EGO!

38 3 5
                                    

hati ini mahu bicara,

namun mulut ini terkunci,

kerana aku bukan seorang yang meluahkan,

tapi kerana diri ini yang suka mendiam.

bukan aku tak sayang,

tapi aku takut untuk meluahkan,

apa yang terkubur dalam hati.

aku bukan tak rindu kau,

tapi aku takut rindu aku tak terbalas.

cemburu?

mungkin akan hadir sekali,

kerana perasaan sayang,

masih ada di qalb,

kadang- kadang

terasa ingin meluahkan,

tapi,

biarlah hanya Dia yang tahu,

apa yang terpendam di hati.

mungkin kau kata

egoku masih melangit,

hmm.. aku redha,

tapi, memang aku ego!

aku ego kerana aku sayang kau!

aku cuma tak tahu,

bagaimana perlu

aku ungkapkan 'aku sayang kau'

yang memang sudah pasti terlalu lama terkubur di hati.

tapi kau perlu faham,

walau diri ini amat payah meluahkan,

tapi diri ini tetap akan sayang kau!

✨Where stories live. Discover now