Kring.. kring.. kringgg
Bunyi alarm yang diset berbunyi dan menandakan sudah masuk waktu untuk aku bangun ke sekolah. Hari ini merupakan hari pertama bermulanya SPM. Daddy amat berharap agar aku mendapat straight A dalam SPM kerana aku bakal menjadi penggantinya di syarikat keluarga kami. Sebagai anak jutawan asia, segala tingkah laku ku diambik berat dan aku perlu sentiasa berhati-hati dengan perbuatan yang aku lakukan. Bukannya kita tidak tahu, netizen pada hari ini banyak sahaja buah mulut yang membuat andaian sendiri. Walhal, berita yang disampaikan hanyalah berita palsu semata.
Aku telah berjanji kepada daddy bahawa aku akan sambung legasinya. Aku mahu daddy gembira atas kejayaan ku. Aku hanya ada daddy seorang sahaja kerana mama telah pergi menghadap ilahi semasa aku berumur 8 tahun. Aku sering teringat akan senyuman manis yang diberi oleh mama jika aku membuat kesalahan. Dia akan memberi senyuman kepadaku dan berkata "Semuanya akan baik baik sahaja dani, kegagalan sekali itu membuatkan kita lebih matang dan tahu mana yang baik dan buruk". Sedar tidak sedar, mata ku berair. Kenangan bersama mama tidak akan pernah aku lupakan.
Aku mencapai tuala yang disediakan oleh makyam dan bergegas ke bilik air untuk mandi dan membersihkan diri. Seusai mandi, aku bersiap dan mendandan rambut ku agar tampak kemas dan macho. Walaupun aku seorang yang humble and low profile tetapi aku tetap mementingkan imej aku sebagai anak orang berada. Aku tidak suka akan populariti tetapi mahu buat bagaimana ? rupaku sahaja mampu membuatkan gadis gadis dan makcik makcik diluar sana tergoda. Bukan mahu berlagak tetapi kekacakkan ku bukan biasa biasa ! hahaha. Aku tergelak sendiri akan keangkuhan ku sebentar tadi. Buang tebiat ke cakap dengan cermin tentang kekacakkan diri ? aku menggeleng kepala melihat gelagat ku.
Aku menuruni tangga yang bertingkat-tingkat tingginya. Kenapa la daddy membuat rumah besar besar begini, bukannya ramai penghuni. Hanya daddy, makyam dan aku sahaja yang tinggal di sini.
Jam tangan ku menunjukkan pukul 5:45. " Ah masih awal lagi, sempat bersarapan dengan daddy dan makyam" dialogku sendiri.Meja makan dipenuhi dengan makanan yang bermacam. Ada bihun goreng, spageti carbonara, Jus epal, air kopi dan roti bakar. Banyak betul hidangan yang dimasak oleh makyam. Siapa yang mahu habiskan semua makanan ni ? membazir sahaja kalau tidak habis. Daddy sudah duduk di meja makan dan aku memberikan salam kepadanya. Daddy melemparkan senyuman lalu menjemputku dan makyam untuk makan pagi bersama. Aku mencedok spaghetti carbonara yang sudah menjadi kegemaranku sejak aku berumur 12 tahun lagi. Masa itu tengah trending tentang spageti carbonara dan bolognese. Aku yang gemar makan makanan pelik-pelik terus menyuruh makyam belajar membuat kuah carbonara. Sejak dari hari itu, spageti carbonara menjadi makanan kegemaranku.
Habis sahaja makan dan bersembang bersama mereka berdua. Pak mat masuk ke dalam rumah, memanggilku untuk dihantar ke sekolah. Pak mat ialah suami kepada makyam. Mereka berdua sudah lama berkhidmat dengan keluarga kami. Sejak mama masih hidup lagi makyam sudah bekerja. Pak mat masuk setahun selepas makyam bekerja dengan keluarga kami. Jadi hubungan kami dengan mereka amat rapat. Mereka seperti atok dan nenek kepada ku.
" Ha kejap pak mat ! nak salam daddy ! " jeritku lembut kepada pak mat. Aku menyalam daddy dan makyam, meminta kebenaran untuk beredar ke sekolah. Daddy dan makyam mengucapkan goodluck kepadaku.
