Inspired by It All Started With An Apple.
"Nah ambiklah oren ni aku tak makanlah benda alah ni." Ujar Mira merangkap kawan baik aku.
"Eh apsal lak aku nak ambik kau fikir aku pun makan eh benda ni." Kataku, sekarang ni waktu rehat dimana kami berdua rehat dalam kelas. Sekolah ni tak marah pun kecuali lepas rehat mesti bersih.
"Nah ambiklah. Ke kau baling je mana mana kalau kena lelaki itulah soulmate kau." Ujarnya. Baling? Kena meja bangku adalah. Siapa je rehat dalam kelas ni selain kami.. Haram jadahnya.
"Kat kelas?" Soalku mengiyakan saja idea bodoh dia ni.
"Eh bodohnyalah kat koridor lah baling bukan dalam ni kau nak kawin dengan bangku ke apa?" Datang dah mak nenek ni.
"Tak nak lah aku, bodoh sangat idea kau ni." Jawabku jujur.
"Eh buat jelah!" Marahnya. Yelah!
Kami pergi ke koridor kelas, aku aim tempat kat kantin. Annndddd baling dan tunduk.
Aku tunggu bunyi teriakan orang manatau mati ke kena oren kat kepala.
"SIAPA BALING NI?!" Soal seorang lelaki yang marah ya amat.
Alamak. Matilah.
Mataku membulat melihat Mira yang juga turut ketakutan..
Berlari kami masuk kelas. Kau nak stay luar ah kau gila! Dia senang je cam kau tau! Kalau kau curi pen dia ke apa dia tetap tau tu kau. Cayalah. Aku pernah buat sekali HAHAHHAH.
Untuk kenakan dia je actually tak tau pula jadi hal besar gedabak siot."Weii! Miraaaa! Kena Heycarl! Salah kau lah ni." Marahku sambil memukul mukul lengan dia yang masih pegang sandwich. Nak meroyan gila babi sekarang pun tak guna.
"Eh kau yang baling aku pula yang kena?" Marahnya minat makan dah hilang terbang dibawa oren tadi yang sesedap rasa landing kat kepala biul Heycarl.
"Tapi kau yang suruhkan." Marahku. Tuduhan berbolak-balik. Yang aku bodoh ikut cakap dia kenapa. Aihh
"Tapi aku tak suruh kenakan kepala hotak Heycarl tu! Aku suruh baling!" Jelas kami berdua ni takut sangat. Heycarl ni sebenarnya dak hot sekolah kami yang sangat berbisa.. Like sangat.. Tersangat..sesangat.. Sesungut.. Sengugut eh?
"Mana jugalah kau dapat idea bodoh ni!" Nak menangis aku gamaknya dah aku settle ngan dia pasal dulu tu sekarang aku cari pasal lagi. Memang taklah maaf tu ada kat kamus hidup dia.
"Dari bukulah! Tulah aku suruh kau buat! Aku nak tengok ending dia! Last last kahwin muda tau!" Minah rempit ni yang dah ketagih dengan heroin buku bukan dadah.
Dulu dia ada juga suruh beli air kopi and langgar mamat sorang ni kat starbuck dia memang nak kena kali ni mira dah sangat terlampau. Pernah juga dulu dia tolak aku arah mamat sorang ni yang kitorang dua2 jatuh gedebuk kat koridor.
Budak tu? Dua dua Heycarl, belum lagi campur waktu kitorang prank dia cat kereta dia guna watercolour, waktu kitorang bagitau id wechat ngan number fon dia kat fans dia kat instagram yelahkan instafamous. Waktu kitorang baling bola kat kaki dia kuat sangat waktu main bola beracun sampai pengkak anak sorang ni dan waktu aku menyamar jadi fans dia kat shopping mall, tujuan? Entah. Dia tak kenal pun tu aku sebab pakai mekap and sunglasses tak kenal kot.
Waktu kami sorok buku kerja rumah diorang sampai diorang kena marah cikgu, sampai kitorang simbah air dari atas koridor semua benda juvenile yang kami buat tu tak kantoi yang part baling oren yang kecik molek tu boleh kantoi? Fuhh, boleh mati.
"Buku dengan realiti tak samalah minah rempit! Sekarang siapa nak ngaku baling oren kat kepala dia bangang!" Suara kami rasanya sampai kantin boleh dengar kot! Rasanya tau juga Heycarl kat bawah tu.
"Takyah mengaku aku dah tahu." Satu suara menerpa di hadapan pintu belakang. Tengku Heycarl dan Tengku Hadzriq berdiri begandingan sambil senyum mengusik
"Bye bye dunia." Bisik Mira."innalilahwaillahirojiun, moga pemergianku dikenang semua." Bisik ku juga.
Tayangan hidup aku terpancar di mata. Waktu aku bermain waktu kecil, waktu aku ketawa dwngan keliarga dan kawan, taat ku tersenyum dan waktu perpisahan twrpahit di kamus hidup yang lalu yang last sekali ada imej aku dihumban dari tingkat atas pergi tingkat bawah. Innalillah.
Tetapi aku takkan benarkan dia bunuh aku sekarang! Aku mesti Lalui SPM dulu! mesti berhempas pulass!
"Kau nak lari tak." Soalku perlahan hanya mira sahaja dapat dengar.
Dia angguk dan
"Lariiii!"
Maka mulalah adengan sesi kejar mengejar di koridor. Cikgu ada yang menggeleng bosan melihat Heycarl yang ada sahaja orang yang nak diganggu.
"Wei! aku tak marahlah!" Teriaknya dari belakang. Tak marahlab konon.
"Jadi kalau tak marah kenapa kau teriak!" Jawabku nafas dihela. Kaki berderap berlari menjauhi mereka.
"Kenapa korang lari ni!?" Soal Heycarl mengejar dua orang gadis ribena tersebut. Mereka berlari tanpa arah. Tak keruan Heycarl dibuatnya.
"Sebab kau kejar!"
Jawapan paling innocent aku pernah dengar. Alahai comelnya.
YOU ARE READING
Peter Pan
RandomJust a collection of veryy short stories, like srsly really short. It will leave you wondering what will happen in the end and thats for you to find out! That burning fire won't put out, cause i feed it with passion.