Bab 2

15 3 0
                                    


Qatilla bersiap untuk keluar berjalan dengan kawan-kawannya.Hampir sejam dia bersiap.Biasalah adat perempuan.Memilih baju,seluar dan tudung lagi.Dia menuruni anak tangga ke bawah untuk bersarapan dengan umi dan walidnya.

"Assalamualaikum.Good morning,umi,walid,kak ton"kata Qatilla kepada Dato' Jaafar,Puan Linda dan pembantu rumah itu.

"Waalaikumusalam,good morning"jawab Dato' Jaafar dan Puan Linda serentak.

"Cerianya pagi ni.Nak pergi mana?"soal Puan Linda.

"Pergi jalan lah umi"

"Ya Allah.Kamu ni memanjang berjalan.Kalau cari kerja tak apa lah juga"

"Chill la umi.Tilla baru habis study.Enjoy lah dulu.Lagipun,umi dan walid nak tahu tak?.Harini Tilla keluar dengan kawan lama dekat sekolah tau.Tak sabarnya"

"Menghabiskan duit memang nombor satu Tilla ni.Suruh kerja dengan walid tak nak.Duit nak,cari duit tak nak.Senang kamu kahwin je"celah Dato' Jaafar yang tidak bersuara dari tadi.

"Apa walid ni.Kita muda lagi la.Nak kahwin apanya"

"Kakak kamu tu kahwin muda juga.Bahagia je hidup dia orang"

"Akak lain Tilla lain"

"Sama je.Senang kamu kahwin je lah dengan Fikri"

"Fikri?.Fikri mana walid?"

"Anak kawan walid.Dato' Kaiser tu.Kan kamu berdua rapat dulu"

"Ouh.Fikri Faizal?"

"Yelah mana lagi"

"Tilla dah lama tak jumpa dia walid.Dia sekarang kerja apa?"

"Dia kerja dengan syarikat ayah dialah.Kenapa?.Dah berkenan?"

"Eh apa walid ni.Kita tanya je"

"Kalau berkenan malam ni jugak walid suruh family dia orang datang.Dinner dekat sini"

"Walid jangan memandai eh"

Dato' Jaafar dan Puan Linda tergelak dengan reaksi anak mereka.Dalam pada itu.Qilla tiba-tiba teringatkan janji mereka pada zaman 'kanak-kanak ribena' dulu.

'Ingat tak dia dengan aku?.Janji tu?'monolog Qatilla sendiri.

...

Qatilla mematikan enjin kereta mini coopernya.Dia terpaksa meletakkan keretanya di bahagian luar rumah.

"Siapa pula lah parking kereta depan rumah aku menyenget macam ni.Dah la kereta Hilux.Sebesar tidak.Ni kalau kereta aku hilang naya je"membebel Qatilla sendiri sambil memasuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumusalam"

'Aih.Kenapa macam ramai je dengar suaranya' yang menjawab'.Qatilla menoleh.

"Tilla.Salam ni dengan family kawan walid,Dato' Kaiser.Pagi tadi kan walid ada cakap yang mereka nak datang"kata Dato' Jaafar.

"Dah besar Qatilla.Dulu uncle jumpa kecil lagi.Makin besar makin cantik pula"celah Dato' Kaiser.

"Tak ada lah cantik mana uncle biasa-biasa je"jawab Qatilla pula.

Dia terus salam dengan isteri Dato' Kaiser pula,Datin Erin.Baru sahaja dia mahu bergerak ke tempat duduk di sebelah uminya.Tiba-tiba dia tergelincir kerana terlanggar kaki buju meja.Dia terus jatuh.Tetapi di atas riba seseorang.Dia memandang wajah pemuda itu.Mereka termenung mata diantara satu sama lain apabila anak mata bersua.Tangan Qatilla memegang lengan sasanya manakala tangan lelaki itu melingkari badan Qatilla.

"Astaghfirullahalazim.Tilla yang kamu tercegat kat situ buat apa lgi.Kamu ingat kamu tu ringan sangat nak duduk atas riba orang"lantang suara Dato' Jaafar.

Mereka berdua tersedar daripada lamunan masing-masing.Qatilla terus bangun dari riba lelaki itu.Dia seakan mengnenal lelaki itu.Qatilla bergerak ke tempat uminya.Malu pula dia.Sudahlah dihadapan ibu bapa masing-masing.
'Fikri Faizal!'baru dia teringat.

"Fikri kamu ni.Depan mak ayahnya pun nak menggatal"marah Datin Erin.

"Ma,dia yang jatuh atas riba Fik kan"

"Fikri kalau kamu berkenan sangat dengan Tilla ni masuk aje minang.Available lagi"celah Puan Linda.

"Eh apa umi ni.Pandai je"

"Eh jomlah makan.Makanan dah siap hidang tu"ajak Dato' Jaafar.

"Umi orang naik atas dulu ye nak mandi"bisik Tilla kepad uminya.

"Eh makan lah sekali"

"Orang dah makan dah kat luar.Badan melekitlah"

"Yelah.Lepastu cepat-cepat turun ya"

"Baik umi"

Encik Cinta MonyetWhere stories live. Discover now