PART 31

6.5K 173 3
                                    

Selepas mereka pergi ke klinik mereka terus pergi ke pavilion nak tahu sebab apa sebab Sarah nak beli aiskrim baskin robbin.

"bie sayang nak tanya?"tanya Sarah lalu Aiman memandang isterinya sambil menyuapkan aiskrim kedalam  mulutnya.

"Mama kata time sayang  tinggalkan bie tu bie macam orang tak betul cari sayang"kata Sarah lalu Aiman menangguk soalan Sarah tadi.

"kan bie dah cakap yang bie tak boleh hidup tanpa sayang berada di sisi bie"Sarah yang hendak menyuap aiskrimnya tak jadi nak makan aiskrim sebab Aiman cakap macam tu.

"bie sayang  ada benda nak bagitahu bie"

"apa benda sayang"jawab Aiman yang sedang menyuapkan sarah Aiskrimnya.

"hm...haritu daniel ada datang kat rumah sewa Alya dia ada jumpa sayang kat sana"jawab Sarah.Aiman terkejut lalu dia meletakan sudu yang dia pegang di bekas aiskrim.

"apa yang lelaki tu nak lagi"kata Aiman dalam nada marah perlahan.

"bie please la bie tahukan yang sayang tak suka bie marah"jawab Sarah."kalau bie nak marah bie marah sorang"Sarah terus bangun dan mengambil begnya lalu keluar dari Baskin Robbin.

"Sayang"jerit Aiman sambil mengejar Sarah."please jangan lagi sekali bie mintak maaf atas kesalahan bie tadi bie just geram dengan mamat gila tu"kata Aiman setelah menarik Sarah dalam pelukannya.

"ishh perlu le peluk kat tempat awam macam ni"kata sarah sambil menolak Aiman.

"ala jangan la badmood tak apa la nak buat macam mana ada orang tu tak sayang bie tak apa"Aiman sahaja nak kenakan isterinya.Sarah hanya memandang Aiman.

"bie yang tak sayang sayang "kata Sarah.Aiman terus memeluk bahu sarah.

"ala tak maafkan bie lagi ke sorry la sayang bie janji sayang nak apa bie beli"pujuk Aiman.

"betul ni"kata Sarah untuk mendapat kepastian dari Aiman.Aiman menangguk.

"sayang nak rambutan yang baru je petik"Aiman sudah mengaru kepalanya yang tidak gatal tu.Mana nak cari rambutan macam tu.

"bie bie dengar tak ni"tanya Sarah.

"hah dengar dengar jom kita balik nanti Mama bising pulak"kata Aiman lalu mereka pergi ke parking.

Dalam kereta,Aiman ni kalau dia tak pegang tangan isterinya tak sah kalau memandu so kalau dapat laki macam ni time memandu tu la dia pegang tangan and then dia kiss tangan benda ni dah jadi kebiasaan Aiman.

"Nanti malam ni kita balik rumah untuk kemas baju lepastu esok kita gerak pergi perak"kata Aiman lalu mencium tangan Sarah.

"Perak nak buat apa kat sana"tanya Sarah yang sedang tengok cerita koreanya.

"hm..bie ajak sayang jumpa opah bie lepastu Sayang boleh makan rambutan"jawab Aiman.

"serious aaa bie "tanya Sarah dalam nada yang sangat gembira.Aiman menangguk."wahh tak sabarnya"kata sarah Aiman tang sedang memandu tersenyum mendengar kegembiraan Sarah.

Dengan secara tiba-tiba Aiman break kecemasan kerana kereta depannya bermasalah.Nasib baik Aiman sempat menahan Sarah daripada kepalanya terkena dashboard.Aiman terus melihat isterinya.

Sarah terus menangis selepas kejadian tersebut.Aiman mula risau kerana Sarah menangis lalu Aiman membuka seatbelt dan terus memeluk Sarah.

BERSAMBUNG!!

MY HUSBAND MR SWEET {C]Where stories live. Discover now