Bab 1

39 8 0
                                    


"Hoi nerd! Ke tepilah! Aku nak lalu" marah seorang pelajar lelaki dari belakang.Pelajar perempuan yang berkaca mata besar itu terus ke tepi untuk memberi laluan.Dengan gayanya yang serba selekeh dan skema,dia selalu didengki dan dibuli oleh rakan-rakan sekolah yang lain.Selain didengki,dia sering mengasingkan diri dari bercampur dan bergaul dengan pelajar lain.

Sifatnya yang lain dari yang lain membuatkan orang yang memandang terasa menjengkelkan dan ada juga yang sengaja mengusik dan mengguris hatinya dengan kata-kata cacian dan makian.Namun itu semua bukan penghalang untuk dia terus bersekolah dan belajar bersungguh-sungguh.kata-kata di sekelilingnya bukan menjadi pematah semangatnya untuk mengejar cita-citanya sebagai penyanyi.

KRRRRRIIIIIINNNGGGGGG.....!!!

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat telah bermula."Kamsahamida seosaengnim" ucap ketua kelas lalu diulang oleh seluruh pelajar di dalam kelas.Guru yang berada di depan berjalan keluar dari kelas itu.Sesekali dia melemparkan senyuman pada mereka sekelas.

So Hyun,wanita yang berkaca mata besar dan berambut toncang itu mengeluarkan bekalan makanannya dari bawah meja belajarnya.Pelajar perempuan yang duduk di belakang tempat So Hyun sempat menjengah bekalan So Hyun.
"Eh budak nerd tu bawa bekal apa ye ke sekolah? Aku nak tengoklah."kata pelajar perempuan itu dengan nada yang lantang.Lalu dia berjalan menuju ke tepi So Hyun.

"Wah sosejlah!"pelajar perempuan tersebut sengaja berpura-pura teruja dan mengambil seketul sosej tanpa meminta izin."terima kasihlah bagi aku makan sikit."ucap pelajar itu.Tiba-tiba,datanglah geng pelajar tersebut dan mengambil seketul demi seketul sosej itu hingga habis.So Hyun hanya berdiam diri kerana takut untuk melawan.

Habislah semua sosej yang dia bawa dari rumah.So Hyun tidak mampu berkata apa-apa.Inilah apa yang dia dapat jika membawa bekal ke sekolah.Hendak membawa duit,dari mana pula dia nak dapatkan duit saku? Ibu kandungnya pun tidak teringin memberinya sedikit wang saku untuk dia gunakan.Terpaksalah dia berlapar sambil belajar di sekolah.Sudah terbiasa nak buat macam mana.Memang berniat untuk namun sia-sia.Tidak berhasil.Orang tetap pandang caci.

Tiada satu pun yang mampu wanita itu balas.Dia tiada keberanian untuk melawan tindakan pelajar perempuan itu.Tanpa berkata apa-apa,dia terus berjalan keluar dari kelas itu.

"Chan,nanti lepas rehat check bahagian belakang blok A dengan B tahu? Dekat sana selalu sangat pelajar ni semua ponteng duduk belakang blok tu."arah ketua pengawas itu kepada Chanyeol,selaku pembantu ketua pengawas.Chanyeol sekadar senyum dan mengangguk tanda faham.Lalu ketua pengawas tersebut menuju ke tempat di mana dia perlu bertugas.

Baru saja Chanyeol berjalan menuju ke tempat yang dinyatakan,matanya terpandang So Hyun yang berjalan dengan menunduk.Chanyeol seperti melalui penampilan wanita itu.Dia baru teringat itulah pelajar perempuan yang sering menjadi bahan jenaka dalam kalangan pelajar kelasnya.Dia berasa kasihan dan kadang-kadang mahu berjumpa dengan pelajar tersebut dan akhirnya dapat juga dia bertentangan depan matanya.

"Hei awak!"panggil Chanyeol dari jauh namun So Hyun tetap meneruskan perjalanannya walaupun dia dengar panggilan pengawas lelaki itu.

"Janganlah kacau saya!"rungut wanita skema itu.Buku-buku latihannya habis bertaburan di atas jalan tar di depan sekolah.So Hyun pula berebut buku dengan seorang pelajar lelaki yang datang bersama 2 orang lagi rakannya."aku pinjam buku sekejap ni tak boleh ke?!"tengking pelajar lelaki itu lalu menolak So Hyun dengan kasar hingga terjatuh ke belakang.Kemudian,pelajar-pelajar lelaki tersebut beredar begitu sahaja.Saat itu,Chanyeol yang kebetulan berjalan keluar dari kawasan sekolah terserempak dengan kejadian itu.Dia terkejut saat So Hyun ditolak sedemikian.

So Hyun hanya mampu menangis sambil mengutip buku-bukunya semula.Hatinya mulai bimbang jikalau bukunya tidak dipulangkan dan hilang begitu saja.Tanpa disedari,satu tangan pengawas lelaki yang datang dari belakangnya menghulurkan satu buku.So Hyun agak terkejut."dah jangan menangis.Saya ada dengan awak."pujuk Chanyeol sambil  memandang So Hyun dengan senyuman yang manis."terima kasih"ucap So Hyun perlahan lalu berjalan menuju pulang.
"Err...awak!"panggil Chanyeol lalu mengejar jejak So Hyun yang belum jauh itu.Wanita berkaca mata besar itu menoleh."ada apa?"tanya So Hyun."jom saya teman awak balik? Saya takut sesuatu terjadi lagi dekat awak nanti susah."pelawa Chanyeol sambil memegang buku-buku dari tangan So Hyun.

Wajah So Hyun sudah merah padam.Dia malu dengan tindakan Chanyeol melayan dirinya dengan baik.Kadang-kadang berasa kekok juga muncul di lubuk hati kerana sebelum ini dia tidak pernah mendapat layanan sebegini di sekolah.Hanya dengkian dan bulian saja yang dia terima."Ya Tuhan,siapa lelaki ini?"soal hati So Hyun.Sesekali dia memandang sedikit senyuman Chanyeol yang tampak ikhlas itu.

Cruel LoveWhere stories live. Discover now