PROLOG

3 0 0
                                    

Nobody knows the real me.
Nobody knows how many times I've cried in my room when nobody was watching.
Nobody knows how many times I've last hope.
How many times I've been let down.
Nobody knows how many times I've felt like about to snap.
But I just dont for the sake of others.
Nobody knows the thoughts that go through my head when Im sad.
How horrible they truly are.
Nobody. Knows. Me.

Dia berteleku. Menongkat dagu,merenung lantai marmar putih di hadapannya berjam jam lamanya. Hatinya mula hilang debar. Yang kedengaran hanyalah suara bisikan bisikan halus. Riuh rendah di sekeliling mulai mengabur. Kian menjauh daripada pendengaran. Matanya mahu lelap. Namun kini tubuhnya kian terasing dari dunia nyata.

"Kim Jong In ?"

Halus sahaja suara itu menyapa pendengarannya menyebabkan matanya yang mahu terlelap tadi kini terbuka luas. Dia mengangkat muka. Mencari sang pemilik suara.

"Kim Jong In?" Soal doktor wanita yang mungkin sebaya dengannya. Mata wanita itu bening dan wajahnya kelihatan lesu.

Kai mengangguk perlahan. Dia cuba untuk berdiri namun kakinya seakan akan digam pada lantai marmar itu.

"Tidak mengapa duduklah." Ujar doktor itu sambil tersenyum manis. Memahami kondisi Kai.

"Bagaimana dengan keadaan isteri saya doktor?" Tanya Kai berterus terang. Malas mahu berbasa basi. Tidak sabar mahu mengetahui kondisi sang isteri. Memang itu soalan yang berlegar legar di kotak fikirannya semenjak beberapa jam yang lalu.

Selamatkah isterinya? Terukkah kondisinya? Bagaimana dengan bayi yang dikandung oleh isterinya? Adakah ianya selamat?

Doktor wanita yang memakai tag nama 'Kim Taeyeon' itu menelan liur. Hilang terus senyuman manisnya tadi. Yang ada kini hanyalah kesuraman yang dilihat pada wajahnya. Kedua dua tangannya diramas perlahan. Sedikit menggeletar.

Kai merenung marmar putih yang menghampari lantai. Memejamkan matanya. Berharap ayat yang sangat diharapkannya keluar daripada mulut sang doktor.

"Maafkan saya, maafkan kami. Kami sudah mencuba sedaya upaya kami. Namun apakan daya Tuhan lebih menyayanginya. Maafkan saya Encik Jongin.." Sebak suaranya menyampaikan berita yang menyedihkan itu.

Kai tergamam. Benarkah apa yang dia baharu sahaja dengar? Atau.. Telinganya yang bermasalah? Kai memandang sang doktor sekali lagi. Meminta kepastian. Dan sekali lagi berharap bahawa ayat yang paling dinantinya terucap dari bibir mulus milik sang doktor.

"J..jeoseonghamnida.." Doktor Taeyeon melutut di hadapan Kai. Merasa kesal kerana tidak dapat menjalankan tugasnya sebagai doktor. Menyelamatkan nyawa orang. Air mata mengalir di pipi sang doktor.

Kai bangun. Tidak mampu untuk berkata apa apa. Kehilangan kata kata. Ia terkaku. Suasana menjadi hening. Hanya suara dan derap kaki beberapa pelawat lain yang kedengaran.

Hanya satu dia berharap. Semoga bayi didalam kandungan isterinya atau lebih tepat dipanggil arwah isterinya selamat. Hanya itu yang dia mampu berharap sekarang.

Sang doktor bangun. Mengesat air mata yang mengalir di pipi. Lalu menyambung kata.

"Bayi didalam kandungannya juga tidak dapat kami selamatkan. Kecederaan Puan Bae Joo Hyun terlalu parah. Kami betul betul minta maaf. Jeoseonghamnida.." Sang doktor menunduk hormat 90darjah. Lama. Air mata kembali menitis. Merasai apa yang dirasa oleh sang jejaka yang sedang berada di hadapannya.

Kai berpaling. Menatap sang doktor dengan wajah yang sayu dan lesu. Sebuah senyuman tawar dilemparkan. Senyuman yang dibuat buat.

"Gwenchana. Arraseo. Kamsahamnida kerana telah berusaha untuk menyelamatkan mereka." Dia memejamkan mata. Lama. Terasa bagai ada air mata yang mengalir dipipinya. Dia pantas mengesat.

'Kau kena kuat! Kau kena kuat Kai!!' Desisnya di dalam hati.

Hyelin yang tertidur dari jam  empat pagi tadi terpisat pisat bangun. Wajah rusuh Kai dan kelam air muka doktor membuatkan dia dapat mengagak apa akhiran yang disampaikan. Lengan Kai dipeluk kuat. Air mata mahu mengalir tatkala melihat mata abangnya yang kosong, menjauh dari kenyataan.

"Its okay, Hye. Im gonna get through all this."

Hyelin sebak. Kerongkongnya seakan tersumbat. Tiada perkataan yang mampu diluahkan. Sungguh. Dia memahami perasaan sang abang. Mungkin abangnya kelihatan baik baik sahaja dan menerima kepergian sang isteri tercinta. Tetapi itu di luar. Di dalam? Siapa sahaja yang tahu? Hanya Tuhan yang tahu. Ia merupakan satu kesakitan yang amat. Di hati. Perit yang amat.

Doktor Taeyeon yang memahami keadaan itu kemudian berlalu meninggalkan mereka. Biarlah dua adik beradik itu berbincang. Dia tidak mahu masuk campur.

"Oppa baliklah. Biar hye yang uruskan semua. Oppa dah dua malam tak makan. Tak tidur.. Maklumkan pada appa untuk urusan pengebumian. Abang pergi balik ya, jebal..."

Senyap. Tiada apa yang dapat diluahkan oleh Kai. Mungkin dek kerana masih tidak dapat mencerna kenyataan yang baru sahaja diterima.

"Tolong hye,oppa.."

Kali ini, Kai mengangguk. Dia melangkah,meninggalkan ruang malang itu. Namun,langkahnya kelihatan pincang. Dia perlu pulang.

               ❄❄❄❄❄

Hujan yang turun akhirnya berhenti. Dia masih di situ. Di hadapan pusara mantan isteri. Bersama yang lain.

"Kita balik,Kai." Lembut sahaja suara Puan Min mengajaknya pulang. Lengannya dipaut. Ditarik perlahan.

"Kai oppa, jom balik."

Kali ini, suara gemersik milik  Hyelin pula menerpa dipendengarannya. Dia akhirnya mengganguk. Saat kakinya melangkah berlalu meninggalkan pusara milik mantan sang isteri yang sangat dicintainya itu, dia berjanji. Berjanji untuk tidak bercinta lagi. Dipandangnya sejenak pusara yang masih baru dengan hujan. Dia mendongak melihat langit yang masih kelam. Kai tersenyum sinis. Hebatnya dugaan Tuhan untuk hamba kerdil seperti dirinya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 26, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My DignityWhere stories live. Discover now