Kain Lap Muka

17 4 4
                                    

"Ehh Assalamualaikum..awak buat ape kat sini?"tanya aku kepada Amin yang sedang bersandar pada tembok rumah ku.
"Waalaikumussalam..saya tunggu awak lah..jom kita pergi sekolah sama-sama."Amin jalan mendahului aku.

Aku hanya berjalan di belakang nya..aku still malu tentang kisah tadi malam...Dahi aku pon dah bengkak.

"Farhana..nanti habis sekolah awak tunggu saya di pokok depan gelanggang basket ball tau"

"Ahh ya okay..perlawanan start pukul berapa?"tanya aku.

"Pukul 3:30 petang dah start..nanti balik pon dengan saya tau"

"Arahan diterima"aku tersenyum sambil mengangkat tabik hormat ke arah Amin.

Amin tergelak kecil lalu tersenyum kearah ku."Good girl" aku macam tak percaya.Dalam satu hari aku dah rapat dengan Amin..Dia ni friendly dan tak sombong.I like.

Sampai sahaja dipagar sekolah"jangan lupa"kata Amin lalu terus berlari ke arah gelanggang basket ball.Nak buat persediaan perlawanan kot.

Aku berjalanan menuju ke kelas.Pembelajaran akan berjalan seperti biasa.

~di pokok hadapan gelanggang basket ball~

"Maafkan saya..tadi saya diarahkan untuk hantar buku dibilik guru..sebab tu saya lambat...perlawanan dah nak bermula ke?"tanya aku.Termengah-mengah aku menyedut oksigen untuk menstabilkan pernafasan.

"Tak apa..sekarang baru pukul 3:10 petang..ada lagi 20 minit sebelum perlawanan bermula..kesian awak terpaksa berlari.Marilah kita cari tempat duduk dihadapan sekali..nanti senang lah awak nak tengok kehandalan saya dalam permainan basket ball."kata Amin mengangkat sebelah keningnya..

"Elehh perasan...kalau awak kalah..awak harus belanja saya makan tau."kata aku sambil meniru gaya Amin,tapi aku tambah pakej senyuman paling sinis.

"Okay no problem..tapi kalau saya menang awak kene ikut arahan saya selama 1 minggu"balas Amin.

"Ok deal"aku tunjuk jari kelingking ku ke arah Amin lalu Amin pun meniru.Tapi jari kami tak bersentuhan..hanya buat gaya sahaja.

Aku mengambil tempat duduk dibahagian hadapan dan di bahagian yang paling hampir dengan tempat rehat peserta dari sekolah ku atau senang cakap berdekatan tempat rehat Amin.

Aku menonton perlawanan demgan tekun...Hebat nya cara Amin jaringkan Gol..Sungguh bergaya..♥♥

(Fruuttt)bunyi wisel separuh akhir kedengaran diseluruh gelanggang.Kalau Amin menang macam mana..Ohh tidak..

"Pemenangnya...SMK Darul Ehsan!!!!"kedengaran suara orang bersorak kemenangan.Mereka mungkin gembira tetapi tidak aku..Habislah aku.

"Ehemm jadi denda awak bermula hari esok pagi"aku terkejut saat Amin berkata betul-betul ditelinga kanan ku yang berlapik tudung..

"Alahh hari ni la mula"aku merayu..sebenarnya aku ada niat kenapa tak nak mula esok.

"No no no..sekarang pukul 5 petang..jadi saya tak dapat buli awak banyak-banyak.Lagi pon ianya macam dikira bekerja separuh hari tau..nanti balik rumah pukul 6..selepas pukul 6 saya dah tak boleh buli awak..sebab saya seorang lelaki yg baik"kata Amin dengan bangga.

"Baik lah sangat..awak ni tau-tau je niat saya."kata aku..

Aku menghulurkan kain lap muka pada Amin."alooo so sweet tau-tau je saya dah berpeluh satu badan..kain pon saya lupa bawak"kata Amin lalu mengelap peluh mukanya menggunakan kain lap muka.

"Amin cikgu panggil ambil hadiah!!"jerit kawan Amin..
"Yeye aku datang"Amin meninggalkan kain lap muka di atas kurusi yang disediakan disebelah tempat duduk ku.

"Tunggu saya didepan pagar sekolah!!"jerit Amin..Aduh semua pandang aku kenapa..ade yang buat muka bengis macam nak terkam orang.

Aku mengambil kain lap muka yang digunakan oleh Amin tadi dan menyimpannya di dalam beg sekolah ku.Boleh lahh aku letak di 'koleksi cinta'.Aku tersenyum sambil berjalan kearah pagar sekolah.Kene tunggu Amin.

Pencuri CintaWhere stories live. Discover now