Mudahan kau berubah nanti, Wahai Arman Hilmi......
Arman POV
Hah, padan muka engkau. Aku langsung tak kesah pasal kau ni, asyik-asyik kacau engkau je. Aku serious ni wei, tak bosan kacau engkau haha.
"Weii Arman, kau tak kesian ke kat Aisyah? Dia tak kacau kau pun, stop la semua ni." Tegur sahabatku, Malik Hisyam.
"Kau apehal? Mikin hari mikin lain kau ye. Kau asal tak sporting? Kalau macam tu kau belah je lah dari muka aku. Tak heran lah aku dapat kawan cam kau ni. You, go away now." Aku marah kat Malik yang suka sangat akan kebaikan.
Kawan-kawan aku semua mengeji Malik. Aku tengok muka Malik seperti dia kecewa akan aku. Ah lantak kau lah Malik, aku tak peduli kat kau yang
penting aku happy buat benda yang aku suka ni."Fine, aku pergi sekarang. Tapi ingat, jangan harap nak cari aku bila kau susah Arman, aku ok kalau korang benci aku, aku tak kesah lah semua ini lagi. Aku harap kau cuba berubah Arman, Assalamualaikum." Perginya seorang daripada sahabat dan juga geng aku yang selama ini setia mengikut aku.
Kata-katanya bagaikan das tembakan yang menembak ke hatiku, sangat pedih. Aku tergamam, sanggup Malik meninggalkan sahabatnya yang selama ini bersamanya. Whatever lah, aku tak kesah pun. Mungkin.
Sunyi sepi selepas Malik pergi jauh dari kiteorang. Aku pergi ke kelas kerana waktu rehat sudah tamat.
Aisyah's POV
Aku peluk erat Nora sambil menangis di bahu nya. "Why me Nora..? Why me??" Aku menangis terkedu di bahunya.
"Sabar Aisyah.. sabar. Setiap yang terjadi pasti akan ada balasannya. Kau kena kuat Aisyah. Aku tahu kau kuat." dia memberi kata-kata semangat sambil menepuk di belakangku.
"Cuci muka kau tu, takpe lah nanti kita uruskan sama-sama. Dah dah kelas nak start ni, nanti terlewat pulak." arah Nora kepadaku.
"Okay Nora, thanks tau sebab temankan aku. Aku sayang kau sangat-sangat."
Dalam perjalanan ke kelas, aku nampak Malik berjalan berseorangan. Dah kenapa ni eh? Selalu 24/7 dengan Arman je aku tengok. Patutkah aku tanya dia?
"Nora, since when eh si Malik ni jalan sorang-sorang? Asal lain macam ni? Jom lah, aku nak tanya." aku menarik lengan Nora sambil berjalan kepada Malik.
"Eh...Eh kau ni! fine."
Nora ni mau tak mau dia tetap kena ikut aku jugak, nak tau kenapa? Dia nak ambil kesempatan nak cakap dengan crush dia tu la.
"Hi Malik, asal seorang je?" Aku bertanya dengan sopan.
"Ah takde pape lah, saje je nak jalan berseorangan, nothing is wrong. Kau pulak, okay? Teruk sangat tu kain kau." Jawab Malik.
Lain macam je si Malik ni, dulu kasar je layan aku. Well, okay ah dapat cakap dengan dia.
"Aku.. aku okay je." Aku terkedu.
"Okay lah sangat engkau ni." kacau Nora.
"Weii kau jangan tipu aku tau. Dari mata kau tu dah nampak, asal sembab? Kau nangis eh? Aku sorry sangat sebab kejadian tadi tu, aku sebenarnya cuba menghalang Arman tapi dia tak nak dengar aku." Jelas Malik.
Sweet jugak eh mamat ni, patutla Nora ni suka kat dia.
"Jom ah masuk kelas. Dah nak mula ni, nanti marah Cikgu Amar." tegas Malik.
Arman's POV
Aku dengan geng aku, Hafiz, Loqman, William dan Aiman masuk kelas lebih awal. Aisyah belum lagi berada di dalam kelas, Malik jugak belum masuk kelas. Mana agaknya dia pergi eh?
Tidak lama kemudian, aku melihat kemunculan Nora, Aisyah dan Malik masuk kelas bersama-sama. Ini tak boleh jadi ni, ape jadi ni? Weii, keliru lah aku.
Aisyah langsung tidak memberi pandangan kepadaku, dia mengabaikan usikkan ku kali ini. Oh my, kain dia teruk sangat la. Apa aku buat ni? Kejam sangat lah aku ini, hah lantak je lah peduli apa aku.
"KRING!! KRING!!"
Kelas sudah tamat, semua orang sudah keluar dari kelas hanya tinggal Aisyah didalam manakala aku menunggu Aisyah diluar kelas.
Sebaik sahaja dia menapak kakinya keluar, aku tolak dia balik masuk kedalam. Aisyah terjatuh ke arah lantai, kesakitan. Aku terus kunci pintu kelas supaya tidak didengar.
"Wei perempuan! Dengar sini, kau apehal dengan Malik tadi eh?! Kau ni dah takde siape nak layan kau, kau pergi kat Malik? Kau tau tak?! Aku ngan Malik tak kawan dah sebab kau! Kau ni tak habis-habis nak kacau hidup orang!" Aku jerit sekuat hati menandakan marahku.
Malik's POV
"Ahh lega." aku keluar dari tandas. Tiba-tiba bunyi jeritan yang kuat terdengar dari kelas aku, aku macam kenal suara ni. Eh! Ni kan suara Arman!
Lantas aku berlari menuju ke kelas, pintu kelas berkunci. Tanpa membuang masa lagi aku menendang pintu sehingga terbuka. Aku terkejut melihat buku lima Arman hampir mencapai Aisyah yang tidak berdosa.
Aku tarik tangan Arman dan mengenggamnya dengan kuat.
"Woi Arman! Kau watpe ni?! Sudahlah engkau!" tegas ku jerit lalu menolak Arman jatuh ke lantai.
Aisyah terdiam, matanya mengeluarkan titisan air mata yang banyak. Aku menarik tangan Aisyah untuk berdiri.
"Eh sial! Kau ni apehal sibuk sangat! Ini hal aku dengan Aisyah. Kau, silakan keluar." marah Arman.
"Sudah Arman! Stop la semua ini! Ape yang kau buat ni salah lah Arman! Please Arman... please aku tak nak gaduh dengan kau. Kau salah seorang kawan yang aku sangat rapat."
"Aku tak kesah wei, kau siape nak halang aku? Dah lah pembelot, pura-pura nak jadi hero depan Aisyah. Wei kau yang stop la okay? Pi mampos!" jerit Arman.
Tidak lama selepas itu, tumbukkan Arman terasa di pipiku. Tumbukkan yang sangat kuat dari seorang sahabat, bukan sahaja sakit malah sedih dan kecewa.
"Aku belum habis lagi ngan kau. Bye." Arman keluar membawa beg sekolahnya keluar.
"Eh ya Allah! Arman!! Awak okay ke? Mengapa awak harus buat macam ni?! Ya Allah." Aisyah melihat lebam pada muka ku yang sangat kelihatan.
ŞİMDİ OKUDUĞUN
Benci Jadi Sayang
عاطفيةAisyah Sofiah dan Arman Hilmi yang tidak dalam hubungan yang baik. Arman Hilmi menyesal buat yang tidak terbaik dan cuba menarik balik hak miliknya, Aisyah Sofiah yang begitu indah. Halangan dan rintangan mungkin menganggu segalanya tetapi cinta yan...