Siapa Dia Itu?

18 3 0
                                    

Kakiku kaku tanpa sebarangan pergerakkan. Aku rasa macam familiar je muka lelaki ni. Hmm.. Biarlah! Aku rasa macam tak patut je aku turun..tapi takkan nak patah balik? Buat malu je nanti,ego..Ego datanglah! Bangkitlah, tabahkan hati aku ni!!! Muka Emelda yang selamba itu membuatkan lelaki itu, tersenyum sinis. Kemudian, lelaki itu tersenyum tanpa sebab menyebabkan Emelda memandangnya dengan rasa yang pelik. Dia terus melangkah mendaki anak tangga itu tanpa menghiraukan Emelda di situ. Bau wangian lelaki itu yang lalu di sebelahnya membuatkan Emelda hanyut dalam dilema sambil tersenyum dia memejamkan matanya menikmati wangian itu. Woww..wanginya dia! Eh!. Dia tersedar dari lamunannya,bau-bauan itu semakin pudar membuatkan Emelda memusingkan badannya untuk memandang ke belakang. Kelibat lelaki itu sudah hilang dari pandangannya. Fuhh..boleh cair aku macam ni lama-lama. Haruman minyak Attar itu sungguh wangi,tidak semua orang boleh terima bau wangian itu. Akan tetapi, entah sejak bila Emelda menyukai bauan itu. Emelda kembali melangkah menuruni anak tangga sambil memikirkan gerangan lelaki itu kerana dia tidak pernah melihat lelaki itu sebelum ini di kolej itu. Pelbagai soalan berlegar-legar di dalam kepalanya. Macam pernah nampak tapi dekat mana, hmm. Sedang leka dia memikirkannya,dia tersentak.

                  "Aku ni nak pergi mana?.."dia bermonolag sendiri. Kemudian  dia terus melangkah walaupun dia tidak tahu hendak pergi mana. Tiba-tiba..,bak kata orang 'putih' ..Out of blue gitu..HAHAHAHA.. Dia ternampak Ren dengan 'perampas' yang tidak tahu malu itu berjalan bersama sambil berbual mesra. Gelak sakan korang yek! Tunggu.. aku 'pancung' kau,perampas!! 

Emelda berjalan selamba tanpa memandang ke arah dua ekor belangkas itu dengan penuh niat kejahatan. Dia berjalan ke arah yang bertentangan dengan Ren dan perempuan itu tanpa melihat ke hadapan. Dengan niat  sengaja,dia melanggar bahu kanan perempuan itu yang telah mendapat penghormatan daripada Emelda yang memberinya gelaran 'perampas'. Ha..Ha..Ha.. Akibat tindakannya yang melanggar bahu perempuan itu telah mengakibatkan perempuan ituterjatuh ke belakang, terduduk dia. Lagi pun, perempuan itu pun satu tidak pandang ke hadapan semasa dia berjalan jadi bukan salah Emelda seorang. Ren terkejut melihat Rania jatuh. Sebelum dia cuba untuk membantu dia melihat Emelda yang memandang dengan pandang yang dia sendiri tidak pernah melihat Emelda begitu. Pandangan itu penuh dengan kegelapan, tidak terkelip Ren melihat Emelda lalu di tepi mereka berdua. Kemudian Emelda beredar dari situ dengan hati yang berbunga dengan kejahatan sambil tersenyum dia mengorak langkah ke hadapan. Sempat dia memaling mukanya ke belakang,dia melihat Ren sangat beria-ria membantu perempuan itu. Senyuman yang terukir di bibirnya kian pudar,dia kembali mamandng ke hadapan semula. Dia berhenti melangkah. Dia memusingkan badannya memandang Ren dan perempuan itu kembali,egonya yang menggunung memaksa hati menerima 'kejahatan' itu. Emelda melihat mereka berdua dengan wajah yang penuh dengan rasa geram,tiba-tiba dia teringatkan sesuatu kejadian yang pernah memberi suatu kebahagiaan kepadanya.

                          "Mel.. ok tak?" tanyanya dengan penuh dengan kelembutan. Dia melemparkan wajahnya yang penuh kerisauan kepada Emelda. Emelda hanya tersenyum manis apabila dia melihat lelaki itu menyapu lembut pasir yang terdapat pada luka kecil di tangan kirinya. Dia memandang raut wajah lelaki itu,tiba-tiba dia diserbu dengan rasa sebak di lubuk hatinya. Saya sangat berharap sangat awak yang akan jaga saya..sampai Syurga. Emelda kembali memerhati gerak geri lelaki itu yang sibuk untuk mengubati lukanya yang terjatuh di cafeteria, ketika dia hendak beli makanan ada orang tidak sengaja melanggarnya sehingga dia terjatuh di situ.

                           "Dah dahlah,Ren..sikit je ni!" mengomel Emelda. Manakan tidaknya dia yang luka pun tidak kesah langsung dengan lukanya inikan pula orang yang tidak sakit pula yang sibuk hendak merawatnya. Tidak semena-mena dia mencempung Emelda. Terkejutlah tuan punya badan itu. 

