buat senjata .

Mata mamat tuh kalau boleh nak tembus tengok mata aku . Dia punya pandang fuhh lamak aii . Kalau perempuan yang lemah semangat aku rasa dah goyang dah . Tapi tidak kepada AYU RAUDAH .

Semakin aku kebelakang semakin dia merapatkan tubuh dia dekat dengan aku . Perlahan-lahan tangan lelaki tuh bukak satu persatu butang baju kemeja putih dia .

"Ehh apa awak buat nih ha ?! . Baik awak butang balik baju awak tuh . Saya tak rela lah nak tengok badan awak yang tak seberapa tuh . Butang balik !". Wahai jantung jangan lah berdengup laju sangat .

"Awak dah buat . Awak lah kena tanggung". Kini mulut dia 5 cm je dari mulut aku . Faham tak guyss 5 cm . 5 cm ! . Aku tak rela ! . Butang dah dibuka habis . Baju kemeja dia yang ada bercop air kopi yang aku tertumpahkan tadi di tanggalkan dari badan sado dia .

"Arghhh". Merah padam muka aku weyy . Nasib ada bantal . Boleh aku tutup muka aku nih .

"Heii jangan nak jerit sangat . Nih baju saya nih awak dah kotorkan . Baik sekarang awak ambik then basuh . Saya taknak awak guna mesin basuh . Saya nak awak basuh guna tangan".

Like seriously . Kau goda iman aku macam tuh sebab kau nak suruh aku basuh baju kau . Arghhhhhh naik gila aku macam nih .

"Awak nih kenapa ?! . Kan boleh je kalau awak bagi baju tuh kat saya tanpa buat saya macam nih !". Kini bantal entah kemana selimut entah kemana. Ahhh takda aku nak hentam jugak mamat kepala senget nih . Berani dia buat aku blushing teruk tadi .

"Saja nak tengok muka cute awak tuh bertambah cute . Eiii geram je tau tadi". Tersenyum manis muka lelaki tuh . Suka ea dapat kenakan aku .

"Kenapa saya ada kat sini ? . Atas katil nih ! . Dalam bilik nih . Dengan awak pulak tuh". Jawab soalan aku jawab ! .
"Masa saya tarik awak tadi . Tiba-tiba awak pengsan . Tuh yang saya letak awak dalam bilik nih". Pengsan ? Sejak bila aku pandai pegsan nih .

"Baik awak basuh baju tu cepat . Saya nak keluar kejap . Nanti saya datang balik .... oh yeah . Saya Chanyeol . Nice to meet you beautiful".

Pov end .

ADUHAI MAMAT KOREA (I♡U)Where stories live. Discover now