BAB 10

1.2K 57 2
                                    

15 tahun dahulu...

     "Adinda-adindaku! Maafkan kanda sebab terlewat. Kanda berjumpa dengan ayahanda sebentar tadi." ujar Putera Rayyan Iskandar termengah-mengah.

     "Ah, asalan semua itu! Kanda bukannya tidak tahu yang adinda ini tidak gemar menunggu orang." balas seorang gadis comel dengan kasar sebelum berpaling ke arah lain dan berpeluk tubuh.

     "Alalala adindaku Puteri Symaira. Janganlah begini. Terseksa jiwa raga kanda melihatnya. Kanda janji, lepas ini kesilapan seperti itu tidak akan berlaku lagi." ujar Putera Rayyan Iskandar sambil mengangkat tangannya paras bahu seperti orang berikrar. Gadis itu hanya membatu tidak memberi balasan terhadap janji yang dibuat oleh kakandanya.


   Putera Rayyan Iskandar yang melihat reaksi adindanya hanya mampu menggelengkan kepala. 'Perangai macam budak kecil. Tapi, umur sudah 13 tahun.' Monolongnya di dalam hati. Pandangannya di halakan pada 2 lagi adindanya. Meminta bantuan untuk memujuk adinda kesayangannya itu.

     Adinda Nabella yang perasan akan pandangan kakandanya hanya membalas dengan mengangkat bahu, tanda dia tidak tahu sebelum menghalakan pandangannya ke arah Puteri Symiera.

     Terdengar keluhan terbit dari celahan bibirnya yang merah merekah. Tahulah dia bahawa kakanda Rayyan inginkan bantuan daripadanya. "Kakanda Symaira. Janganlah bersikap begini, kan tidak manis jika dipandang orang. Lagi pula, bukankah Kakanda Rayyan sudah meminta maaf di atas kesilapan yang dilakukannya? Apa lagi yang kakanda inginkan? Tidak kasihankah Kakanda Symaira dengan kakanda Rayyan yang tidak kenal erti penat dan lelah meminta maaf pada yang tidak sudi?" ujar Puteri Symiera panjang lebar.

     Tersentap jiwa dan raga Puteri Symaira apabila ditegur oleh adindanya sendiri.

     "Sudah-sudahlah merajuk tu Puteri Symaira. Bukankah kakanda Rayyan sudah berjanji bahawa dia tidak mengulangi kesilapannya lagi?" sampuk Adinda Nabella pula.

     Gadis itu hanya melepaskan keluhannya sebelum berkata. "Ma... Maafkan adinda, kanda. Adinda tidak patut bersikap begitu dengan kakanda." ujar Puteri Symaira sambil berusaha mengawal nada suaranya daripada bertukar.

     "Tidak mengapa. Bukan salah adinda. Kanda yang salah sebab mungkir janji." balas Putera Rayyan Iskandar sebelum menarik tubuh kecil itu ke pelukannya. Puteri Symaira membalas pelukan hangat itu. Ia, dia sedar itu kakandanya. Tetapi, perasaan sayangnya akan kakandanya itu melangkaui segalanya. Bukan sebagai saudara mahupun sahabat. Tetapi, lebih dari itu. Dalam tidak sedar, ada hati yang terluka apabila melihat orang yang di sayang berpelukan dengan orang lain.

     "Sudah, sudah. Mari kita sambung belajar. Bukankah lagi seminggu dari sekarang kita akan ada ujian ketangkasan?" sampuk Adinda Nabella. Meluat akan drama yang ditayangkan di hadapannya.

     "Baiklah. Kita berlatih dan berusaha bersama-sama. Kakanda tidak mahu melihat adinda-adinda kanda ini lemah. Kita harus kuat. Boleh semua?!" ujar Putera Rayyan Iskandar memberi sokongan.

     "Boleh!" ujar mereka serentak membuatkan tempat mereka berada itu bergema dengan ketawa mereka. Tapi, salah seorang daripada mereka hanya gelak dengan kepura-puraan apabila sakit di hati tidak pernah akan hilang.

📖

     "Kanda Rayyan! Maafkan dinda sebab lambat. Adinda ada kelas sebentar tadi. Mengapa kakanda mahu berjumpa adinda?" soal Puteri Symiera setibanya dia di hadapan kakandanya. Tetapi, kakandanya diam tidak berkutik seperti sedang memikirkan sesuatu.

     "Kakanda?" panggil Puteri Symiera lagi.

     "Adinda harus bantu kakanda." ujar Putera Rayyan Iskandar pantas lalu mencengkam bahu Puteri Symiera menyebabkan gadis itu terkejut.

RANTAI (Complete) Where stories live. Discover now