Classmate Ku Weirdo 1

5 0 0
                                    

"I am a lost boy from Neverland usually hanging out with Peterpan..." lagu dendangan Ruth B yang bertajuk Lost Boy memecah keheningan pagi.

Arghhh! Malasnya nak bangun! Semak ah! Gerutu hati kecil milik seorang gadis yang selesa dipanggil dengan nama Isya.

Dia menggapai telefonnya yang berada di tepi katilnya untuk menutup alarm dan jam baru sahaja menunjukkan pukul 4:30 pagi. Masih awal namun Isya terpaksa bangun juga. Hari ini hari pertama gadis ini memasuki alam persekolahan setelah bercuti selama 6 bulan setelah menduduki peperiksaan SPM.

Dengan malasnya Isya membawa dirinya yang masih mamai menuju ke bilik air. Berat rasanya untuk mengerakkan kaki. Namun apakan daya.

"ISYA! Cepat turun, kita sarapan. Semua dah tunggu dah ni",kedengaran suara Puan Tasha memanggil anak perempuannya itu untuk sarapan bersama.
"Yes mom! I'm coming! Haish tak reti nak bersabar ke wahai family ku semuanya?", bebel Isya sambil menuruni tangga.
Semua memandang ke arah Isya si gadis yang berumur 18 tahun itu dengan pandangan yang tajam. Isya rasa tak selesa pula ditenung sebegitu rupa.
"Haa, ni Isya The Princess dah datang apa lagi? Jomlah menjamu selera hehe", kata Isya sambil tersengih bagaikan kerang busuk.
"Princess kepala hotak kau! Never in your life lah!", sampuk Angah dan menafikan title Princess Isya.

Angah atau secara formalnya, Damian Auther Shah merupakan abang ngah dalam keluarga Isya.

"Dah! Apeni depan rezeki pun nak gaduh? Makan cepat kang lambat kang", kata Puan Tasha kepada dua orang anaknya yang sering kali tak bersependapat.

Setelah selesai menjamu selera, masing-masing bergerak menuju ke dapur untuk mencuci pinggan.

"Sya, tolong Along cuci eh? Along nak panaskan enjin kereta kejap, pastu kita gerak. Okay?", bisik Along kepada Isya sewaktu di dapur.
Isya tak membalas pertanyaan Along dan hanya mengangguk tanda setuju.
Angah yang memerhati kejadian itu sejak tadi lalu berbisik kepada Isya, "Isya, cuci untuk Angah juga. Angah allergic cuci pinggan ni tau. Boleh lah eh?"
"Hm, macam-macam lah Angah ni. Haa, letaklah situ", kata Isya kepada Angah.
Angah pun meletakkan pinggannya ke dalam singki dan mengusap kepala Isya sambil berkata "Good girl of mine!".

Setelah selesai bersalam dengan Puan Tasha dan Encik Johar, anak-anak mereka pun bertolak. Along akan menghantar Isya dan Angah ke sekolah sebelum ke universitinya.

Tiba di perkarangan sekolah, Isya dan Angah bersalaman dengan Along sebelum keluar dari badan kereta. Sempat lagi Along berpesan untuk menumpukan perhatian dan belajar rajin-rajin kepada dua orang adiknya itu. Isya senyum dan mengangguk kepada Along. Angah pula menjawab, "Alright bro! Don't worry, okay?", sambil keluar dari kereta.

Classmate Ku WeirdoWhere stories live. Discover now