Aku membuka pintu kereta dan menyapa pak mat. Orang tua berumur 60-an itu memaparkan senyuman kepadaku dan menyuruhku masuk kedalam kereta. Aku bukan seperti anak orang kaya yang lain. Aku lebih selesa duduk di seat hadapan dari di belakang kerana aku ingin bersembang dengan pak mat. Dari kecil pak mat sudah menjadi teman sembang aku. Sedih, tawa dan rahsiaku semuanya di genggaman tangannya.
Sampainya di hadapan sekolah, Pak mat menepuk bahuku perlahan dan menyuruhku untuk berusaha dan menggunakan ilmu yang sudah diajar oleh cikgu-cikgu di sekolah. Dia menyuruhku untuk menumpukan perhatian, baca soalan betul-betul dan jangan gopoh semasa menjawab soalan. Aku menyalam pak mat dan mengucapkan terima kasih kepadanya.
Aku memasuki kawasan sekolah dan terus ke tapak perhimpunan untuk mendengar taklimat dan arahan yang ingin diberikan oleh guru yang bertugas. Sesampainya aku di tapak perhimpunan, aku dapat rasakan mata mata perempuan yang memandangku. Tiada benda lain ke mereka mahu lihat ? haih perempuan zaman sekarang, pantang sahaja nampak lelaki berupa terus cair dan sanggup menggadaikan maruah diri. Aku bukan lah baik sangat orangnya, pergi juga ke kelab malam tetapi tidak la sampai sanggup mengambil dara gadis gadis muslimah begini. Aku mencari rakan-rakan karibku iaitu Qash dan Ameer. Mereka melambai-lambai dan mengarahkan ku untuk duduk di tempat yang mereka sudah jagakan untuk ku.
Seperti biasa Cikgu Qasidah sudah tercegat di atas pentas dan memerhatikan murid-murid yang bising. 15 minit kemudiannya, Cikgu Rauf naik ke atas pentas dan mengagihkan kami kepada beberapa kumpulan mengikut angka giliran kami. Qash dan Ameer berada di barisan pertama dan dipisahkan dari aku. Aku di masukkan di barisan ke 3. Depan belakang aku perempuan sahaja. Mereka sudah tersengih-sengih melihat aku menarik kerusi ditempat duduk ku. Aku hanya mengabaikan sahaja kerana aku rimas melihat jenis perempuan yang suka melemparkan dirinya kepada lelaki. Sangat murah dan tiada harga diri.
Apabila kesemua pelajar sudah berada di tempat masing-masing, pengawas SPM mula mengedarkan kertas peperiksaan dan memberi sedikit taklimat sebelum kami mula menjawab. Dapat sahaja kertas 1 Bahasa Melayu, aku terus menulis nama dan menilik kertas peperiksaan itu. Sepertinya soalan-soalan itu amat familiar dengan soalan-soalan yang aku pernah jawab di dalam buku latihan. Nasib baik lah aku jenis yang suka membuat latihan di dalam buku kalau tidak sudah tentu aku tidak dapat buat. Banyak gelagat yang dapat dilihat didalam dewan. Ada yang dapat kertas tulis nama dan terus tidur, ada yang belum dapat kertas lagi dah tidur dan ada juga yang berangan seperti berada di awangan. Aku hairan melihat mereka. Tidakkah mereka takut mereka akan gagal SPM ? SPM sudahlah amat penting untuk mendapatkan pekerjaan. Ah ! sudahlah biarkan sahaja mereka. Yang penting aku buat dengan baik dan perform.
1 jam kemudian..
Aku membaca semula karangan yang ditulis olehku. Banyak idea yang melimpah ruah dari kotak fikiran ku. Cukup lah kan ni ? lagi pun aku sudah berusaha sedaya upaya ku untuk menulis karangan ni. Masa berbaki 40 minit lagi. Banyak masa lagi masa yang tinggal untuk aku memperbaiki karangan. Aku membaca satu demi satu ayat yang ditulis dan dikarang olehku sebentar tadi. Rasanya boleh tak dapat full mark kalau karangan mantap macam ni ? aku sudah menggunakan tips tips yang diberikan oleh Cikgu rogayah semasa mengarang karangan tadi. Jika tidak dapat full mark juga tak tahu mahu cakap bagaimana. Dengan berbaki 25 minit sahaja lagi, aku membaca bismillah dan melentokkan kepala ku dimeja lalu memejam mata. Akhirnya, dapat juga tidur sekejap. Tahniah azriel ! you've do the best for your exam paper ! dialogku sendiri.