Prolog
"AKU.. Aku sukakan kau." akhirnya.. perasaan yang selama ini membebankan telah diluahkan. Aiman pandang si gadis di hadapannya. Jelas wajah gadis itu menunjukkan reaksi terkejut.
"Sa..." gadis itu mula membuka mulut setelah beberapa minit mendiamkan diri. Nia tunduk memandang kaki sendiri.
"Sa?" Aiman pandang wajah yang menunduk itu.
"Maaf! Saya tak suka awak!" Nia menarik tangannya dari pegangan Aiman. "Sa.. saya.. suka dengan.. Nizam."
Penyataan itu sungguh menyakitkan hati Aiman. Nizam? Nizam adalah sahabat karibnya merangkap roommate dan classmatenya. Nizam juga tidak kurang hebatnya. Dia selalu mendapat tempat kedua selepas Aiman.
"Apa kurangnya aku, Nia?" tanya Aiman, lembut saja suaranya.
"Awak.. awak tak ada kurangnya."
"So? Kenapa mesti Nizam?"
Nia pandang Aiman, namun hanya seketika sebelum dia melarikan pandangannya. "Maaf.."
AIMAN melepaskan keluhan berat. Dia kini berbaring di atas katilnya. Kejadian petang tadi masih tidak dapat dilupakan. Sangkanya Nia juga mempunyai perasaan yang sama dengannya, tetapi..
"Bro, so apa jawapan dia?" tanya Nizam yang baru sahaja selesai melipat pakaiannya.
"Em? Jawapan apa?"
"Laa.. kau cakap kau nak confess dengan Nia kan?"
"Oo.. ya."
"So?"
"Dia suka kau."
"Hah?!" terkejut Nizam mendengar apa yang Aiman katakan.
Aiman bangkit dari pembaringannya. "Dia cakap dia suka kau."
Nizam melepaskan keluhan. Dia lantas mencapai telefonnya sebelum keluar dari bilik. "Eh, kau nak ke mana?"
"Jumpa Nia jap!"
Bab 1
"OKAY class dismiss. Go home safely.." pesan Puan Chong sebelum melangkah keluar dari kelas.
"Ha.. akhirnya habis juga kelas ni." Aiman tersenyum puas. Lepas ni bolehlah dia tidur. Semalaman dia dan Nizam sibuk menyiapkan assignment kelas Puan Chong. Malam-malam sebelumnya mereka sibuk dengan presentation, group assignment dengan aktiviti kelab.
Nizam di sebelah sudah menguap. "Jom lah balik. Aku nak tidur ni. Mengantuk tahap dewa dah!" Serentak dia dan Aiman berdiri.
"Man! Ijam!" panggil Ikhwan, sahabat mereka yang sedang berdiri di pintu kelas.
"Apsal?" Nizam dan Aiman berjalan ke arahnya.
"Jangan cakap petang ni ada perjumpaan lagi." teka Aiman. Dia sudah masak. Setiap kali Ikhwan datang berjumpa dengan mereka pasti ingin memberitahu tentang perjumpaan kelab mereka.
Ikhwan tersengih.
"Tak da laa.. Aku nak tanya korang dua. Korang nak ikut ke trip ke Pulau Manukan tu nanti. Sebab Sir Izhar tugaskan aku untuk list orang-orang yang nak ikut."
"Berbayar eh?" Aiman tersenyum.
"Eh kau. Tu pun kau risau ke? Kedekut." kutuk Ikhwan.
"Bukan kedekut. Tapi jimat." balas Aiman.
"Kalau nak berjimat pun agak-agaklah.. setakat rm30 tak adalah makna dia dengan kau." balas Ikhwan pula.
Nizam tertawa. Aiman memang terkenal dengan sikapnya yang terlalu berjimat. Nak dikatakan takut duit habis, dalam akaun bank dia ada berpuluh-puluh ribu. Hampir setiap bulan abahnya mengirimkan wang beribu ke dalam akaunnya. Maklumlah, anak bongsu Syed Carlyd Azmir belajar jauh dari keluarga.
"Okey laa.. Aku join." Aiman pandang Nizam. "Kau tak join?"
"Em.. aku tak pasti lagi laa.."
Deringan telefon milik Nizam mengejutkan mereka bertiga. Nizam pantas mengeluarkan telefonnya dari poket seluar. Skrin telefon di tenung. Senyuman terukir dibibirnya. "Oh, jap eh." Nizam menjawab panggilan itu seraya melangkah jauh dari Aiman dan Ikhwan.
"Makwe dia call ke?" soal Ikhwan.
"Nizam setahu aku takde makwe lagi."
"For real? Korang budak popular kat Politeknik still tak berpunya? Tak caye la aku." balas Ikhwan.
"Yalah.. Aku dengan Nizam sibuk dengan study. Kadang kitaorang tak ada masa dengan perempuan ni."
Nizam datang mendekati mereka setelah selesai bertelefon. Senyuman masih terukir. "Aku joinlah."
"Okey kau orang dua dah masuk list. Bayar sekarang ke atau.."
"Sekarang." jawab Aiman dan Nizam serentak.
"Aku takut nanti aku lupa nak bayar." Nizam mengeluarkan not rm10 tiga keping dari dompetnya. Begitu juga dengan Aiman.
"Haah. Aku pun. Bila trip tu?" soal Aiman.
"Dua minggu dari sekarang kut. Aku tak pasti."
"Eh, Man. Aku pinjam kereta kau boleh? Aku nak pi airport. Nak jemput cinta hati aku."
"Cinta hati kau?" Ikhwan menoleh ke arah Nizam. "Dia ke?"
Nizam senyum seraya mengangguk.
"Siapa?" soal Aiman.
"Tak adelah. Aku pinjam eh kereta kau?" Aiman mengeluarkan kunci keretanya dari beg.
"Nah."
Kunci berpindah milik.
"Thanks! Aku pergi dulu." Nizam berlalu pergi dari situ.
"Kau kenal ke cinta hati dia?" tanya Aiman.
Ikhwan tersenyum.
"Lebih dari kenal da.. Eh, aku chow dulu. Nak cari orang lagi ni."
"Oo.. Okey." Ikhwan melangkah pergi dari situ.
YOU ARE READING
Pencuri Hati Mr. Popular
RandomNia, kembali semula melanjutkan pelajarannya selepas menangguh sem atas sebab tertentu. Kembalinya dengan azam yang baru. Dia yang dulunya ceria dan peramah, kini berubah menjadi pendiam. Selain pendiam, Nia juga di cop budak 'weird' oleh classmates...