telur 10 bijik!

8 1 0
                                    

"kakak,  tolong pi beli telur sat kat kedai peah tu!" arah tok kepada peyrah. 

Peyrah baru berusia 8 tahun tapi sangat laju bila menaiki basikal.

"bak mai duit ah" balas peyrah malas

Tanpa berlengah tok kal memberi duit rm 5 kepada cucu sulungnya. 

Setibanya di kedai.....

"asalamualaikummmmmmmm!" pekik peyrah

Biasalah kedai runcit kampung.  Biasanya menjalankan perniagaan di rumah sendiri sahaja

Tiga kali peyrah memberi salam.  Tidak dibuka jugak pintunya.  Peyrah teringat pesan ustazahnya.  Kalau pergi rumah orang kalau dah bagi salam 3 kali.  Kalau tak dibuka.  Eloklah balik. 

Peyrah sudah mengangkat tongkat basikal. Ingin pulang ke rumah.

"eh eh,  kejap.  Haaa,  peyrah nak apa" kata si tuan kedai yang baru membuka pintu kedainya.

"tok nak teloq 10 biji" balas peyrah pendek.

"tok nak masak apa? " tanya si tuan kedai sambil meletakkan telur di dalam plastik. 

"tak tau"  pendek di balas

Plastik telur dan duit bertukar tangan.

Peyrah pergi ke kedai bersama sepupunya el.  Berusia 4 tahun.  Selepas mengangkat tongkat dan meletakkan telur di dalam bakul El melompat naik ke tempat duduk belakang.

"kak pey,  bawak laju sikit"

"el,  pegang baju akak kuat kuat tau"

Vrooommmm vrooommm vrommmm. Kurang dari dua minit peyrah dah el sudah sampai dirumah.  Bawak basikal macam pelesit. Dan terlupa dia bawak telur dalam raga!

Sampai ja di bawah rumah.  Biasa ah rumah kampung . Bawah tempat lepak orang tua tua. Bila di angkat palstik telur.  Nah pecah!

Hanya dua biji yang masih belum pecah! 

Maka berleter panjang lah tok kal. 

pendekWhere stories live. Discover now