Bab 2

29 6 0
                                    

Suasana senyap seketika.Cuma bunyi burung kedengaran di kawasan sawah padi yang terbentang di situ.So Hyun dan Chanyeol yang berjalan bergandingan membisu tidak terkata apa-apa.Kedua dua mereka seperti malu untuk memulakan bicara.

Niat hati si gadis kampung itu mahu bertanyakan di mana pengawas lelaki ini tinggal namun niatnya terbatal apabila matanya terlihat ibunya sudah tercegat di hadapan rumah bersama kakaknya,Jiwon dengan pandangan jeling.

"Tu keluarga awak ke?"tanya Chanyeol.So Hyun hanya berdiam diri.Dia takut untuk membuka mulut kerana renungan mata ommanya yang tajam membuatkan hatinya gerun.
"Ah,tak apalah.Saya balik dululah."sambung Chanyeol lalu memberikan senyuman manis pada So Hyun.Wanita itu hanya membalas dengan senyuman dan berjalan menuju ke halaman rumahnya.Sebelum berjalan pulang,Chanyeol sempat memaling senyuman pada omma dan kakak Jiwon.Namun omma tidak membalas sebarang reaksi muka.Jiwon pula seolah-olah tergoda dengan Chanyeol.

"Siapa tu?"tanya ommanya.So Hyun tertunduk kerana tak mahu bertentang mata dengan ommanya.Dia takut lidahnya lebih kelu sebaik bertentangan mata dengan ommanya.
"Tadi tu kawan saya."jawab So Hyun perlahan.
"Alah! Kawan ya?"tanya omma dengan marah lalu tangannya menarik kuat telinga kiri So Hyun."Jangan silap nanti aku dengar kau dah bercinta! Kau tu sedar diri sikit! Kau baru sekolah menengah lagi jangan nak menggatal!"tengkingnya sambil menarik So Hyun masuk ke dalam rumah.

Jiwon sudah tersenyum kerana dia memang suka melihat So Hyun diperlakukan sebegitu.Sungguh mereka benci melihat pelajar perempuan itu senang-lenang.Ada saja perkara yang tidak puas hati sering ditimbulkan.

Malam itu,Chanyeol yang duduk santai di beranda biliknya sedang memerhati bintang-bintang di angkasa malam.Bintang pada malam itu agak banyak berkelip dari sebelum ini.Hati Chanyeol begitu tenang malam itu.Dalam fikirannya berbisik merdu lagu yang selalu didengarinya semasa dia kecil.Lagu yang didendang alunan dari piano mewah menjalar di setiap akar fikiran.Saat itu hatinya berasa tenang.Tenang yang bukan reda-reda.

"Appa,saya harap appa bahagia di sana."katanya.Sesekali bibirnya terukir senyuman manis sambil matanya lembut memandang langit gelap dan ditemani bintang-bintang berkelip mengililingi dunia itu.Kemudian,dalam sayup-sayup kedengaran lagu tersebut didendangkan menggunakan piano.Telinganya dapat menangkap setiap bait lagu itu.Bunyinya bergema jelas kedengaran dari ruang rehat di tingkat bawah rumah.Chanyeol lantas bangun dan berjalan masuk ke dalam.

"Oh..appa?"kata-kata Chanyeol terhenti seketika sebaik saja terlihat appanya yang mendendangkan piano tadi.
"Appa tahu kamu rindukan appa dan omma,kan?"tanya omma Chanyeol dengan lembut.Lantas Chanyeol menoleh ke kanan dan terkejut terlihat ommanya pula sedang berdiri sambil memandang lembut padanya.

"Chanyeol tak kisah omma nak kata apa.Tapi satu saja permintaan saya."kata Chanyeol.Sungguh dia merindui omma dan appanya selama ini.Rasa rindu yang terkubur di hati sejak bertahun lama membuatkan air matanya tiba-tiba jatuh.

"Tolong peluk dan cium Chanyeol sama macam saya kecil dulu."kata Chanyeol berlinangan air mata.Lantas dia maju ke depan dan memeluk appanya dengan erat.Esakan tangisannya tidak dipedulikan dan dia hanya memikirkan tentang kerinduan yang lama dia kuburkan di hati harus diluahkan malam itu juga.Kedengaran juga esakan dari ommanya yang berada di belakang Chanyeol.Appa Chanyeol membelai lembut belakang badan Chanyeol tanda sambutan dari pelukan anak kandungnya itu.

Semakin lama Chanyeol membatu di situ,suara tangisan mereka yang memecah sunyi malam itu semakin kurang dan lama-kelamaan senyap semula seperti sediakala.Chanyeol merasakan dirinya sudah tidak memeluk apa-apa.Dia membuka mata dan terkejut kerana appanya sudah tiada.Dia menoleh ke belakang dan ommanya juga tiada.

Chanyeol terpaku pada saat itu.Hatinya berasa semakin rindu pada appa dan ommanya.Air matanya tak henti mengalir lalu dia terduduk dan bersandar pada kaki piano itu.Sesekali mulutnya menyebut panggilan 'omma' dan 'appa' dalam tangisannya.Dia teramat rindukan kedua ibu dan ayahnya sejak mereka berdua terkorban dalam satu kemalangan melibatkan pesawat terbang yang sedang menuju ke Malaysia.

Cruel LoveWhere stories live. Discover now