"Hey kau!!! Dah langgar orang lepas tu buat derkkk je. Dah la tak bayar insurans aku!" Kasar bahasa Yana.
" Assalammualaikum makcik, tak pernah pulak saya dengar langgar bahu pun kena bayar insurans" Bidas Razif. Waalaikumussalam, baik pulak laki ni boleh dijadikan calon suami ni..eh apa aku mengarut ni Yana. Bicara hati Yana sambil menjeling Razif. Razif dengan selamba sound
"Apahal usha – usha aku pulak ni, dah la tak jawab salam aku!"
"Aku jawab dalam hati, pakcik! Aku nak kau bayar ganti rugi, kau dah langgar bahu aku", puas hati aku panjang lebar aku bidas, kata hati yana.
"Kenapa pulak aku kena bayar? Kau ada luka ke? Aku tengok macam sihat walafiat je. Takkan tersentuh sikit dah sakit, kau tu lembut sangat!"
"Memang la aku lembut dah aku perempuan!!"
"La..perempuan rupanya! Aku ingat lelaki suara tinggi sangat tadi, dah macam menyalak!!" eh mamat ni cakap banyak pulak, bidas hati Yana.
"Biarlah nak menyalak ke apa, kisah pulak aku! Cepat kau kena bayar sekarang juga!!" bukan susah pun nak minta maaf bukan kena bayar sejuta. Bentak hati Yana.
"Dah la aku malas nak layan kau, aku ada urusan lagi penting dari kau." Dengan selamba Razif berlalu pergi tinggalkan Yana yang masih terpinga-pinga. Tersedar dari lamunan baru Yana perasan Razif dah berlalu pergi. Cepat – cepat Yana berlari mengikut Razif yang ke arah kafe. Sampai sahaja Yana disisi Razif..
"Hai Razif, you bawa tunang ke?", sapa Julia.
"Takk saya...," belum sempat Yana habiskan ayat.
"Oh! Makcik ni!" sambil tangan Razif menunjuk ke arah Yana berada sebelah dia sebab Yana lebih kecik dari dia. Serentak itu Yana menolak tangan razif, dah la suka-suka hati panggil aku makcik. Aku ada nama ok!, kata hati Yana.
"Ya! Dia my future wife and..." Lantas tangan Yana mencubit Razif, sambil menjeling Razif. Ouch! Terkejut Razif dengan tangan ketam tadi, Lantas Razif sambung ayat,
"Kitorang akan kahwin lagi dua hari, you dah dapat kad kan? Jemputlah datang nanti, kan Yana." Tangan ketam Yana kembali berjalan. Lagi kuat dari tadi dia cubit. Terjerit kuat Razif. eh! mana dia tahu nama aku? Berfikir panjang Yana. Sambil melihat keletah merpati sejoli didepan mata, Julia rasa ingin segera tinggalkan mereka berdua.
"Ya, I dah dapat, InshaAllah nanti I datang. Ok lah I kena pergi dulu, jumpa masa wedding you nanti. Bye Yana" sambil bersalam dengan Yana. Yana yang masih berfikir. Terkejut apabila Razif menyiku dia, tersedar sahaja Julia sudah menghulur tangan untuk bersalam. Yana masih lagi teragak – agak, Razif menyiku buat kali kedua, tangan Julia terus disambut. Selepas bersalaman Julia terus berlalu pergi, mata Yana terus tertumpu kearah Razif. Dengan laju tangan kecil Yana terus menampar bahu Razif. mengaduh Razif sambil menarik kerusi untuk duduk. Yana turut serta duduk.
YOU ARE READING
HYE KAU!!!
Random***CERPAN** YANA ♥ RAZIF http://www.penulisan2u.my/cerpen-hey-kau/