BAB 7

29 1 0
                                    

Beberapa tahun kemuadian, Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, "mana Mak?"
Hanya Adik yang jawab, "Mak dah tak ada, Mak Uda."
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak sewaktu Mak sakit. Kini Mak sudah berada disisi Tuhannya bukan disisi anak-anak Mak lagi.
Dalam esakan tangkis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dahulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh dibandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, mereka tidak dengar telefon berbunyi semasa Ayah menelefon untuk memberitahu bahawa Mak sakit tenat. Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak...

"MANA MAK?"Where stories live. Discover now