Kenapa Riyak Ini Bahaya Gila?

20 5 0
                                    

Wahai kawan-kawanku,cuba hayati apa yang Nabi cakap.

"Sesungguhnya,perkara yang paling aku bimbang berlaku pada umatku ialah Riyak dan syahwat yang tersembunyi..."
                           (HR TABRANI)

Hakikatnya,riyak ni adalah satu syahwat yang tersembunyi.Kadang-kadang,kita langsung TIDAK PERASAN yang kita riyak.penyakit riyak ni takkan di rasai oleh orang-orang yang buat jahat TETAPI penyakit riyak ini hanya akan hinggap kepada orang-orang yang buat kebaikan!

Sebab,iblis and the geng  ni sangat bijak.Depa takkan putus-asa nak sesatkan kita.Kalau setan tak berjaya nak goda kita buat maksiat,setan akan goda kita riyak bila buat baik!

Ujian riyak ni biasanya menimpa golongan ulamak,pendakwah,ustaz-ustaz,penceramah,orang yang kuat beribadah,para penasyid dan yang sama waktu dengannya.

Ketika mereka semua bertungkus-lumus meninggalkan maksiat dan syahwat serta menjaga diri dari dosa noda serta pulun dalam kebaikan,ketika itu,syaitan goda supaya mereka ni rasa mahu DIPUJI,mahu DI PANDANG,mahu DISANJUNG,mahu DISEBUT-SEBUT dan yang sama waktu dengannya!

Kepenatan kita dalam melakukan  kebaikan terasa ringan lantaran seronok dan tenang apabila kita diterima baik oleh orang ramai.Kepenatan kita seolah-olah hilang bila DIPUJIBdan DISANJUNG.

Perasaan seronok dipuji ni menyebabkan akhirnya  kita rasa amat mudah nak tinggalkan maksiat.Kita mungkin rasa kita ni ikhlas nak tinggalkan maksiat tapi secara tidak sedar kita buat tu bukan kerana allah pun tetapi ingin mendapatkan pujian.

Argh!

Licik gila syaitan.Dia goda kita buat dosa.Lepastu bila kita berjaya tinggalkan dosa,dia goda kita supaya riyak.Riyak pun dosa juga.
Huh...

Hanya orang yang betul-betul DEKAT dengan ALLAH sahaja boleh selamat dari penyakit RIYAK ni.

Belajar Berdakwah     Where stories live. Discover now