                         "REN!!.." jerit Emelda sambil meronta -ronta untuk diturunkan. Kelakuan Emelda itu menyebabkan Ren terpaksa melepaskan Emelda turun dari pangkuannya. Emelda diserbu dengan darah panas ke mukanya menyebabkn pipinya merah kemerahan.Tiba-tiba Ren gelak kecil. Emelda kebingungan. Kemudian, dia menarik baju Ren dengan perlahan sambil melemparkan mukanya yang berkerut. Ren bertambah gelak apabila melihat kelakuan Emelda.

                         "Aduhh!!.." jerit Ren apabila Emelda mencuitnya dengan geram di lengan kirinya. Mengadu kesakitanlah dia. Emelda pula yang tersenyum melihat Ren mengomel seorang diri. Dia mula memerhati Ren, tambakan kasih sayang yang dia berikan kepada Emelda membuatkan dirinya rasa dihargai dan disayangi. Bagaikan setiap saat dia dipenuhi dengan kebahagiaan yang diberikan oleh Ren kepadanya dan dia berharap dapat dirasai sampai bila-bila.

Tiba-tiba, dia tersentak. Mana mungkin kasih sayang dia pada aku kekal lama, sekarang dia dah ada orang lain. Perempuan itu lebih segala-galanya daripada aku. Dia kembali memandang ke arah Ren dan perempuan itu,sayangnya kelibat mereka berdua sudah hilang. Dia mendengus. Tak apalah, mungkin ni ruang dan peluang yang aku ada untuk kembali balik mengingati Dia yang pernah aku lupakan dulu. Emelda mengatur langkah kembali ke bilik kuliahnya. Oh, sungguh tak sangka! Lelaki tu.. Masuk ke ni!.. Duduk sebelah aku?! Hatinya sungguh terkejut takkala dia melihat kelibat lelaki yang dijumpainya di tangga tadi. Baru hendak melangkah masuk, Emelda disapa oleh Aida.
              "Kau pergi mana tadi, Mel?.. "Tanya Aida dengan penuh kerisauan. Belum sempat dia menjawab, suara lain pula yang mencantas.
               "Ouh! Name dia Mel.. Patutlah ..kena dengan tuannya, comel." Dia menghampiri Emelda dan Aida sambil tersenyum.Aida pula seperti tidak suka dengannya. Almaklumlah Aida memang susah sedikit hendak bergaul dengan pelajar baru Bio, katanya persaingan makin sengit nanti. Aku tak sangka lelaki ni ..pelajar baru Bio kat sini, yang pensyarah cakapkan tu.. Pelajar dari Oxford university.Hmm.. Apa- apa jelah, yang penting kau tak ganggu hidup aku sudahlah. Hatinya mengeluh panjang, sebenarnya dia agak kurang senang melihat lelaki itu sejak dia bertembung di tangga tadi.
                 "Emelda Xendra.. Kau kenal lagi tak?" Soalan yang ditujukan oleh Aida kepada lelaki itu membuatkan dirinya dibelengu rasa pelik. Kenal lagi tak? Erm.. Kenapa Aida tanya macam tu? Aku kenal lelaki ni ke..? Dia kenal aku ke? Lelaki itu tidak menjawab sebaliknya dia hanya memerhati Emelda dari atas sampai bawah. Dah kenapa pandang aku atas bawah atas bawah ni!
              "Mel.. Jangan buat muka pelik sangatlah! Ni, Muhamad Ariel.. Alaa, budak sekolah kita dulu jugak. Takkan tak ingat kot" Aida pula menanyakan soalan kepada Emelda. Emelda senyum kelat sahaja tanpa sebarang jawab.
               "Mungkin masa tu, saya tak hensem lagi.. Macam sekarang" sampuk Ariel memperkemaskan kot yang dipakainya. Eleh! Bajet hensem lah lelaki ni. Koya. Poyo je lebih! Kemudian, Aida ketawa melihat Ariel bersikap demikian gelak tawa itu disambut pula oleh Ariel tapi Emelda masih tiada sebarang reaksi. Entah apa yang kelakar sangat! Lantaklah kau siapa.. Malas nak ingat, bukan penting pun.

*********

                   'Bagaikan ahli sainstis! Bijak-bijak.. Aku kagum dengan kau! Kau boleh kalahkan Aida.. Fuhh.. Amazing! Kau makan apalah sampai bijak giler macam ni! Salute ah aku dekat kau!.. 'Desis hati Emelda dengan gembira sekali apabila buat pertama kalinya dia menang dalam pertandingan kuiz berkumpulan. Berkat pelajar baru itulah yang membuatkan dia menang menentang sahabat baiknya itu. Walaupun kumpulan Emelda telah diumumkan sebagai pemenang, wajahnya tidak ada langsung sinaran kegembiraan. Almaklumlah, dia kurang senang bila digandingkan bersama pelajar baru itu. Akan tetapi, di dalam hatinya bukan main gembira lagi. Tiba-tiba, dia merasakan lengannya ditarik kasar oleh seseorang sebaik sahaja dia keluar dari bilik kuliahnya. Siapa yang tarik aku ni! Baru sahaja dia memaling wajahnya ke arah orang itu, tiba-tiba dia terdengar bunyi yang agak pelik yang mengundang di telinganya. Eh! Ariel.. Apa.. Kau.. Buat.. Ni? Kaku Emelda apabila melihat 'dia' tersungkur dan Ariel pula penuh dengan emosi amarah. Kenapa ni? Apa dah jadi? Pelbagai soalan menyelubungi dirinya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 22, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My Beloved Mr. Annoying..Where stories live. Discover now